Kali ini saya nak kongsikan pula mengenai percutian awal tahun 2017. Destinasi percutian pertama untuk tahun 2017 ialah Cameron Highlands. Dan kami telah memilih penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan, untuk 3 hari 2 malam.
Percutian Awal Tahun 2017 - RPP Cameron Highlands
Percutian kali ini agak istimewa sebab kami telah menjemput dan mengajak dua rakan kami. Salah seorang daripada mereka adalah keluarga angkat atau pengasuh Maira ketika Maira masih lagi bayi. Dan keluarga kedua yang kami ajak adalah pasangan suami isteri yang mengusahakan bekam moden di Darul Bekam yang pernah saya ceritakan sebelum ini.Buat Tempahan Awal RPP
Saya buat tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Cameron Highlands agak awal, rasanya dalam bulan November 2016. Alhamdulillah, saya dapat tarikh yang agak baik. Ia adalah seminggu selepas persekolahan bermula.[Baca] Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) 2017 Kini Dibuka
Dan nak menjadi cerita dan mungkin rezeki, anak-anak saya pula masih dalam cuti sakit selama 14 hari bila kami pergi percutian awal tahun di Cameron Highlands.
Saya dan keluarga telah bertolak pada hari Jumaat pagi, alhamdulillah .. perjalanan kami dari Parit Buntar ke Cameron Highlands tiada masalah. Saya ambil keputusan bertolak awal sebab cadangan asalnya nak singgah di MEPS Ipoh untuk buat kad keahlian baru, tetapi tak jadi bila dapat bercakap dengan pegawai pemasaran MEPS.
[Baca] Beli Pass Tahunan Movie Animation Park Studio (MEPS) Perak Dengan Harga Diskaun
Terus ke RPP Selepas Sholat Jumaat di Kampung Raja
Sampai di kawasan Kampung Raja, saya berhenti untuk sholat Jumaat. Nasib baik isteri dan anak-anak ingatkan, kalau tak maunya tersasar tu .. huhu.....Selesai sholat Jumaat, kami terus sahaja ke RPP Cameron Highlands. Sangat teruja selepas dekat setahun tak menginap di RPP Cameron Highlands ni. Yelah, sebelum ini tak boleh nak buat tempahan sebab pihak SBBPH tutup sementara RPP ini untuk kerja-kerja pengubahsuaian.
"Abah .. apa agaknya rupa banglo RPP tu ye .. mesti dah jadi lain .. " tanya Amri.
"Hmm mungkin dapat peralatan dengan perabot baru kot .. " jawab saya.
Sampai sahaja ... dua daripada tiga rumah banglo sudah dihuni. Dan rumah banglo ketiga adalah tempahan kami.
Masuk je pagar RPP ....
"Wahh .. dah cat barulah abah .. dulu kaler lain..." kata Zikri.
Nampak dari luar ada perubahan. Saya dan isteri ternanti-nanti nak masuk ke dalam banglo RPP Cameron Highlands yang sewanya hanya RM150 semalam.
Mana Renovation?
Bila masuk je ke dalam banglo RPP Cameron Highlands ..."Ehh sama je .. tak ada pun yang berubah .. kata buat renovation ..." kata Amri dengan nada kecewa.
Saya pun agak kecewa bila tak nampak perubahan yang saya harapkan. Adeh.
Tapi .. lepas jalan masuk ke bahagian dapur ....
"Hah .... dapur nak masak-masak dah tak ada !!!"
Kecewa terus ... abis rosak program nak buat Steamboat .. huhuhu. Isteri saya dah mula rasa terkial-kial. Barang untuk steamboat kami dah beli siap-siap kat Mydin Parit Buntar. Adeh... camner ni?
Kisah kekecewaan kami semasa percutian 3 hari 2 malam di RPP bukan setakat itu sahaja. Ada lagi ... jadi, saya ambil keputusan nak ceritakan di blog post yang lain. So sabar ye .. hehehe..
RPP - Seronok Dapat Kongsi Dengan Mereka Yang Tidak Berpeluang
Apapun, percutian di Cameron Highlands kali ini memang seronok sebab bawa rakan-rakan dari Parit Buntar. Sebelum ini dah bawa mak ayah adik beradik dan kawan-kawan sekolah .. kali ini, kami berikan peluang bawa orang 'luar' pula.Yelah, RPP ni khas untuk kakitangan awam sahaja. Bukan semua orang boleh tempah dan menginap. Saja nak berkongsi rasa dan pengalaman dengan mereka yang tak diberikan kelebihan ini.
Mana nak dapat sebuah banglo 3 bilik yang luas, lengkap dengan TV, Astro, dapur .. ruang tamu dan 4 bilik air .. huhu .. dengan harga RM150 semalam ..
[Baca] Kadar Sewa Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Seluruh Malaysia khas Kakitangan AwamIn Sha Allah, di lain post saya akan cerita lagi mengenai percutian awal tahun 2017 ni kepada anda. Dah panjang sangat saya tulis .. nanti anda muak jemu ... lepas tu klik pangkah kat hujung tu ...
So, bertemu lagi nanti di post akan datang dalam kisah House Husband dan destinasi percutian. Sila subscribe atau langgan untuk tidak terlepas cerita ye.
wah murah nya...bila lah dapat peluang nk stay rumah peranginan gomen...kne booking awal lah lepas ni
ReplyDeleteHmm ye, kena booking awal tapi kena lihat samada ia boleh ditempah sbb ia ada tempoh tertentu untuk boleh melakukan tempahan RPP
DeleteSaya ada booking banglo utk bulan februari nanti. Tapi saya perlu tahu kemudahan dalam banglo apa yang ada? Peti sejuk? kelengkapan memasak? kettle?
ReplyDeleteterima kasih.
In sha Allah semua tu ada, TAPI ia tidak disediakan terus dlm rumah. Ia akan diberikan semasa check in. Jika tak ada dpt ketika tu, perlu minta. Sbb dah byk kes brg hilang.
DeleteDulu boleh memasak, jadi ada dapur gas dsb. Skrang dah tak dibenarkan utk memasak di Rpp Cameron.
Kelengkapan memasak TIADa sbb dah tak boleh memasak. Saya ada nyatakan dlm post di atas.
DeleteTapi, cerek lektik dan peti ais mmg ada. Pinggan mangkuk pun ada.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.