Fuh. Memang seronok memancing di Rockbund Fishing Chalet, yang terletak di Marina Island, Teluk Batik, Perak. Kalau anda kaki memancing, tempat ini memang sesuai untuk anda. Seperti pernah saya ceritakan sebelum ini menerusi entri Rockbund Fishing Chalet Hanya Sesuai Untuk Kaki Pancing. Jika bukan, tempat penginapan ini mungkin satu tempat yang membosankan buat anda.

Haha... saya tak buat cerita, serius ... ia diakui sendiri oleh isteri saya. Rockbund Fishing Chalet memang dibina untuk kaki pancing, tiada tv, wifi pun lemah, menu sarapan pun biasa-biasa, tiada padang golf, tiada kolam renang untuk anak-anak main air, mahupun gym serba lengkap. Malah, ruangan pantri penginapan tiada peti ais untuk sebuah Chalet yang diberikan penarafan 3 bintang.

Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet

Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Tetapi, kalau anda kaki pancing, mahu merasa keasyikan tarikan ikan seperti Ikan Kerapu, Ikan G.T, Ikan Telinga Gajah, Ikan Senangin, Ikan Siakap, Ikan Jenahak, Pari, Gerut dan bermacam-macam lagi, maka bercuti dan memancing di sini mungkin akan jadi satu pengalaman yang menarik dan diingati.

Saya sudah kali kedua ke Rockbund Fishing Chalet ini. Walaupun harga penginapan cecah sehingga RM300 untuk satu malam, ia dianggap berbaloi untuk sesetengah mereka yang memang tegar memancing, tetapi pada masa sama mahu satu tempat penginapan yang selesa, walaupun kemudahan bukan bertaraf sepatutnya.
Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Seronok memancing di Rockbund ini ... sebab boleh dapat banyak ikan dari spesies terbaik, dan bernilai tinggi. Kerapu misalnya adalah dari spesies Kerapu Pisang dan jika anda bernasib baik, boleh mendapat Kerapu Harimau bersaiz sederhana.
Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Anak sulong saya beberapa kali mendapat tarikan ikan yang kuat, tapi malangnya ... ia terlepas. Agak seronok melihat anak-anak terpaksa bergelut sendiri menaikkan ikan besar yang memakan umpan. Nasib baiklah pancing yang digunakan agak tahan lasak.

Pernah seorang pemancing yang menginap di sini mendapat lebih 5 kilo ikan Gelama kerana mudahnya ia memakan umpan. Apatah lagi setiap dua chalet disediakan khas pelantar untuk memancing yang luas dan selesa - siap dengan lampu di waktu malam dan tempat duduk.

Trip memancing kali ini, saya dan anak-anak telah berjaya menaikkan 3 ekor pari Nyiru (Tetuka), seekor Jenahak, dua ekor Kerapu Pisang, seekor Belut, 3 ekor Kerapu Singa dan seekor ketam.
Seronok Memancing di Rockbund Fishing Chalet
Hasil tangkapan ikan di Rockbund Fishing Chalet
Lokasi memancing di Teluk Batik
Dan penginapan kali ini lebih selesa untuk memancing memandangkan hanya saya dan anak-anak sahaja memancing, manakala semua chalet lain penuh dihuni oleh pelajar-pelajar sekolah Cina yang ada membuat kem pembelajaran. Jadi, keseluruhan pelantar memancing yang ada di Rockbund Fishing Chalet menjadi 'milik' kami semalaman ...

[Nak Tempah] Cari Rockbund Fishing Chalet, dan tempah online menerusi pautan ini - Tawaran Menarik Dengan Diskaun

Kalau anda yang sukakan satu lokasi memancing terbaik, dengan mempunyai kemudahan penginapan tilam empuk, berhawa dingin, bilik yang selesa ... maka bolehlah tinggal di Rockbund ini... :)


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

Klu husband sye ni, pasti suka..

Reply

Hah .. apalagi, ajaklah husband pergi sini. Sesuai ntuk honeymoon sebb sunyi, damai, dan asyik ... :)

Reply

salam...boleh memasak x di sana

Reply

Assalam tuan. Umpan tuan bawa dari rumah atau beli di sana?

Reply

Saya beli kat Kg Setiawan .. :)

Reply

Boleh memasak di luar kabin, kena minta kebenaran dulu, dan pihak mereka akan sediakan peralatan tetapi disewa.

Reply

Elok pakai udang hidup. Tapi kalau tak ada, udang mati tapi fresh buang kulit pun boleh. Nak pancing spesies lagi best, boleh gunakan anak belanak, dan sotong fresh.

Reply

Boleh refer pada artikel yang lain .. saya ada sebut tempat dan cara nak dapatkan umpan, terutama udang hidup.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.