8 Sebab Uber & Grabcar Menjadi Pilihan Pengguna

Sebab Pilih Uber atau Grabcar Daripada Teksi. Saya dapat tahu perang pemandu teksi terhadap Uber dan Grabcar semakin memuncak, malah dikhabarkan bahawa lebih 10,000 teksi telah dipulangkan oleh pemandu teksi kepada syarikat pengendali teksi dan kereta sewa di ibukota. Yang peliknya bagi saya ialah, suara lantang banyak dilontarkan oleh para pemandu teksi, tetapi jarang pula dengar suara bantahan daripada tauke atau boss syarikat teksi.

Persoalan. Kenapa rakyat Malaysia terutama yang tinggal menetap di Lembah Klang memilih untuk menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar? Mesti ada sebab, dan mesti ada kelebihan ketara dibandingkan dengan perkhidmatan teksi ini. Kalau tidak .. takkan mudah rakyat Malaysia memilih sesuatu yang dianggap baru dalam sistem pengangkutan awam di negara ini.

8 Sebab Uber dan Grabcar Menjadi Pilihan Daripada Teksi

8 Sebab Uber dan Grabcar Menjadi Pilihan Daripada Teksi
Malah, bukan sahaja rakyat Malaysia, pelancong tempatan dan juga dari luar negara juga ramai yang memilih untuk menggunakan Uber dan Grabcar daripada teksi. Uhh manalah pemandu teksi tak mengeluh, meradang, rasa marah ... periuk nasi mereka yang selama ni dah lama sempit, makin terhimpit pula dengan hadirnya pengangkutan alternatif Uber dan Grabcar.

Ok. Nak marah, kena lihat pada fakta. Bila kita berhubung dengan manusia, maka keperluan dan kehendak manusia itu menjadi perkara yang perlu dilihat. Dan dalam isu ini, keperluan dan kehendak para pengguna atau penumpang. Di sini disenaraikan tujuh sebab penumpang berpaling tadah kepada perkhidmatan pengangkutan alternatif ini.
8 Sebab Uber dan Grabcar Menjadi Pilihan Daripada Teksi

1. Harga Berpatutan

Wujud segelintir pemandu teksi tidak mahu menggunakan meter dengan alasan jalan sesak. Bahkan menetapkan harga tambang lebih RM10 daripada harga biasa jika menggunakan meter. Lebih teruk lagi, pemandu teksi menutup meter dengan menggunakan tuala bagi melindungi kiraan tambang.

Berbanding Uber dan Grabcar, caj tambang tidak boleh ditipu kerana menggunakan aplikasi yang wajib diakses pemandu dan pelanggan. Ia telus - tiada siapa dapat menipu dan tertipu. Manusia ni pantang kena tipu .. pasti akan ingat.

2. Bersih dan Selesa

Berbanding dengan teksi yang ada yang berusia lebih 10 tahun, kenderaan yang digunakan Uber dan Grabcar lebih selesa dan bersih. Malah, ada kereta ini dijaga sangat baik dan berbau wangi seolah menaiki sebuah kenderaan baru. Lagipun syarikat aplikasi menetapkan tahun kenderaan tidak boleh melebihi lima tahun.

Manakala teksi pula masih kekal dengan Proton Saga lama dan kereta berjenama import zaman dahulu kala. Orang kampung pun tahu mana yang lebih menarik untuk dinaiki ... hoho.

3. Mudah Untuk Buat Tempahan

Hampir semua orang sudah mempunyai telefon pintar dengan Android. Aplikasi boleh dimuat-turun dan terus digunakan. Semuanya di hujung jari. Tempahan boleh dibuat bila-bila masa dengan hanya membuat tempahan di aplikasi, 24 jam sehari, 7 kali seminggu tanpa gagal!
[Baca] Bagaimana Nak Jana Pendapatan Sampingan Dengan Uber?

4. Promosi Menarik

Kadang-kala Uber dan Grabcar akan menawarkan promosi menarik buat pelanggan. Sebagai contohnya GrabCar menawarkan tambah serendah RM1 bagi 5km pertama. Malah, kalau pelanggan mempromosikan kepada rakan lain untuk gunakan aplikasi .. akan dapat rebat tertentu yang membolehkan mereka gunakan servis secara percuma!

5. Tidak Pernah Kata Tidak

Pemandu GrabCar atau Uber tidak boleh memilih pelanggan. Mereka perlu hantar ke destinasi ditetapkan. Berlainan pula dengan teksi, mereka boleh ‘menolak’ permintaan anda dan boleh menurunkan pelanggan di simpang jalan masuk ke rumah kalau rasa malas meredah kesesakan lalu lintas.

6. Tiada Caj Tambahan

Umum ketahui, teksi akan mengenakan caj tambahan sebanyak 50 peratus bermula 12 tengah malam sehingga 6 pagi. Tetapi Uber dan Grabcar tidak mengenakan caj tambahan untuk tempoh masa sama. Ia seolah beroperasi 24 jam tanpa henti.
[Baca] Pengalaman Pertama Naik Grabcar di Kuala Lumpur

7. Inisiatif

Bukan semua tempat dan lokasi seorang pemandu Uber atau Grabcar tahu. Begitu juga penumpang, kadang penumpang yang datang dari luar ibukota hanya tahu alamat sahaja. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak pergi ke tempat yang ditujui, kebiasaannya pemandu Uber dan Grabcar akan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map. Mereka berusaha supaya kehendak penumpang dipenuhi sepenuhnya.

Tetapi, jarang sekali kita melihat pemandu teksi mempunyai inisiatif sebegitu. Kebanyakan mereka akan menolak dan menyuruh untuk mengambil teksi lain. Paling malang apabila hanya teksi itu sahaja ada di kawasan tersebut. Nak tak nak, penumpang tersebut akan gunakan khidmat Uber dan Grabcar.

Atau jika tidak jumpa jalan atau tersesat, pemandu teksi akan kenakan caj tambang yang mahal sedangkan itu kesalahan mereka kerana tidak berusaha menggunakan kemudahan teknologi.

8. Pemandu Berhemah

Kebanyakan pemandu Uber dan Grabcar adalah di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang yang berpendidikan tinggi, setidak-tidaknya mempunyai diploma. Malah, ada di kalangan pemandu Uber dan Grabcar adalah mereka yang berjawatan dalam syarikat besar, yang menjadikan memandu Uber dan Grabcar sebagai satu hobi, dan lansung membantu orang lain yang mahu ke destinasi tertentu. Apatah lagi kereta mereka dijaga dengan baik, dan tiada sebarang tekanan dari mana-mana pihak berbanding dengan teksi yang ada tekanan dan keperluan tertentu untuk dipenuhi syarikat teksi.

Mereka juga tidak mengejar trips seperti pemandu teksi. Pemandu Uber dan Grabcar akan jadikan para penumpang seperti kawan yang berkongsi kereta dan melayan dengan mesra.
[Baca] 10 Jenis Pemandu Uber Patut Anda Ketahui
Kata ramai pemandu teksi dan juga syarikat teksi, penumpang yang memilih Uber dan Grabcar tidak dilindungi insurans, tetapi golongan yang menjadi pemandu Uber dan Grabcar bukanlah dari kalangan orang yang suka memandu melulu, malah mereka lebih cermat dan berhati-hati kerana mereka sedar akan kekurangan ini.

Pun begitu, yang memilih bukanlah pemandu .. tetapi penumpang.

Sekarang semua orang nampak dan sedar kenapa dan mengapa ramai memilih Uber dan Grabcar sebagai pengangkutan alternatif.

Artikel ini telah diolah dari sumber asal - www.pandulaju.com

2 comments.. read them below or add one

Nor Fauzah Samid Nor Fauzah Samid October 27, 2016
Pengguna memang pentingkan kualiti servis, sama ada berbaloi atau tidak dengan wang yang dibayar. Kalau ini dipenuhi, pasti itu yang akan jadi pilihan..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah October 28, 2016
Sebab ni ramai yang suka guna uber dari teksi kan.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.