Ketahui 5 Tips Untuk Kenal Durian Musang King. Durian Musang King memang sedap walaupun saya sendiri baru sekali merasainya. Ramai yang anggap ia adalah durian terbaik kerana isinya yang kekuningan dan tebal. Ada yang menggelarkan buah Durian Musang King sebagai Raja Kunyit kerana warna kekuningan yang menyerlah. Bijinya pula kecil dan memang puas memakannya.

Mengenai rasa, ia ada rasa sedikit pahit dalam kemanisan dan kelemakannya. Ia mungkin kerana cara menanam pokok Durian Musang King yang menumpang pada pokok Durian Kampung yang memang terkenal dengan sedikit rasa pahit yang unik. Jadinya, rasa asal Durian Kampung ada pada Raja Kunyit ini.

5 Tips Mengenal Durian Musang King

Tips Mengenal Durian Musang King
Isteri saya tak berapa sukakan rasa durian yang ada pahit-pahit ni, berlainan dengan diri saya yang memang suka rasa durian seperti itu. Jadi, kalau beli Durian Kampung, saya memang akan makan banyak ... hoho. Anak perempuan saya yang bongsu adalah penggemar durian. Pernah sekali saya keluar mencari buah durian, dan paksa diri untuk beli durian yang berharga RM20 sekilogram.

Durian Musang King bersaiz besar, dan isi buahnya memang tebal .. jadi harga jualan biasa untuk Durian Musang King selalunya dari RM25-30 sekilogram. Jadi tidak hairanlah sebiji buah Durian Musang King boleh cecah ratusan ringgit.

Bagaimana Nak Kenal Durian Musang King? Ikuti 5 Tips Ini ..

Sekarang mari saya kongsikan tips untuk kenal buah Durian Musang King ini. Apa ciri uniknya yang boleh membantu kita, sebagai penggemar durian supaya tidak tersalah beli atau ditipu oleh peniaga yang tamak.
Tips 1 Mengenal Durian Musang King
Tips 2 Mengenal Durian Musang King
Tips 3 Mengenal Durian Musang King
Tips 4 Mengenal Durian Musang King
Tips 5 Mengenal Durian Musang King

Sumber: Pendidikan Pemasaran FAMA


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

3 Komen

durian musang king, terbaaaaikk...:D

Reply

saya ada beli durian dekat melaka..rasanya durian tembaga kot. sekilo RM30. adoi! bila tengok sifu post harga maosang king di antara 25-30, rasa macam murah pulak..hehehe..apa pun durian ni memang terbaik!! hehe.

www.ceritaejoy.com

Reply

Saya suka durian yang takda rasa pahit tu...

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.