Nak kongsi cerita sikitlah. Baru-baru ini, saya dan keluarga sempatlah luangkan masa meronda-ronda ke sekitar bahagian Changkat Jering, Taiping, Perak. Ada banyak tempat menarik sebenarnya di Taiping yang ramai tak tahu. Antaranya ialah Mini Zoo Ethno Valley Resort.

Sebenarnya Ethno Valley Resort ni memang dah viral sebelum ni, jadi atas cadangan isteri saya, maka saya pun bawalah anak-anak buat lawatan sambil belajar ke Mini Zoo Ethno Valley Resort. Lokasi resort ini tak jauh pun dengan tempat makan best di Kampung Chengal Tengah, Changkat Ibol. Warung kedai makan D'Bukit di Kampung Chengal Tengah memang terkenal dengan Mee Kari, Mee Rebus Tulang, Mee Bandung Udang Besar, dan pastinya Milo Ais Kepal.

Bila dah masing-masing kenyang, maka saya pun bawalah kereta menuju destinasi.

Lawatan Sambil Belajar ke Mini Zoo Ethno Valley Resort, Taiping

Dari pandangan luar, tak ada apa yang best pun di Ethno Valley Resort ni .... nampak macam kawasan gersang bertanah merah je. Bila dah parking siap-siap, barulah sedar ia ada satu taman atau yang dikatakan mini zoo.

Mini Zoo tu kira okay je bagi saya. Tak ada apa yang istimewa sangat pada pandangan mata seorang dewasa. Tetapi untuk anak-anak saya, memang seronoklah dapat kenal dan lihat haiwan-haiwan kecil seperti Ayam Serama, burung Merpati, Merbuk, Ayam Kampung, Burung Puyuh dan juga Hamster. Siap leh sentuh dari luar kandang.
Lawatan Sambil Belajar Mini Zoo Ethno Valley Resort
Lawatan Sambil Belajar Mini Zoo Ethno Valley Resort
Yang bestnya, nak tengok haiwan-haiwan ni adalah percuma. So, tak ralit sangatlah buat diri saya. Huhu .. leh jadi isu ooo kalau setakat nak tengok burung gitu kat mini zoo dan kena bayar.

Pastu ada kolam ikan, yang kabornya boleh memancing dengan kadar bayaran tertentu.

Saya seronok je layan anak-anak bertanya dan ingin tahu.

"Abah .. tengok ni abah .. ayam ni bulu dia pelik .. terbalik ... cacat kot .." kata Zikri, 8 tahun.
"Abah .. abah .. tenngok ni ... burung ni duduk atas batu kecik tu la abah .." sambil Maira tunjukkan telur burung Puyoh.

Di bahagian lain di Ethno Valley Resort ni, ada benda lain .. dengarnya ada chalet, ada kolam renang dan ada tempat makan yang popular dengan Laksa Pulas; sepertimana di Warung D'Bukit Kg Chengal Tengah.

Saya tak kesempatan nak jelajah semua.
[Baca] Muzium Perak, Muzium Pertama Malaysia
Di akhir lawatan sambil belajar ni .. saya sempat juga bawa anak-anak lihat gelangang menunggang kuda yang ada di resort tu. Ada dua ekor kuda. Nak tunggang kena bayar dalam RM10 rasanya.

In Sha Allah, nanti nak datang tengok sekali lagi.
Lawatan Sambil Belajar Mini Zoo Ethno Valley Resort
Lawatan Sambil Belajar Mini Zoo Ethno Valley Resort
Lawatan Sambil Belajar Mini Zoo Ethno Valley Resort


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement