Saya bukanlah pandai masak sangat. Tapi sebab saya suka memasak dan saya memang belajar memasak daripada orang-orang yang reti memasak, maka saya nampak seolah saya ni pandai sangat memasak .. erkk .. huhu... faham ke ayat ni? Pastu tayang lak kat laman sosial .. haha .. chef terhebat Malaysia pun tak buat gitu .. hahaha.

Nak tahu tak cara nak jadi pandai memasak? Selain dari belajar .. kenalah juga mengajar. Bila anda mengajar orang lain untuk masak sesuatu resepi yang anda tahu, in Sha Allah .. anda akan jadi pakar dengan menu masakan tersebut. Saya sendiri ajar isteri saya memasak satu dua menu yang saya suka semasa awal-awal perkahwinan. Bukan sebab isteri saya ni daif soal memasak, tetapi sebab saya nakkan menu yang saya suka dipelajari oleh isteri dan dapat menyediakannya dengan baik.

Saya, House Husband Yang Pandai Memasak?

Saya, House Husband Yang Pandai Memasak?
Jangan reti nak komplen isteri tak pandai masak, kalau anda tak reti nak ajar mereka masak makanan yang anda suka .. got it?

Kelebihan Suami Isteri Pandai Memasak

Untung ooo siapa ada suami yang pandai memasak .. haha .. dan untung juga buat suami, jika isteri (isteri-isteri) pandai memasak. Jika dua-dua memang pandai memasak, boleh cuba buat bisnes katering kecil-kecilan. Ramai je kenalan dan sahabat saya yang buat bisnes katering disebabkan suami isteri memang pandai memasak. Mereka bukanlah tukang masak mana-mana restoren sebelum ini, tetapi itulah .. sebab memang suka dan belajar dari orang yang tahu, jadi mereka boleh sediakan pelbagai resepi dan menu.
Saya, House Husband Yang Pandai Memasak?
Saya bolehlah memasak sikit-sikit. Antara menu dan resepi yang paling saya suka ialah kari dan masak gulai lemak.

Emak Ajar Masak Ketika Sakit

Semua resepi yang saya tahu, saya belajar dari emak saya - ini permulaan.

Dulu, emak saya pernah sakit teruk. Terlantar di katil, tak larat nak bangun. Ketika itu usia saya dalam belasan tahun. Jadi, tugas memasak .. saya kenalah buat. Dari situlah, saya timbul minat nak memasak.

Dari katil, emak saya berikan arahan untuk buat itu ini supaya masakan saya menjadi. Alhamdulillah, berkat dengan arahan emak .. umur baru belasan tahun, saya dah boleh masak kari sendiri. Dan saya pernah buat menu popular orang Perak iaitu Rendang Tok ... hasil daripada tunjuk ajar emak saya.
[Baca] Panduan Memasak Nasi Arab Yang Sedap
Lepas tu, saya bernasib baik sebab ramai kaum lelaki dalam keluarga saya dan isteri yang memang pandai memasak. Dari situ, saya belajar juga sikit-sikit tips memasak yang ada... huhu.. orang perempuan ni kadang bukan nak kongsi resepi ... diammm je bila tanya. Tapi dengan 'chef' lelaki .... in Sha Allah, derang tak lokek dengan ilmu dan rahsia.
[Baca] Panduan Memasak Pelbagai Biskut dan Kek 
Semua orang boleh jadi pandai jika selalu praktis dan cari ilmu. Sama macam memasaklah. Jangan sesekali kata tak pandai masak .... jika tak cuba dan tak belajar. Aiiishhh .. takkan goreng ikan pun tak pandai?


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau ikut daripada gambar2 yang disharekan di FB ... memang rasanya en Hasrul mmg pandai memasak walaupun tak sehebat chef kan :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement