Saya selalu ajak anak-anak pergi memancing. Lokasi yang sering kami pergi adalah sekitar perairan Lumut dan juga Kuala Kurau/Tanjung Piandang. Kalau ke Lumut, saya akan memancing di dua lokasi favourite saya, iaitu RockBund Fishing Chalet dan Amir Chalet. Dua-dua tempat ini jarang mengecewakan saya kalau pergi memancing. Kalau memancing waktu malam, paling seronok memancing di RockBund, Marina Island, Teluk Batik.

Apabila memancing di tepi laut dan waktunya pula adalah di waktu malam, cabaran paling utama ialah untuk menghadapi serangan nyamuk penghisap darah. Gigitan nyamuk di tepi laut memang sangat mengganggu konsentrasi memancing. Tambah-tambah kalau kena gigit dengan nyamuk yang beri kesan gatal yang teramat sangat. Bengkak tak pe lagi .. ni sebab ia menggatalkan tu yang tak boleh nak tahan.

Nak Gi Memancing Malam, Kena Pakai BugsLock

Cara mudah elak kena gigit nyamuk ketika memancing tepi laut
Kalau kena gigit nyamuk di tepi laut, gatalnya memang buat anda rasa tak selesa. Kalau sekor dua tak pe lagi ... kalau dah sembilan belas ekor gigit anda secara serentak .. ater .. camner nak main tepuk tampar.. dah la ada dua tangan je.
Guna gelang ajaib penghalau nyamuk ketika memancing malam
Cara yang saya nampak berkesan dan mudah ialah dengan memakai gelang ajaib ... BugsLock. Gelang ni berbau serai wangi yang sangat tajam. Ia dapat hindarkan nyamuk dari berada dekat dengan anda. Jadi, tak adalah kena serangan nyamuk bertubi-tubi ketika mata sedang memerhati pancingan.

Mudah dan senang. Tanpa sebarang pantang larang, anda hanya pakaikan sahaja gelang BugsLock ini untuk elak nyamuk dari menggangu. Ia dapat bertahan selama mana anda memancing di malam hari, in Sha Allah.
BugsLock - gelang ajaib untuk halau nyamuk dan serangga dengan mudah
Gelang BugsLock ini boleh anda beli secara online di Lazada Malaysia. Harganya bermula dari RM25 satu set. Boleh dapatkan di sini - BugsLock

Sesuai digunakan bukan sahaja untuk orang dewasa, malah juga kanak-kanak. Ibu mengandung pun boleh pakai gelang ni ... dan in Sha Allah, ia tidak merbahaya, tidak toksik dan selamat digunakan. Cuma jangan pi buat lauk makan dengan nasik dah la (kecewa tak dapat ikan).

[Baca] Akhirnya Berjaya Naikkan 3 Ekor Siakap di Chalet Amir

Cukup pakai satu atau dua untuk orang berlainan. Ia macam gelang immuniti - vaksin gitu untuk satu grup ... tak perlulah pakai setiap orang sebab bau gelang BugsLock ini memang menyucuk hidung sehingga beberapa meter.

Beli BugsLock di Lazada - Tawaran Harga Diskaun BugsLock

Boleh dipakai kalau nak pergi camping, pergi masuk hutan, buat BBQ kat luar rumah, dan kat mana-mana yang ada nyamuk. Ia juga digunakan untuk halau serangga lain seperti lipas yang kalau berkhemah tu boleh tersesat masuk dalam baju .. dalam khemah. Geli meh.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement