Review Hotel Best Western, Petaling Jaya .. jika anda mencari sebuah hotel yang selesa untuk urusan santai dan bisnes, saya syorkan kepada anda untuk menginap di hotel ini yang terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya. Best Western PJ bukanlah hotel baru, malah ia merupakan antara hotel yang sentiasa menjadi pilihan untuk mereka yang mementingkan kualiti bertaraf antarabangsa.

Untuk info, Best Western adalah merupakan rangkaian hotel terbesar di dunia. Di Asia sahaja, rangkaian hotel ini boleh di dapati di 18 buah negara termasuklah China, Indonesia, Thailand, Singapura dan Malaysia. Jadi, ia sudah mempunyai takrifan tersendiri sebagai sebuah hotel yang terbaik untuk urusan santai dan bisnes.

Review Best Western Hotel Petaling Jaya

Review Best Western Hotel PJ
Pada minggu pertama bulan Ramadhan 2016, saya telah diberikan kesempatan untuk menginap di hotel yang boleh disifatkan bertaraf 4 bintang bagi diri saya. Semua kemudahan yang ada di hotel ini sangat memuaskan. Malah, anak-anak saya suka dengan apa yang ada di hotel ini termasuklah Wifi percuma, kolam renang, dan restoran yang menyediakan hidangan sedap untuk tetamu hotel.

Kami telah diberikan bilik superior dengan sebuah katil queen di tingkat 13 hotel ini.
Review Best Western Hotel PJ
Hotel ini mempunyai 344 bilik hotel serta suite. Keunikan hotel ini ialah ia merupakan sebahagian daripada kompleks yang dilengkapi dengan kedai, restoran, pejabat serta tempat untuk bersantai. Lokasinya yang strategik menjadi pilihan untuk tetamu menginap di sini - hanya 50 minit dari KLIA, 30 minit daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang, dan hanya 10 minit sahaja dengan Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Malah, ada kompleks beli belah Jaya 33 Petaling Jaya yang berdekatan untuk lebih pilihan bersantai dan juga membeli-belah.

Keadaan Bilik

Ok. Keadaan bilik hotel adalah baik dan memuaskan walaupun agak kecil bagi saya yang membawa isteri dan 3 orang anak saya. Namun begitu, kami gembira kerana apa yang ada di dalam bilik hotel sudah cukup memadai dan selesa.
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Semua kemudahan asas untuk tetamu disediakan lengkap termasuklah saluran TV interaktif percuma, kemudahan mini bar dan juga kemudahan rias diri yang disediakan dalam bilik air. Untuk lebih pilihan bagi hiburan, bilik hotel juga disediakan saluran daripada IPTV. Anda boleh menonton dokumentari menarik serta filem terbaru hanya dari ruang bilik hotel anda, dengan caj tertentu.

Alhamdulillah, kami dapat bilik yang mempunyai signal Wifi yang cukup bagus, mana tidaknya .. router Wifi berada betul-betul di bawah meja solek di dalam bilik. Memang seronok anak-anak saya... :).  Dan pastinya untuk blogger seperti saya, ia sangat memudahkan.
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Review Best Western Hotel Petaling Jaya

Jenis Bilik dan Kemudahan Hotel

Hotel Best Western PJ menyediakan 4 jenis bilik hotel dan suites, iaitu:
  1. Superior room
  2. Club floor superior room
  3. Executive suite
  4. Presidental suite
Seperti saya katakan di awal tadi, Best Western Hotel adalah hotel yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan untuk bersantai weekend getaway, ataupun untuk mereka dari luar atas urusan bisnes. Antara kemudahan lain yang ada di hotel ini ialah:
  • Kolam renang di bahagian bumbung hotel, bersebelahan Skyz Dine and Bar
  • Bilik atau ruang sauna
  • Gimnasiuam
  • Meeting room yang lengkap
Review Best Western Hotel Petaling Jaya
Review Best Western Hotel Petaling Jaya


Penginapan saya selama 2 hari satu malam di Hotel Best Western, Petaling Jaya akan diingati kerana ianya berlaku di minggu pertama bulan Ramadhan 2016. Kami sekeluarga telah berkesempatan untuk berbuka puasa dan bersahur di hotel ini ... di Restoran Dapur Kembali yang menawarkan makanan yang cukup sedap.

In Sha Allah, saya akan bercerita mengenainya di entri yang lain - Berbuka Puasa Promosi Buffet Dinner Best Western Hotel, PJ.

Untuk tempahan hotel serta promosi:

Tempahan online - http://www.bestwesternpj.com.my
Facebook - https://www.facebook.com/pages/Best-Western-Petaling-Jaya
Hotline - +603 7610 2222
Email - info@bestwesternpj.com.my

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. waaa.. boleh tahan juga biliknye tu..
    kalau pergi melaka boleh cuba hotel equtorial dgn hotel hatten square bilik pun boleh tahan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kalau ada kesempatan nanti, saya cuba menginap di hotel dicadangkan.

      Padam
  2. okay je hotel ni.. next time kalau pegi dnegan family ambil bilik yg lebih luas. ehehe

    BalasPadam
  3. boleh rehatkan minda ni kat western hotel.

    BalasPadam
  4. Nak tulis blog kat kawasan macam ni konfem best. Idea mencurah curah masuk.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement