Untung siapa yang dah ada ilmu mengenai pasaran saham ni. Sebab apa? Sebab pasaran saham adalah antara lubok buat duit yang dah lama wujud. Memang terbukti telah menjadikan ramai golongan yang ada ilmu pasaran saham kaya raya.

Pun begitu, ada juga yang kurang bernasib baik dan gagal. Tapi tak ramai, jika ada pun .. mereka sudah pun merasa untung bermain saham ini. Dan sepertimana apa jua kerja yang kita buat, ada masa kita dapat lebih, ada masa kita dapat kurang ... ada untung dan ada rugi.

Untung Siapa Belajar dan Praktik Ilmu Main Saham

Untung Siapa Belajar Main Saham
Belajar mengenai pasaran saham tak rugi. Ilmu kot ...  kerana dengan adanya ilmu ini, kita boleh buat analisis dan mencari peluang untuk kaut keuntungan menerusi pasaran saham. Kebanyakan yang gagal adalah kerana kesilapan mempergunakan ilmu yang ada, dan ada pula yang gagal dalam pasaran saham adalah kerana mereka tiada ilmu pun dalam sistem saham ini.

Saya ada beberapa rakan yang berjaya buat duit dengan berniaga di pasaran saham. Mereka masih bekerja, tetapi peruntukkan sedikit masa untuk membuat urusniaga di pasaran saham. Dengan teknologi sekarang, anda boleh main saham dengan mudah hanya menerusi telefon pintar.

Belajar Analisis Pasaran Saham Untuk Jana Pendapatan Lebih

Atas sebab menyedari potensi untuk buat duit dengan sistem saham, saya pun adalah belajar sikit-skit; malah sudah mempunyai akaun untuk jual-beli saham...hehehe. Saya buka akaun secara percuma dengan RHB Investment, dan saya boleh pada bila-bila masa dalam waktu dagangan saham untuk menggunakan platform analisis mereka untuk jual-beli saham di Bursa Malaysia.
Belajar Main Saham
Mungkin ada di antara anda yang masih tak berapa nak faham mengenai sistem atau pasaran saham ini. Meh saya kongsi sedikit apa yang telah saya belajar ye ...

Sedikit Pengetahuan Berkaitan Pasaran Saham di Malaysia

Pasaran saham adalah tempat di mana menemukan pembeli dan penjual saham. Pasaran saham adalah saham-saham dalam syarikat yang dibeli dan dijual, menyedikan pilihan kepada syarikat untuk mengakses modal, dan peluang untuk pelabur saham syarikat meraih keuntungan daripada prestasi masa depan syarikat. . . Di Malaysia, pasarannya ialah di Bursa Malaysia, dulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Pasaran saham membuka peluang kepada orang ramai menjana pendapatan pasif selain daripada pendapatan daripada kerja harian mereka, atau aliran pendapatan yang lebih menguntungkan daripada deposit tabungan tradisional.

Walaubagaimanapun, sebelum anda berfikir tentang membeli dan menjual saham, anda perlu tahu asas-asas pasaran saham dan perdagangan. Pelabur baru boleh menjadi keliru kerana istilah yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai fungsi pasaran. Pun begitu, istilah yang digunakan tidak mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Nak main saham memang kena tahu istilah-istilah yang digunakan. Istilah-istilah inilah yang akan bantu seorang pelabur macam saya untuk ketahui pergerakan naik-turun saham-saham di Bursa Saham, yang menjadi tempat untuk buat duit secara pasif...huhu.

Saya baru sahaja nak belajar, mungkin ada di antara anda yang memang dah pakar dalam bab bermain saham ini... mungkin boleh kongsi kot di ruangan komen.

Rujukan Online Untuk Belajar Main Saham

Dalam dok bercerita pasal belajar main saham ini, saya ada jumpa satu laman web yang menawarkan cara untuk buat untung dengan sistem saham yang ada di Malaysia. Ia merupakan sebuah panduan ditulis oleh seorang yang berpengalaman dalam Bursa Malaysia, dan telah buktikan bahawa dengan analisis yang baik akan memberikan untung yang sangat-sangat lumayan dengan bermain saham.

Panduan ini ditulis di dalam bahasa Malaysia, dan hanya sesuai untuk mereka yang ada minat dalam menjana pendapatan menerusi bursa dan sistem saham.

Jika anda berminat nak tahu, boleh terus ke laman web berikut (klik pautan di bawah) untuk info lanjut:




Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement