Langkau ke kandungan utama

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Untung isteri yang ada suami yang tahu memasak. Lagi untung jika memang pandai memasak. Suruhlah masak apa sahaja, si suami bagai petik jari dan senyum angkat kening. Suami pandai memasak memang satu kelebihan. Jika nak cari suami, pilihlah suami yang tahu memasak, bonus jika suami pandai memasak.

Antara tahu dengan pandai memasak, ada bezanya ye. Kalau tahu - kategori macam masak telur goreng, masak nasi, masak air .... jika kategori pandai, si suami boleh masak ikan patin masak tempoyak, kailan ikan masin, kari kepala ikan, sup kelapa kepala ikan merah sedap, sotong celup tepung, masak karipap, masak cucur udang ... dan langkahnya bukan semasa kuali di atas dapur tapi bermula dari menyiang ikan dan sayur sampailah ia menjadi masakan licin pinggan bila menjamah.

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Suami Pandai Memasak Satu Kelebihan

Kelebihan Punyai Suami Tahu dan Pandai Memasak

Suami pandai memasak satu kelebihan sebab anak-anak tidak perlu makan di kedai apabila si isteri tidak sihat atau tidak larat nak memasak.

Suami pandai memasak satu kelebihan bila si isteri tak cukup tangan nak layan para tetamu yang datang bertandang di hari raya.

Suami pandai memasak satu kelebihan jika kemudian kelak isteri sudah tiada, dan apabila si isteri mewasiatkan minta menjaga anak-anak dengan baik. Jadi, isteri tak perlu risau si suami nak cari isteri lain jaga makan minum anak-anak bila dah tiada (walaupun ada yang izinkan). Ok, this is the worst example, bukan mendoakan, tetapi cuba fikir-fikirkan.

Saya pasti ramai anak dara suka kalau pasangan mereka pandai memasak, yelah zaman sekarang ni bukan ramai mana pun anak dara yang boleh memasak ni... hoho ... semua main segera je, mana ada masa nak berada di dapur. Saya boleh jamin, antara 1 daripada 5 mesti ada yang tak tahu nama ikan dan sayur yang dijual di pasar. Belum lagi sebut nama buah-buah pelik.... hoho...
Suami pandai memasak satu kelebihan - Ikan Semilang
Cara siang ikan tilapia merah
Ada anak dara tak tahu nama ikan dan cara nak siang ikan dengan betul!

Jadi, untuk anak-anak dara ni, jika dapat pasangan yang pandai memasak macam Chef Riz ke, memang untunglah badan. Nak pikat tak susah, kena jadikan diri cantik je .... hoho ...

Mudahnya Isteri Nak Berbakti Pada Suami

Namun, sukacita nak sebut .. seandainya si isteri memasak untuk suami dan anak-anak, walaupun si suami tu chef terkemuka antarabangsa, ganjaran pahala Allah S.W.T nak bagi memang hebat. Walaupun rasa diri macam tak berapa bijak hebat memasak ni, tapi in Sha Allah, berkat rajin melayan suami sediakan masakan kegemaran walaupun kerap tak menjadi, akan lama-lama diberkati, dan Allah S.W.T pasti akan tolong.

Practice makes perfect. Kalau tak buat lansung, itu masalah. Anak dara kena tahu memasak, dan belajarlah untuk jadi pandai memasak. Nak belajar mudah je, ikut je resepi online yang dah berlambak tersedia. Ebook pun ada. Baca dan buat, lama-lama dok bikin benda sama, jadilah anda pakar masakan - hatta ia hanyalah satu resepi biasa semata.

Mengahwini seorang suami yang pandai memasak memang satu kelebihan, tetapi tidak bermakna si isteri perlu abaikan pula tugas memasak. Boleh je bergandingan, dan boleh je bergilir-gilir... yang penting anak-anak perlu merasa air tangan ayah dan ibu. Berkat tu.
advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Saya tak pandai masak tetapi buat kek bolehlah.... apapun memang satu kelebihan bila suami pandai masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah situ ada la tu kepandaian, lepas ni ... Pattaya leh buat dah tu .. hehehee

      Padam
  2. Practice makes perfect - Setuju! hehe. Suami PG nampak gayanya dalam kategori "tahu". Honest, PG bukan dalam kategori "pandai" tersebut. ;)

    BalasPadam
  3. iye betul. untung suami yang pandai masak or ada niat nak belajar masak.

    masa ummi lahirkan adik saya semua, arwah abah yang jaga kami..buat sarapan sebelum kami g sekolah... kalau x reti masak, susah juga.. sian ummi duk fikir apalah jadi dekat rumah tu..

    BalasPadam
  4. setuju...kalau dua2 pandai masak lagi bagus...lagi senang kan....setuju jugak ada anak dara sekarang x tau nama ikan or siang ikan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha serius ehh anak dara sekarang tak tahu siang ikan?

      Padam
  5. sbg org bujang. pndai memasak mmg saving giler hidup.!
    haha tp sayang tak berapa pndai masak.

    BalasPadam
  6. Ramai sebenarnya sang suami di Malaysia ni yang pandai memasak tapi kalau dah start memasak, takot2 sang Isteri pulak ambil banyak kesempatan....

    BalasPadam
  7. Sedapnya....pandai tuan HH memasak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, bolehlah sikit2 ..

      Padam
  8. fuh memang cemburu dengan lelaki yang pandai memasak :-) saya cuma tahu memasak tapi tak pandai sangat nak memasak

    BalasPadam
  9. Kelebihan untuk isteri apabila datang kemalasan memasak..hehe

    BalasPadam
  10. Bolehlah kalau nak msk cincai2 utk famili..kalau nak panggil org buat makan2 kena serah kat org dapur le...

    BalasPadam
  11. Sekarang ni nak memasak senang ja kan, pakcik google anyak. kat media sosial pun banyak orang duk share pasal masakan. kena berlatih selalu baru la nak sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe.... ya, memang senang. Buku resepi pun boleh. Tak ada masalah.

      Padam
  12. Pandai tu tak ada lah...tp boleh lah kalau nk hidang untuk family.. cuma kadang tu bila rajin sangat masak isteri dah mula tarik diri dari dapur.. aku rasa sebab tu laki buat-buat tak pandai masak..

    BalasPadam
  13. Nasib baik pandai masak jugak ni.. haha :D

    BalasPadam
  14. Asalam bro HH..hebat juga kan lelaki memasak ni..pada Etuza kalau di restoran lebih elok kita jamah makanan dari air tangan lelaki. Tapi kena bersih ..apapun tabik para wanita hadal di dapur. ada bab lelaki tak boleh lawan wanita memasak di dapur. konsantrat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... wanita memasak dengan penuh kasih sayang, lelaki banyak masak sebab nak duit .. keng keng keng .. jajajajaja.. lalalala ... oppss

      Padam
  15. alhamdulillah, memang sangat syukur dapat suami yg boleh membantu dalam urusan dapur. bukan nya berat tulang ke apa, tp kalau ngah super bz ngn anak2 tu, boleh la suami tolong yg basic2 :)

    BalasPadam
  16. Suami pandai memasak satu kelebihan buat isteri yang nak rehat selalu..hehe...

    BalasPadam
  17. Baik kita rajin dari malas...baik ada kelebihan dari tunjuk kelemahan...yang penting rumah tangga rukun damai dan sentiasa beralah ye...so suami pun mesti kena rajin memasak tlg istri yang selalu tak menang tangan tu ye...

    BalasPadam
  18. Adakah anda salah seorang dari suami yg pandai masak itu? atau kategori yang boleh masak air dan telur goreng?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai tu tidaklah, tapi in Sha Allah .. boleh masak dan boleh dimakan .. hehhehe

      Padam
  19. suami saya memang pandai masak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patutlah bahagia sokmo je kak .. hehehe

      Padam
  20. lelaki memang patut belajar memasak

    BalasPadam
  21. saya rasa ramai laki nie pandai masak. cincai2 pun tetap sedap. cuma tang dapur lepas diorg masak tue je lah, kena tutup mata sikit. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... tapi ada gak lelaki pengemas, lepas buat kerja derang cepat kemas .. bukan apa, takut kena leteran isteri yang bingit telinga .. hahahaa

      Padam
  22. memang untung isteri yang ada suami pandai masak, lagi untung kalau rajin. tapi masakan isteri kedua sedap lepas masakan mak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …