Fuh. Semangat saya nak update blog tetiap hari kalau dapat CTR dan RPM Adsense yang sebegini. Jarang sebenarnya Adsense saya menerima peratusan CTR dan nilai RPM yang mengujakan ini.

Siapa yang pakar Adsense tentu juga nampak apa yang Adsense yang saya perolehi ini agak jarang berlaku. Anda boleh lihat sendiri paparan imej yang saya sertakan dalam blog post ini.

Peratusan CTR dan Nilai RPM Adsense Mengujakan

Apa rahsia Adsense sehingga dapat nilai Page CTR sehingga 10% ini? Dan bagaimana pula saya boleh dapat nilai untuk Page RPM sehingga USD5.25? Setakat entri ini ditulis .. saya masih lagi cuba mencari sebab  musabab ianya berlaku.

Untuk pengetahuan, data Adsense ini diperoleh pada satu hari di bulan Februari 2017.

CTR dan RPM Adsense Mengujakan
Kebiasaanya, Adsense saya terima peratusan Page CTR antara 0.2% hingga 1.2% secara purata. Manakala untuk Page RPM antara USD0.15 hingga USD1.5 sahaja.

Saya memang tidak gunakan teknik blackhat untuk Adsense. Sebab saya tahu, cara salah ini akan memudaratkan income Adsense dalam jangkawaktu panjang. Apa yang gunakan adalah tips yang telah saya pelajari daripada banyak sumber.

Saya tak dapat nak pastikan mana satu tips Adsense yang telah saya gunakan secara khusus sehingga berjaya mendapat nilai yang agak tinggi (pada saya) ini.

Anda ada jawapannya tak? Saya fikir tentu ada di kalangan anda merupakan pakar Adsense yang boleh menjawab bagaimana nilai di atas boleh saya dapat ..

Saya cuba juga cari jawapan dalam Panduan Raja Adsense Revive 2017 ... tapi kurang pasti mana satu tips yang memungkinkannya.

Ya, kalau anda tercari-cari satu panduan untuk pelajari cara buat duit USD menerusi Adsense, maka saya syorkan anda baca Panduan Adsense Revive yang ditulis oleh saudar Sham. Apatah lagi andai anda seorang blogger dan pemilik laman web yang bermasalah untuk mendapatkan akaun penuh Adsense... in Sha Allah, dalam panduan tersebut ada cara dan kaedah yang akan bantu selesaikan.

Hmm saya harap peratusan tinggi CTR dan nilai tinggi RPM Adsense ini akan sering saya peroleh. Masyukk oooo kalau ia berlaku secara konstan dan semakin menaik .. :)

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement