Borang Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah Perak. Saya sukacita nak war-warkan mengenai peluang untuk membeli dan memiliki rumah sendiri buat mereka yang kurang mampu, terutama mereka yang tinggal di negeri Perak. Permohonan ini dibuka untuk warganegara Malaysia berusia lebih 18 tahun, yang masih belum mempunyai rumah sendiri.

Syarat lain permohonan pembelian rumah kos rendah negeri Perak ialah pemohon mestilah daripada pendapatan seisi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan. Pemohon boleh memilih untuk membeli rumah kos rendah kelolaan kerajaan negeri Perak di kawasan pilihan berikut: Kinta, Ipoh, Manjung, Larut Matang Selama, Selama, Kerian, Kampar, Perak Tengah, Kg Gajah, Hulu Perak, Lenggong, Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Batang Padang, Slim River, dan Hilir Perak.

Borang Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah di Negeri Perak

Borang Permohonan Pembelian Rumah Kos Rendah Negeri Perak
Borang permohonan untuk pembelian rumah kos rendah negeri Perak boleh anda muat turun dan cetak seperti dilampirkan di bawah ini. Hanya klik pada butang bucu kekotak dengan anak panah.


Alternatifnya, anda boleh muat-turun borang yang sama di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak di sini - Borang Mohon Beli Rumah Kos Rendah - Perak

Borang permohonan untuk pembelian rumah kos rendah negeri Perak ini mestilah disertakan dengan dokumen berikut:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon bersama isteri/suami.
  2. Salinan sijil nikah atau daftar perkahwinan.
  3. Salinan sijil kelahiran atau kad pengenalan anak-anak dan semua tanggungan.
  4. Salinan sijil kematian atau cerai jika pemohon berstatus balu/duda/janda.
  5. Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan penyata KWSP pemohon bersama isteri/suami.
  6. Surat pengesahan dan perakuan pendapatan bulanan, pemohon dan isteri/suami jika bekerja sendiri menerusi mereka yang mempunyai kuasa (seperti dalam borang)
  7. Sekeping gambar warna berukuran passport terbaru.

Borang yang telah lengkap perlu dihantar menerusi alamat berikut:

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Bahagian Perumahan Awam,
Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000, Ipoh, Perak
Tel: 05-2095054

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila tarikh tutup ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada tarikh tutup tetapi ia ikut kekosongan projek. Bila dah daftar nanti dia akan panggil untuk temuduga rasanya.

      Padam
  2. Back Tanya, rumah tu bila nak buat?

    BalasPadam
  3. Salam saya nizam dan masih perlukn rumah buat ank2 dan isteri.. Sy menetap di slim river perak.. Dan kini sy sewa.. Kami dri golangan asnaf.. Harap dpt menbantu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement