Kalau anda berada di kawasan berdekatan, bolehlah singgah di Craft Batik Teluk Bahang ni .. tapi, pastikan anda seorang penggemar batik tegar .. haha.
Destinasi Cuti - Craft Batik Teluk Bahang Penang
Craft Batik Teluk Bahang ni sebenarnya agak popular di kalangan pelancong asing, terutama dari Eropah. Kalau pelancong tu datang dengan agen pelancongan, pasti mereka akan bawa pelancong ke Craft Batik ni.Uh .. kalau anda masuk je ke dalam Craft Batik ni ... jangan tengok harga .. jamu mata dulu puas-puas .. haha. Bukan apa, orang macam saya contohnya .. tak terbeli barang Craft Batik ni. Pada sayalah, harga batik yang dijual tak terkena dengan bajet orang biasa-biasa ni. Kalau anda mak datin ke .... geng-geng korporat banyak duit, mungkin selesa nak berbelanja di sini.
Craft Batik ni ada kilang proses dan ia tunjuk cara nak buat batik.
Tapi kalau pelancong tempatan ni, jaranglah masuk ke bahagian kilang atau percetakan batik serta kraf batik yang ada di situ. Yang selalu ke bahagian pembuatan Craft Batik ni adalah pelancong asing.
[Baca] Burger Panggang Terbaik di Utara
Oh ya, anda dilarang ambil gambar dalam premis Craft Batik ni. Kalau nak ambil gambar .. ambil gambar dari luar je .. huhu .. nak selfie kat dalam dengan produk-produk kraf yang ada memang tak boleh .. huhuhu.. so, bila masuk .. saya katakan tadi, kena lihat puas-puas .. hehehe... rakam dalam kepala otak.
Jadi, saya tak dapatlah nak tunjuk apa yang ada di dalam Craft Batik ni dalam blog. Saya hanya mampu jamu mata anda dengan gambar luar Craft Batik, dan gambar orang sedang melepak sebab tak mampu nak beli apa yang ada dalam tu .. termasuklah saya .. hahahahahaha ....
Anda pernah ke sini tak? Apa pendapat anda tentang Craft Batik di Teluk Bahang ni?
tak puas juga kalau tak tangkap gambar..
ReplyDeletemungkin dapat sempat satu atau dua item tersebut...jika dah mampu kot
zaza tak pernah lagi kaki ni ke p.penang. Insyaallah kalau diberi rezeki ke sana zaza boleh singgah tgk craft batik ni
ReplyDeleteGambar signboard cukuplah utk menunjukkan tmpat dan lokasi ni..kahkahkah..gambar belakang je tak boleh blah kikiki
ReplyDeleteNak masuk di kenakan apa2 bayaran tak?
ReplyDeleteKalau setakat kedainya..mmg tak, kalau nak tgk pembuatan, kena bayar dn mesti dlm grup.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.