Muzium Perak yang terletak di Taiping, Perak adalah merupakan muzium pertama di Malaysia. Ia telah dibina oleh Kerajaan British pada tahun 1883, yang diasaskan oleh Sir Hugh Low yang merupakan Residen British di Perak ketika itu.

Ia merupakan antara pembinaan bersejarah selepas Perjanjian Pangkor dimeterai pada tahun 1874. Selepas penubuhan muzium ini, pihak British telah membina dua lagi muzium iaitu Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899.
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia

Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia

Muzium Perak menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan kebudayaan masyarakat di Malaysia. Pembinaan bangunan muzium ini telah dilakukan secara berperingkat bermula pada tahun 1883 (fasa pertama) dan selesai pembinaannya pada tahun 1886. Fasa seterusnya pada tahun 1889 menumpukan pembinaan serambi di bahagian hadapan dan belakang. Manakala pada tahun 1900, bahagian belakang bangunan asal muzium telah disambung untuk penambahan balai pameran. Ia siap sepenuhnya pada tahun 1903.

Muzium Perak mempunyai ruang pameran dua tingkat dan agak luas. Kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Ia kini diuruskan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Saya dan keluarga telah beberapa kali datang ke muzium ini. Malah, kalau ada rakan dari luar Perak datang singgah ke rumah, Muzium Perak pasti menjadi antara cadangan kami untuk mereka. Ia destinasi yang bajet untuk tambah ilmu pengetahuan.

Awal-awal dulu, muzium ni masuk percuma, tapi sekarang dah kena bayar dah, mungkin sebab untuk menampung kos penyelenggaraan bangunan muzium yang dah makin uzur.
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Antara perkara menarik mengenai muzium ini ialah spesimen haiwan yang dipamerkan. Ada banyak spesimen haiwan yang diawet dan diletakkan dalam tempat berkaca. Jadi, anak-anak seronoklah dapat melihat haiwan, burung, dari mamalia sehingga reptilia dengan lebih dekat. Ada juga kerangka buaya dan ular sawa paling panjang di Malaysia.

Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Satu lagi keunikan dan kelebihan Muzium Perak ialah ia mempunyai koleksi pameran berkaitan orang asli di Malaysia antara terlengkap dan terbaik. Banyak saya dan keluarga belajar mengenai orang asli hanya dengan melawat muzium ini.

Agak luas juga muzium ini yang terletak berhampiran dengan Penjara Taiping. Ada kemudahan tempat letak kereta yang selesa, selain kemudahan tandas dan surau. Malah, ada kedai cenderamata disediakan.

Di bahagian luar, anda boleh lihat beberapa bahan pameran seperti kenderaan pertama di Malaysia, gerabak keretapi terawal, kapal terbang pejuang TUDM dan juga sebuah kubur lama. Anda juga boleh lihat basikal terpanjang di Malaysia yang telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records.
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia
Muzium Perak Muzium Pertama Malaysia

Untuk keterangan lanjut:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057

Sumber: Majlis Perbandaran Taiping, Perak, Malaysia


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement