Isu ini masih lagi hangat diperkatakan. Dan salah satu topik yang banyak disembang kencang ialah - Kenapa tambang teksi di Malaysia mahal? Ramai pengguna di Malaysia beri sebab mereka tidak lagi memilih perkhidmatan teksi kerana faktor tambangnya yang tak boleh nak 'lawan' dengan tambang yang diberikan oleh Uber dan Grabcar. Jadi, artikel ini saya tulis dan sediakan untuk beri kefahaman dan membolehkan semua orang tahu kenapa dan mengapa tambang teksi mahal di Malaysia.

Apa yang akan saya tulis ini adalah bersandarkan kepada temubual online dan luahan hati salah seorang bekas pengusaha teksi yang cukup terkenal di Shah Alam satu ketika dahulu. Nama syarikat tu tak perlulah saya nyatakan tapi anda mungkin akan dapat mengagak bila baca apa yang saya tulis ni.

7 Sebab Kenapa Tambang Teksi Mahal dan Kenapa Pemandu Teksi Marah Dengan Uber dan Grabcar

Sebab Tambang Teksi Mahal di Malaysia
Ada 7 sebab kenapa tambang teksi di Malaysia ini mahal. Andai nak dibandingkan dengan kos operasi bagi pemilik dan pemandu kereta Uber dan Grabcar .. memang jauh bezanya. Disebabkan adanya sebab-sebab ini, maka harga dan tambang teksi sukar untuk diturunkan, kalau tidak .. nanti akan jejaskan syarikat teksi.

Permit

Syarikat teksi kena bayar permit kepada kerajaan untuk beroperasi. Kalau tak ada permit maka teksi boleh kena denda atau saman. Ini undang-undang untuk menjalankan perniagaan kereta sewa dan perkhidmatan teksi. Kalau tidak silap saya, permit ini dibayar ikut jumlah kereta teksi yang ada. Jika ada 10 teksi dalam syarikat tu, maka 10 teksi tu mesti nak ada permit untuk beroperasi. Dan hanya boleh beroperasi dalam kawasan yang telah ditetapkan sahaja.

Lesen

Lesen sebagai pengusaha teksi, dan juga lesen untuk pemandu teksi. Bukan lesen memandu ye .. tetapi lesen membawa teksi - kereta sewa. Macam nak bawa lori ... mesti nak ada lesen bawak lori, nak ada lesen GDL.

Insuran/Roadtax Tinggi

Saya difahamkan kos untuk insurans dan roadtax tinggi. Bila fikir .. oh mestilah sebab banyak teksi nak kena diinsuranskan, termasuk insuran kepada penumpang. Tak boleh beroperasi kalau tidak diinsuranskan dengan betul.

Kos Selenggara Teksi

Teksi rosak, kos pembaikan termasuklah selenggara akan ditanggung oleh syarikat teksi. Pemandu teksi pula ambil sikap acuh tak acuh je untuk jaga teksi. Kalau bawa teksi, macam tak kesah je kena langgar atau terbabit kemalangan sebab mereka tahu syarikat akan backup mereka. Syarikat yang akan tanggung .. bukan mereka.
Sebab Tambang Teksi Mahal di Malaysia
Orait .. itu di satu sudut .. iaitu dari kos dan faktor yang ditanggung oleh syarikat teksi, kali ini tengok pula sebab yang datangnya dari faktor pemandu teksi.

Lesen Sebagai Pemandu Teksi

Lesen sebagai pemandu teksi. Jika mahu bawa teksi syarikat .. mesti kena ada lesen membawa teksi. Lesen ini diletakkan dalam kereta teksi. Tak ada benda ni .. boleh kena saman oleh pihak berkuasa.

Laporan Perubatan

Setiap pemandu teksi mesti kena sediakan laporan pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan. Ia penting supaya pemandu teksi sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk beroperasi sebagai pemandu teksi. Mereka perlu keluarkan kos untuk menyediakan laporan perubatan yang lengkap .. bukan setakat periksa tekanan darah tinggi dan kandungan gula dalam darah ye ...

Uniform

Pemandu teksi kena keluarkan kos untuk pakaian seragam atau uniform. Jika pekerja kerajaan, mereka ada elaun khas untuk uniform ni .. tapi kalau pemandu teksi .. duit sendiri.
Sebab Tambang Teksi Mahal di Malaysia
Begitulah apa yang dikatakan kepada saya oleh bekas pengusaha teksi ni. Dulu cukup terkenal dan berjaya bertahan selama 17 tahun di Shah Alam. Pada ketika itu, syarikat teksi ini ada 28 buah teksi warna merah putih dan 5 teksi merah kuning.

Kalau anda nak tahu, ada sebab kenapa warna teksi ni berbeza. Jika tak silap saya, ia dibezakan untuk jarak perjalanan dan kawasan yang dibenarkan beroperasi.
[Baca] 8 Sebab Pengguna Pilih Uber dan Grabcar Berbanding Teksi

Syarikat Teksi Bankrap, Pemandu Teksi Boleh Cari Kerja Lain ..

Syarikat bankrap sebab tak dapat nak tanggung kos yang saya sebutkan tadi. Pemandu teksi pula .. bila tak boleh cari makan dengan teksi, maka cari kerja lain, maka teksi terbiar begitu sahaja. Kos tetap dikeluarkan untuk teksi-teksi tersebut walaupun dok terperap menjadi 'tua' dimamah sinar matahari dan hujan. Nak simpan pula nak kena ada tempat, dah kena keluarkan kos lagi untuk sewa tempat nak simpan teksi.

Bukan itu sahaja masalah yang perlu dihadap dan diselesaikan oleh pengusaha teksi. Ada lagi ...

Disebabkan konsep teksi ada yang sewa-beli oleh pemandu teksi, maka ada pemandu teksi yang tak bayar sewa teksi sampai berbulan-bulan. Nilainya sampai beribu-ribu ringgit. Itu kalau seorang pemandu teksi, dah kalau ada 20 buah teksi dan separuh pemandu teksi bersikap begitu, uhh memang parahlah syarikat teksi nak menanggung. Hutang bank tetap perlu bayar, lambat bayar .. kena bayar denda, kena bayar bunga. Bunga bank .. siapa yang nak...huhu.
Sebab Tambang Teksi Mahal di Malaysia
Ada pula kes dimana teksi disorok dan segala komponen dijual, terdesak. Syarikat teksi terpaksa tanggung .. bayar kat bank, tapi teksi tak ada dah. Nak cari, ada yang telah dilarikan sampai ke sempadan.
Satu lagi hal ialah, apabila syarikat teksi nak ambil balik teksi, ada pemandu yang kejar dengan parang, bawa kawan-kawan yang berupa gangster dan ugut pulak syarikat teksi. Dah la syarikat teksi bagi peluang mereka cari makan .. tapi dibalas sebegitu rupa. Kesian tak?

Teksi yang dah ditarik dari pemandu teksi yang tak beretika, tak bertanggungjawab .. perlu diperbaiki dan diperelokkan pula sebelum diberikan kepada pemandu teksi yang baru. Itu satu lagi kos yang perlu ditanggung.

Begitulah adanya.

Dek kerana ada sikap sesetengah pemandu teksi yang saya ceritakan di atas, syarikat teksi tak ada pilihan untuk bertegas dengan pemandu supaya mereka boleh memberikan keuntungan kepada syarikat. Jika tidak bertegas, pemandu teksi boleh lepas tangan dengan selesa dan membiarkan syarikat yang tanggung segala.

Jadi, bila bertegas begitu, pemandu teksi yang lain turut terkena bahana. Pemandu teksi perlu kekalkan harga tambang teksi atau cuba untuk memastikan bahawa pendapatan sehari sebagai pemandu teksi melepasi kos operasi. Kalau tidak, bukan setakat pemandu teksi yang akan berpoket kosong, tetapi juga syarikat teksi yang menyediakan servis ini.

Makin Parah Bila Uber dan Grabcar Masuk Line ..

Sekarang Uber dan Grabcar dah masuk dalam industri ini. Memang bertambah parahlah syarikat teksi dan juga pemandu teksi nak cari makan. Kos mereka rendah, jauh beza dengan kos operasi sebuah teksi berlesen.

Pada pertengahan 90an teksi merah putih yang pertama di KL namanya Saujana... yang di Shah Alam namanya Sejagat Express. Saujana pun dah tak nampak... Sejagat pun dah tak ada. Itu kesannya ...

Dulu, kalau tak silap sayalah, kebanyakkan lesen memandu teksi diberikan kepada mereka yang mahu jana pendapatan tambahan, yang tak ada kereta sendiri. Jadi, bila mereka jadi pemandu teksi, adalah kenderaan sendiri untuk pergi kemana-mana walaupun hakikatnya ia adalah milik syarikat teksi. Ketika itu, bolehlah cari makan sebagai pemandu teksi. Malah, ada pelakon yang jadi pemandu teksi bila dah tak lagi dapat tawaran untuk berlakon.

Berbanding dengan Uber dengan Grabcar, kebanyakkan jadi pemandu adalah mereka yang memang sudah mempunyai kereta, dan ramai di antaranya sudah mempunyai pendapatan tetap. Jadi, manalah tidak pemandu teksi tidak berasa marah .. "Hang dah ada kerja tetap, ada tu gaji tinggi .. hang nak rembat periuk nasi kami.. kalau hangpa dah kacau .. kami nak suap keluarga kami dengan apa?"
[Baca] Komisen RM300 Dari Uber Jika Anda Daftarkan Pemandu Baru
Syarikat teksi dan pemandu teksi mohon agar kerajaan boleh selesaikan masalah ini. Grabcar dan Uber memang ada baiknya, namun jangan dilupa akan servis dan khidmat pemandu teksi yang rata-rata bukan dari kalangan dan golongan mereka yang senang.

Ada cadangan agar syarikat kereta sewa .. menyewakan kereta mereka untuk kegunaan sebagai kereta Uber dan Grabcar. Itu sekadar pandangan. Kalau bekas pemandu teksi nak daftar jadi pemandu Uber atau Grabcar, ia bukan semudah disangka, mesti nak ada kereta yang cantik, terjaga dengan baik, dan bawah usia 10 tahun.
[Baca] 3 Jenis Servis Uber Patut Anda Tahu
Jika tanya kawan saya .. dia kata ... "Hapuskan sahaja perkhidmatan teksi di Malaysia, tukar semua menjadi Uber dan Grabcar. Kalau nak ada pun, buat teksi jenis premium"

Apa kata dan komen anda selepas baca artikel ini?

Mana tersilap, terkurang dan terlebih saya mohon maaf. Mungkin ada yang saya tulis menyinggung perasaan. Jika nak betulkan fakta, jangan segan untuk komen, dan beritahu saya.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu masa saya student, saya memang gunakan teksi ke sana sini. Awal-awal kerja pun sama, tapi tak dpt dinafikan, attitude pemandu teksi sesetengahnya menjengkelkan dan menakutkan terutama untuk wanita. Pengalaman sy sendiri berapa kali kena ugut "tambah tambang" disebabkan balik nnti teksi tiada penumpang. Itu belum kira dengan pemandu gatal lagi! Ya Allah memang menakutkan... sebenarnya teksi telah lama bernanah, cuma kerajaan amik tidak peduli pada hal ni.

    BalasPadam
  2. banyak kali naik teksi takde meter...memang cekik darah!!

    BalasPadam
  3. Saya dah baca entri tuan bertajuk "8 Sebab Uber & Grabcar Menjadi Pilihan Pengguna". Yang saya pelik (ataupun saya tahtahu), kenapa syarikat teksi tak upgrade servis mereka dengan strategi yang sama seperti uber dan grabcar ni? Mungkin tuan ada pandangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh, syarikat teksi terikat dengan Akta tertentu, tak boleh suka2 hati nak upgrade. Kemudian, kalaupun dibenarkan, mereka kena make over kereta yang ada atau tukar dengan kereta baru, sbb Uber dengan Grabcar ada kriteria khas untuk jadi kereta Uber .. yang mana kebanyakkan teksi sedia ada (bkn premium) keadaan kereta dah teruk.

      Uber - pemilik je tanggung kereta mereka kalau rosak dsb.
      Syarikat Teksi - banyak teksi nak tanggung, dah la hutang untuk teksi sedia ada dengan bank tak terlangsai lagi.

      Padam
  4. Kalau tambang murah penumpang bertambah. Bila bertambah penumpang bertambah kerja. Bertambah hasil. Daripada tambang mahal tapi tak cukup penumpang. kalau tambang murah masa kerja jadi panjang? Tidak. Sebaliknya sebab tak cukup penumpanglah waktu kerja jadi panjang.
    Nak bagi murah tak boleh buat sendiri sendiri. Mintak spad yang putuskan.
    1malaysia dengan rate dia. Teksi bandar dengan rate dia. Tapi yang penting semua turun .itu saja cara dapatkan balik penumpang dari grab dan uber. Nak murah macam mereka memang tak boleh. Tapi kena ada sikit perlawanan.
    Grab dan uber boleh bagi harga 1rm satu trip kalau dia orang mau. Ini bukan kerugian tapi adalah pelaburan. Pelaburan untuk membeli MARKET.Takkan teksi boleh lawan habis.
    Teksi kena ambik balik sekurang kurang 40% market.

    BalasPadam
  5. Sekarang Grab dah ambilalih Uber bagi kawasan Asia Tenggara. Pasal pemandu teksi ni dah makin ramai berubah ke Grab. Syarikat Teksi tak boleh buat apalah melainkan cari alternatif lain. Tukar atau tambah cawangan buat syarikat sewa kereta khas untuk pemandu Grab. Ataupun buat bisnes sewa kereta untuk bukan pemandu Grab juga. Buat bisnes jual kereta pun OK. Kita jangan cari kesalahan tapi cari peluang baik di sebalik kegagalan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement