Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang. Permohonan untuk memiliki Rumah Mampu Milik (e-Rumah) untuk warga dan pemastautin Pulau Pinang dibuka untuk 3 kategori jenis rumah. Kategori Rumah Mampu Milik ini dikategorikan berdasarkan pendapatan keseluruhan isi rumah dan juga harga kediaman Mampu Milik yang disenaraikan.

Untuk memohon Rumah Mampu Milik Pulau Pinang, pemohon mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan selain bergantung kepada projek-projek yang dibangunkan untuk Kediaman atau Perumahan Mampu Milik oleh pihak pemaju yang dipantau Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang

Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang
Permohonan untuk Kediaman atau Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang ini dibuka untuk Warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang.

Pemohon juga perlu berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dibuat. Permohonan boleh dilakukan samada pemohon adalah bujang mahupun berkahwin.
[post_ads]

Cara Memohon dan Kategori Permohonan

Cara Memohon dan Kategori Permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang

Ada dua cara untuk memohon Rumah Mampu Milik bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  1. Menerusi permohonan secara online di e-Rumah Pulau Pinang.
  2. Menerusi borang permohonan PN1 dan PN4 yang boleh didapati secara percuma.

Ada 3 kategori Rumah Mampu Milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu:
  1. Pendapatan Tidak Melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM200,000.00 (Suami dan Isteri)
  2. Pendapatan Tidak Melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM300,000.00 (Suami dan Isteri)
  3. Pendapatan Tidak Melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM400,000.00 (Suami dan Isteri)
Untuk membuat permohonan menggunakan borang, anda boleh muat turun borang permohonan Rumah Mampu Milik seperti tertera di bawah ini. Untuk muat-turun, lalukan tetikus pada bucu hujung paparan. Apabila keluar 'Pop Out' .. klik dan anda boleh 'Save As' di komputer untuk cetak.

Borang Permohonan Rumah Mampu Milik - PN1

Borang Permohonan Rumah Mampu Milik - PN4


Jika bermasalah, boleh cuba muat turun borang-borang tersebut di pautan ini:

Dokumen Yang Perlu Disertakan Dengan Lengkap

Apabila membuat permohonan menggunakan borang permohonan Rumah Mampu Milik Pulau Pinang iaitu PN1 dan PN4 .. pastikan dokumen-dokumen berikut disertakan bersama permohonan yang buat:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan suami / isteri
  2. Salinan sijil nikah / Pendaftaran perkahwinan / Akuan Sumpah Perkahwinan pemohon
  3. Sekiranya duda / janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri / suami telah meninggal)
  4. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak / tanggungan
  5. Sekiranya bekerja dengan kerajaan / swasta sertakan dokumen berikut :-
    • Surat Pengesahan terkini daripada majikan / Salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini pemohon dan suami / isteri
    • Salinan penyata KWSP terkini pemohon dan suami / isteri
    • Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
  6. Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut :-
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
    • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)/ Lesen Perniagaan
    • Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
    • Borang B Cukai Pendapatan (di mana berkenaan)
  7. Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut :-
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
    • Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
    • Borang B Cukai Pendapatan (di mana berkenaan)
  8. Sekiranya tidak bekerja, sila sertakan Surat Akuan Sumpah :-
    • Surat Akuan Sumpah Pendapatan terkini pemohon dan suami / isteri
    • Pengesahan dari pejabat KWSP walaupun tidak mencarum
  9. Salinan Kad Pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan)
  10. Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti
Surat Akuan Sumpah hendaklah dibuat di Pesuruhjaya Sumpah yang diwartakan oleh Kerajaan.

Hantar Borang

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen dinyatakan hendaklah dialamatkan ke:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Perumahan, Tingkat 3, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10503 Pulau Pinang.

atau

dihantar sendiri oleh pemohon menerusi kaunter Perumahan, Tingkat 3 (KOMTAR)

Setiap pemohon yang telah membuat permohonan boleh menyemak status kelayakan dan juga permohonan menerusi laman web e-Rumah Pulau Pinang sekurang-kurangnya selepas 14 hari permohonan dibuat (bergantung dengan kesediaan projek perumahan yang ada).

Untuk senarai projek kediaman atau perumahan Mampu Milik, anda boleh lihat di sini - Senarai Projek Perumahan Mampu Milik Pulau Pinang

Semoga berjaya. Sila kongsikan info ini pada mereka yang berkenaan.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Untungnya jadi orang Pulau Pinang..

    BalasPadam
  2. Kenapa ada 2 jenis borang yg berbeza...PN1 dan PN4? Bagaimana hendak tahu borang apakah yg kita perlu isi? Atau kedua duanya perlu diis? Tlg beri penjelasan. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah dinyatakan. . Kedua dua borang perlu diisikan. Borang pn4 akan digunakab utk dfatr ke dalam sistem online di mana anda perlu buat semakan keputusan di situ.

      Harap maklum.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement