Pernah kenal dengan jambu yang berwarna putih susu ini? Siapa yang belum kenal .. anda bertuah sebab saya akan kongsikan kepada anda sedikit sebanyak mengenai jambu ini yang menjadi kegemaran bagi sesetengah, tetapi tidak bagi sesetengah yang lain.

Jambu yang berwarna putih susu ini dikenali sebagai Jambu Susu. Manakala di sesetengah tempat, seperti di kawasan Sungai Besar, Selangor .. ia lebih dikenali dengan nama Jambu Tetek. Fakta ini diberitahu oleh isteri saya yang pernah tinggal menetap di Sungai Besar hampir lebih 10 tahun.

Buah Jambu Susu atau Jambu Tetek - Sukar Ditemui dan Harganya Mahal

Jambu Susu atau Jambu Tetek
Saya pula kenal Jambu Susu ini sejak dari kecil lagi, sewaktu tinggal di Kem Batu 10 Jalan Gambang, Kuantan. Ia bukanlah spesies jambu yang saya suka dan popular di tempat saya ketika itu ... mana tidaknya, Jambu Susu yang luruh bagai tidak diambil kisah oleh sesiapa. Saya dan rakan-rakan sekolah pula .. selalu jadikan bahan peluru untuk main tuju-tuju.

Pokoknya agak besar, daunnya lebar dan kadangkala ada bintik timbul hitam seolah kena ketuat. Pokoknya yang besar dijadikan tempat main panjat-panjat selepas saya balik sekolah. Disebabkan ia pokok yang bersaiz gedabak, tak ramai orang yang tanam pokok ni dekat dengan rumah. Kalau ada tu .. tertanam tanpa sengaja la tu.

Rasa Buah Jambu Susu atau Jambu Tetek

Rasa buah Jambu Susu atau Jambu Tetek .. masam-masam kelat, ada sesetengah kata rasa masam-masam manis ... setakat ini .. bagi sayalah ... rasanya tak leh nak masuk tekak .. masammmmm ya amat. Isteri saya sukalah buah Jambu Susu ni, sebab tengah berbadan dua...huhu.

Susah juga nak jumpa buah Jambu Susu ni sekarang. Hari tu ada nampak dijual di tepi jalan .. mungkin sekarang tengah musim pokok Jambu Susu berbuah kot. Ada beritahu saya, harga sekilogram buah Jambu Susu boleh capai sehingga RM30-RM40 sekilogram .. perghhh ngalahkan harga buah Durian Musang King dah .. haha.
Jambu Susu atau Jambu Tetek
Buah Jambu Susu tak macam buah Jambu Merah yang selalu kita nampak tu. Isinya selain punyai rasa masam-kelat-kadangkala manis ini, ia tidaklah begitu bersari - ia kurang keluarkan air. Teksturnya seakan anda sedang makan buah Tembikai Susu. Isinya padat tetapi lembut.
[Baca] Raja Kunyit - Buah Termahal Malaysia
Buah ini cepat rosak. Jika anda biarkan agak lama pada persekitaran suhu bilik, ia akan mudah lebam .. dan sudah tidak berapa sedap dimakan.

Tips Nak Makan Buah Jambu Susu

Sedikit tips .. kalau nak makan buah Jambu Susu ni, pilih buah yang gugur dari pokok. Jangan dipetik atau diambil ketika masih berada di pokok sebabnya .. ia tidak begitu masak, dan bila tak berapa masak .. tau-tau sahajalah rasanya. Dia macam buah Durian juga ... kena tunggu luruh baru boleh makan. Pastu, buah ini tidak boleh disimpan lama-lama ye .. walaupun dalam peti ais anda yang ada 4-5 bintang .. haha.

Tak tahan lama, itu sebab sukar nampak buah Jambu Susu dijual secara terbuka.

Saya ada hantar buah Jambu Susu ini menerusi pos ke adik ipar saya yang tinggal di Putrajaya. Dari 10 biji dihantar .. hanya 3 biji sahaja dapat dimakan. Masa yang diambil untuk hantar menerusi Poslaju Malaysia hanya sehari ... tapi itulah, ia tidak tahan lama.

Buah Jambu Susu ada efek sampingan kalau makan terlalu banyak. Disebabkan ia berasa masam, maka ia mempunyai keasidan yang tinggi. Jadi, ia tidak berapa bagus untuk badan. Kalau terlalu banyak, ia akan beri kesan pening-pening dan muntah-muntah. Nak makan buah Jambu Susu atau Jambu Tetek .. sila makan dengan berpada-pada .. hehe.

Takpun, anda buat sepertimana isteri saya buat. Disebabkan terlalu banyak buah Jambu Susu yang isteri saya dapat dari satu kawasan wakaf ni ... jadi ... buah Jambu Susu yang telah dikutip dibuat jeruk. Caranya sama seperti membuat Jeruk Mempelam atau Jeruk Mangga Asamboi.
Jeruk Jambu Susu Asamboi
Potong buah Jambu Susu memanjang atau seperti jejari .. masukkan dalam bekas bersama Asamboi dan juga Cili Api. ... hmm boleh tahan juga rasanya... dibuat kudapan selepas makan tengahari .. hoho.

Siapa yang tak pernah rasa Jambu Susu atau Jambu Tetek ni ... baiklah rasa sebelum ia jadi pupus kelak... hoho .. sebab dah ada di kalangan kita yang tak tahu wujudnya jambu spesies ni. Malah tak kenal pun pokok jambu ni rupa macamana .. yang kadangkala terkeliru dengan pokok Mengkudu.

13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. baru pertama kali nampak jambu ni. kalau sekali tengok *bagi yang tak kenal la* nampak macam buah yang dah busuk. Tapi nak juga tahu, serius ke nama dia "jambu tetek"? hahahaha.

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam
  2. Dah lama tak makan buah jambu ni, dulu masa kecik-kecik selalu sebab kat kg ada pokok ni, sekarang pokoknya dah takde lagi. Bagi Mrs. A rasanya masam-masam kelat.

    BalasPadam
  3. Umi saya pernah bagitau, masa pregnant saya dia mengidam jambu susu nilah...hahaha bila makan rasa masam sangat terfikir, camana umi boleh ngidam buah ni!

    BalasPadam
  4. Semasa mengandung saya selalu mengidam buah jambu susu dan buah setoi/sentul tapi punyalah susah nak dapat. Buah Setoi/sentul dapatlah juga merasa walaupun yg dah jadi jeruk tapi jambu susu tak dapat2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok Jambu Susu selalu diserang serangga, buah tak jadi dan gugur. Mmg susah nak jumpa, lagi lagi jikanluar musim

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Hai la jambu susu..mana nk cr.kwn tgh ngidam nk mkn..huhu

    BalasPadam
  7. As salam...sekarang ada lagi x buah ni.. kalau ada saya nak..tolong. mengidam. Puas carik. 🙏🙏🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh dah tak ada. Buah ni bermusim dan susah berbuah.

      Padam
  8. Ya ampunnn... ada lagi ke pokok jambu ni.. teringin bebeno nak makan.. last makan dulu masa kekecik.. pokok depan umah atok dh kena tebang dah ngn anak2 atok a.k.a pakcik teman leerrr. Alasan nk buat rumah.. sadis betul. Serius lah kat sungai besar ada ? Nak beli boleh ?? Memang kebetulan ada niaga kat expo stadium mini ni haa.. kalau ada bawak kan lah sebotol dua ya .( kak panggil jambu ni jambu botol) 😁.. kirim sekali pucuk nya ya g muda² tu tau, sehelai dua pun alhamdulillah.. teringat makan pucuk nya cicah ngn garam ahhahaha masyam.. (hemm kalau tunggu reply dari owner hasrul harapnya lah kawan belum balik ke JOho ahad ni)

    BalasPadam
  9. Kat tmpt aku Melaka ada pokoknya..tuan dia hntr kedai makan tepi jln..kedai tu bg free sapa nk klo ada rezeki korg..Dahla kedai tu mkn sedap, dpt buat free..haha area Umbai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement