Blog HASRULHASSAN.COM berjaya mendapatkan score untuk SEO agak baik. Secara umumnya, blog saya ini berjaya mendapat score SEO grade A untuk onpage SEO. Bukan mudah untuk mendapat score yang baik untuk SEO ini, sebab ia mengambil banyak aspek dari segi penilaian. Kalau nak dilihat satu persatu dalam sehari memang jenuh. Saya pun ambil masa berbulan-bulan untuk belajar mengenai teknik SEO blog ini, dan masih lagi belum khatam sepenuhnya.

Belajar mengenai teknik SEO untuk blog bukan mudah tetapi ia jika anda tak mula belajar mengenainya, anda akan terkapai-kapai dan ketinggalan. Saya lihat, semakin ramai blogger Malaysia yang mendalami teknik SEO ini untuk kekal berada di dalam dunia blog Malaysia.

Blog Ini Score SEO Grade A

Di sini saya kongsikan beberapa score SEO untuk blog ini, yang rata-rata memberikan grade A.
Blog Ini Score SEO Grade A
Blog Ini Score SEO Grade A
Blog Ini Score SEO Grade A
Alhamdulillah, saya boleh rasa lega dengan score SEO yang diberikan. Tetapi percayalah, score ini tidak akan kekal lama, kerana algorithma SEO ini kadangkala berubah mengikut masa.

Kenapa saya tekankan soal SEO ini?

SEO penting jika anda mahu lihat entri blog anda berada di top enjin carian. Bila entri blog berada di bahagian atas untuk carian sesuatu kata kunci, contohnya 'cara nak berkerjaya Jururawat', 'cara nak kurus' atau mungkin 'jalan pintas ikut Gua Musang ke Kuala Terengganu' ... anda sebenarnya memberikan pengetahuan, ilmu, panduan dan membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Bayangkan kesan positif yang telah anda berikan ...

[Baca] Tips Hasilkan Blog Niche, Bertujuan dan Mesra SEO

Menerusi penulisan anda di dalam blog, anda boleh membantu orang lain tanpa perlu keluarkan sebarang modal pun. Menerusi penulisan anda, anda dapat bantu selesaikan masalah orang lain yang beratus dan beribu batu duduknya dari anda. Menerusi penulisan anda, anda dapat membuatkan orang yang gundah gulana, tersenyum gembira.

Anda dah tengok keputusan contest SEO ini tak - Senarai Pemenang Kontest SEOCari Duit Raya 2016

Blog yang cemerlang dari segi SEO dapat membantu usahawan dan bisnes dikenali seluruh dunia. Lalu membolehkan pemilik blog menggunakan kekuatan yang ada untuk mempromosi produk dan perniagaan orang lain - yang memungkinkan untuk menjadi antara sumber pendapatan sampingan menerusi blog yang lumayan (penulisan advertorial/review).

Alhamdulillah, sejak saya menjenamakan blog ini sekitar Ogos 2010, blog ini telah mendapat tempias yang sangat baik kerana kekuatan SEO yang ada.

Website Seo score checker

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah Sifuu, memang penting sangat SEO untuk blog dan menjana trafik sambil membantu mereka di luar sana, masih terkial-kial dalam ilmu seo ni, banyak belajar dari sini dari awal lagi. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... ilmu SEO ni luas, dan kadangkala pelik. Kejap cara ni ok, pastu kelaut .. pastu ok balik .. haishhh ...

      Padam
  2. Tahniah tuan HH, dapat page views 21.3 juta. :)
    Saya pun sekarang tengah belajar teknik SEO untuk menaikkan ranking website saya. Tuan HH ada juga menulis beberapa artikel mengenai SEO. Terima kasih banyak tuan, serba sedikit dapat membantu saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement