Photoshop Action Script Percuma Untuk Buat Ecover Buku atau Majalah Digital. Tahukah anda bahawa salah satu cara buat duit di internet adalah dengan menjual ebook. Ebook ini boleh dimuat turun dan dibaca dalam kebanyakkan peranti masakini termasuklah telefon pintar. Jadi, tidak hairanlah bisnes ebook semakin popular sekarang.

Ebook yang berkualiti selalu dihadirkan dengan penampilan kulit atau ecover yang menarik. Ini membuktikan bahawa pemilik ebook tersebut seorang yang teliti dan komited hasilkan ebook.

14 Photoshop Action Script Percuma Untuk Buat Ecover Buku Majalah

14 Photoshop Action Script Buat Ecover Buku Majalah

Apa Itu Ebook?

Ebook juga dikenali sebagai buku dan majalah digital. Ia seperti buku dan majalah biasa cuma ia tidak bercetak, ia didatangkan dalam bentuk fail pdf. Jika anda mahu membaca fail pdf ini, anda perlu muat turun software khas seperti Adobe Reader untuk membacanya.

Malah, banyak software yang boleh membaca fail pdf ini, dan semuanya boleh dimuat-turun secara percuma. Dan kebanyakkan pelayar internet, komputer mahupun peranti mobile seperti tablet dan smartphone sudah ada software tersendiri untuk membuka fail pdf ini.

Dalam dunia teknologi sekarang, saya hampir yakin semua orang boleh hasilkan sebuah ebook sendiri. Tak susah sebenarnya nak hasilkan ebook. Apa yang perlu anda buat ialah tulis apa yang anda mahu tulis dalam Microsoft Word kemudian print sebagai fail PDF.

Masalah Bila Ada Ebook Sendiri ...

Namun, masalah kebanyakan orang yang telah hasilkan ebook ini ialah untuk hasilkan sebuah ecover ebook yang menarik dan nampak pro. Ecover untuk ebook penting kerana ia akan memberitahu orang tentang apa yang terkandung di dalam ebook tersebut.
Ecover = Kulit depan ebook.
Salah satu software untuk hasilkan ecover ebook yang bagus ialah Photoshop.

Pun begitu, walaupun anda mempunyai software Photoshop ... masalah lain pula timbul .. macamana nak hasilkan ecover ini guna Photoshop? Terutama jika masa itu anda anggap sebagai emas .. huhu

Kalau anda dah mahir dengan Photoshop, mungkin tiada masalah. Tetapi .. paling tidak ia pasti akan ambil masa yang lama untuk menghasilkannya, selain memenatkan. Serius ..!! sangat lama untuk hasilkan sebuah ecover ebook yang cantik menarik.

Tak percaya? Tanyalah sesiapa sahaja yang ada kemahiran dan pengetahuan mengenai grafik ini. Susah ooo nak buat ecover guna Photoshop .. dan ia memenatkan.

Action Script Mudahkan Anda Buat Kerja Dengan Photoshop

Saya nak pendekkan masa anda, terutama mereka yang sudah mempunyai software Photoshop ini.

Saya nak berikan Action Script untuk percepatkan masa anda menghasilkan sebuah ecover yang cantik menarik. Dengan Action Script untuk ecover ini, anda hanya perlu dua klik sahaja pada tab Action di Photoshop untuk hasilkan ecover seperti di bawah ini:
Cara Buat Ecover Ebook atau EMagazine Guna Photoshop
Amacam? Ok tak? Saya nak berikan 14 Action Script yang boleh anda gunakan untuk hasilkan pelbagai rupa bentuk ecover untuk ebook atau emagazine.

Berikut adalah senarai 14 Action Scripts Photoshop tersebut:

  • 4 Action Scripts untuk Hard Cover Ebook
  • 3 Action Scripts untuk E-Magazine
  • 2 Action Scripts untuk Paperback Ecover
  • 4 Action Scripts untuk Soft Cover Ebook
  • 1 Action Scripts untuk Brosur


Jumlahnya adalah 14 Action Scripts untuk hasilkan ecover secara automatik percuma untuk anda ....

Ok. Sebagai panduan untuk anda gunakan bila dah muat turun kesemua 14 fail ini nanti.
ActionScript for Ecover Free

  1. Muat turun dan simpan semua fail dalam satu folder.
  2. Fail adalah dalam bentuk zip fail, ia tersedia untuk digunakan bagi Windows dan juga Mac.
  3. Untuk gunakan Action Scripts ini, anda perlu buka software Photoshop anda.
  4. Klik pada fail yang telah anda muat turun tadi, dan Action Script tersebut akan terus dimasukkan ke bahagian tab Action.
  5. Anda akan nampak 2 Steps diberikan pada setiap Action Script ini. Klik Step 1 terlebih dahulu. Anda akan diberikan rangka untuk hasilkan ecover.
  6. Hasilkan artwork anda sendiri mengikut saiz yang dinyatakan dalam rangka ecover.
  7. Pindahkan artwork anda ke bahagian rangka tadi.
  8. Kemudian klik Step 2. Biarkan ia bertindak ....
  9. Dan anda akan nampak hasil akhirnya nanti ...

14 Photoshop Action Script Buat Ecover Buku Majalah

Juga sayugia diingatkan, ia akan menggunakan banyak memori komputer anda. Jadi, pastikan ketika nak hasilkan ecover ini, tiada software lain, kecuali PC atau laptop anda benar-benar power .. huhu...

Saiz fail adalah tersangat besar, kerana ia hasilkan ecover HD Version yang memang cun.

Orait, bersedia untuk muat turun 14 Action Scripts Photoshop ini? Hanya klik pada pautan di bawah:

KLIK SINI Untuk DOWNLOAD

Apabila anda klik pada pautan atau butang di atas, anda akan dibawa pada laman seperti di bawah; tunggu lima saat sehingga muncul "SKIP AD". Klik butang "Skip Ad" tersebut:
Bagaimana nak dapatkan action script percuma untuk hasilkan ecover
Seterusnya anda akan dibawa ke laman untuk muat-turun semua 14 fail Action Scripts Photoshop untuk hasilkan ecover ...
14 Photoshop Action Script Buat Ecover Buku Majalah

Orait, semoga anda puas hati dan gembira menggunakannya.

Tak Reti atau Tak Ada Photoshop? Tapi Mahu Buat Ecover dan Grafik?

Tapi ... kalau anda tak ada Photoshop? Teringin juga nak hasilkan grafik yang best termasuk juga cover ebook?

Jangan risau, saya ada satu tawaran untuk anda. Saya perkenalkan Software Graphic Suite. Khas untuk newbie ... huhu .. yang pakar-pakar tak perlu guna software ni .. hehehe ...

Cara Akses Software Untuk Buat Grafik

Dalam software ini, anda akan diberikan akses kepada 8 tools untuk hasilkan design terbaik ibarat seorang PRO. Jika nak tahu lebih lanjut, boleh terus ke link di bawah .. akan diterangkan dengan lebih detail tentang software ini. (Link di bawah tak perlu klik 'Skip Ad')

KLIK SINI Untuk Info Software Graphic Suite

Guna Percuma dan Kupon Diskaun

Anda boleh cuba secara percuma untuk lima hari. Dan jika anda minat nak menggunakannya, bolehlah dapatkan akses penuh dengan diskaun khas daripada saya sebanyak RM20!

Diskaun RM20 !! Apa perlu buat adalah gunakan kod kupon ini -"offer101" semasa checkout.

Tawaran ini terhad sehingga 31 Januari 2017. Selepas itu, untuk akses software ini, anda akan dikenakan bayaran per tahun untuk akses. Pada kali ini, sekali bayar dan gunakan sampai bila-bila (lifetime). So, ambil peluang ini ye ...

Okeh ...

p,s: Oh ya, jangan lupa langgan blog ini dengan isi email anda dalam kotak di bawah tu ye .. banyak benda free dan tawaran menarik saya sering berikan di sini ..  huhu .. sambil layan cerita blog saya, boleh dapat benda percuma ... :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pergh dari dulu cuba belajar Photoshop tapi masih lagi tak teror lagi

    BalasPadam
  2. teringat masa dedulu..mulakan bisnes internet dengan design ecover..sampai beli le coveractionpro berharga RM800 masa tu..sekarang ni dah tak guna dah action script ni..sekali sekala je pakai..

    last pakai buat ecover Kitab SEO Pink tu..:P

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement