Permohonan Online eRumah Kerajaan Pulau Pinang

Permohonan secara online pemilikan rumah bagi penduduk Pulau Pinang menerusi eRumah Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Sistem Pendaftaran Rumah Online

eRumah ialah merupakan sebuah laman web aplikasi khas untuk permohonan online perumahan bagi penduduk dan pengundi di negeri Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah laman web memohon pemilikan rumah untuk Rumah Kos Rendah (KR), Rumah Kos Sederhana Rendah (KSR), Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik (MM).
Permohonan Online eRumah Kerajaan Pulau Pinang
Portal eRumah Kerajaan Pulau Pinang akan menyenaraikan mana-mana projek perumahan berkaitan yang sedang dilaksanakan di semua daerah yang ada di Pulau Pinang. Di Pulau Pinang terdapat 5 daerah semuanya, iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya. Ia akan menyenaraikan seperti di bawah ini:
Berikut adalah antara syarat-syarat am yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi permohonan online pemilikan rumah menerusi eRumah.

Projek Perumahan Rakyat (PPR)

  • Warganegara Malaysia (Pemohon dan isteri /suami)
  • Bermastautin di Negeri Pulau Pinang
  • Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pendapatan suami / isteri tidak melebihi RM 750.00 atau pendapatan sekeluarga kurang daripada RM 1,500.00
  • Tidak pernah memiliki rumah (walaupun telah dijual, pemohon Suami /Isteri adalah tidak layak memohon)
  • Ahli keluarga (suami / isteri dan anak-anak) dalam tanggungan sekurang-kurangnya 5 orang
  • Pertimbangan khas diberi kepada pemohon (isteri / suami) yang kurang upaya / ibu tunggal / balu-balu, bekas anggota Pasukan Keselamatan yang terkorban semasa dalam tugas / setinggan-setinggan projek Kerajaan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Projek Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah (KR/KSR)

  • Warganegara Malaysia
  • Anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
  • Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pendapatan Tidak melebihi RM 2,500.00 Untuk Kos Rendah (Suami dan Isteri)
  • Pendapatan Tidak Melebihi RM 3,500.00 Untuk Kos Sederhana Rendah (Suami dan Isteri)
  • Bagi permohonan Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah, pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia

Projek Perumahan Mampu Milik

  • Warganegara Malaysia
  • Anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Pulau Pinang
  • Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan
  • Pendapatan Tidak Melebihi RM 6,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM200,000.00 (Suami dan Isteri)
  • Pendapatan Tidak Melebihi RM 8,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM300,000.00 (Suami dan Isteri)
  • Pendapatan Tidak Melebihi RM 10,000.00 Untuk Rumah Mampu Milik RM400,000.00 (Suami dan Isteri)
Semua projek-projek ini memerlukan dokumen-dokumen tertentu yang berlainan. Untuk semakan dan informasi lebih lanjut, boleh rujuk di sini -  Syarat Permohonan eRumah

Borang permohonan adalah seperti di bawah, dan boleh dimuat turun menerusi pautan ini - Borang PN1

Borang Permohonan Pemilikan Rumah Kos Rendah/Sederhana Rendah/Mampu Milik


Untuk menggunakan sistem di dalam eRumah, adalah dinasihatkan anda untuk muat turun manual pengguna yang telah disediakan. Semua tatacara memohon perumahan eRumah Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah disediakan. Hanya ikuti langkah-langkah yang diberikan dengan tertib dan cermat.

Untuk akses eRumah, anda boleh mendaftar di pautan ini - eRumah Sistem Pendaftaran Rumah Online

Paparan ini adalah merupakan perkongsian informasi dan maklumat untuk pencari rumah kediaman bagi anda yang menetap di Pulau Pinang. Semua keterangan dan butiran adalah benar semasa saya menulis entri ini, dan sebarang perubahan adalah tertakluk pada pihak berkenaan.


COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,300,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,89,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,300,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,358,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,65,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,116,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,180,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Permohonan Online eRumah Kerajaan Pulau Pinang
Permohonan Online eRumah Kerajaan Pulau Pinang
Permohonan secara online pemilikan rumah bagi penduduk Pulau Pinang menerusi eRumah Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Sistem Pendaftaran Rumah Online
http://2.bp.blogspot.com/-U9CPesGDtlE/UwW3ju6JA1I/AAAAAAAA0JQ/p4tokL6JAqU/s1600/permohonan-online-perumahan-erumah-pulau-pinang.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-U9CPesGDtlE/UwW3ju6JA1I/AAAAAAAA0JQ/p4tokL6JAqU/s72-c/permohonan-online-perumahan-erumah-pulau-pinang.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2014/02/permohonan-online-erumah-kerajaan-pulau.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2014/02/permohonan-online-erumah-kerajaan-pulau.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy