Langkau ke kandungan utama

Promosi Buffet Dinner Best Western PJ Sempena Ramadhan 2016

Promosi Buffet Dinner Best Western PJ Sempena Ramadhan 2016. Sebelum ini, saya dah bercerita mengenai pengalaman serta review ringkas mengenai Hotel Best Western Petaling Jaya. Kali ini, saya nak war-warkan mengenai satu promosi istimewa yang sedang dilakukan oleh Kitchen Kembali, Best Western Hotel Petaling Jaya. Promosi yang saya maksudkan ialah promosi Warisan Tradisi Buffet Dinner, yang dibuat sempena Ramadhan 2016.

Promosi Buffet Dinner Best Western PJ Sempena Ramadhan 2016

Promosi ini yang menyajikan sajian sedap dan lazat masakan tradisi dibuka untuk tempahan bermula dari 6 Jun sehingga 30 Jun 2016. Harga buffet dinner ini pula bermula dari serendah RM30 seorang (kanak-kanak).

Terdapat pelbagai juadah masakan dan menu tradisi yang disediakan di Kitchen Kembali, Best Western PJ Hotel ini. Antara yang menarik ialah Kambing Bakar, Ayam Panggang, Ikan Bakar, Mee Kari, Mee Kuah, Nasi Briyani, pelbagai ulam-ulaman kampung, pelbagai kuih muih tradisi, pelbagai jenis sambal, ABC dan banyak lagi.

Minuman panas seperti Teh Tarik, Nescafe Tarik, Teh O turut disediakan untuk para tetamu. Saya boleh katakan, menu dan masakan yang ada memang sesuai dengan temanya menu Warisan Tradisi.
Uhh .. tengoklah betapa seleranya anak-anak saya menjamah makanan buffet dinner di Kembali Kitchen, Hotel Best Western PJ ni. Memang jarang nak nampak anak saya cukup berselera menikmati juadah berbuka puasa.
Layanan yang diberikan oleh staff di Kembali Kitchen pun cukup baik dan bagus sekali. Paling best, mereka izinkan isteri saya untuk tapau ... bawa naik ke bilik hotel kami lagi .. hoho .. amacam? Tapi tidaklah kami nak tapau semua makanan yang terhidang di sini ... kami pun tahu adab ambil makanan buffet ni .. hoho. Hanya bawa yang mana tak habis di meja kami sahaja. Nasib baik ada bawa bekas sendiri .. jadi tidaklah menyusahkan staff Kembali Kitchen. :)

Heappp heapp .. kami bukan buruk lantak ehh, cuma tak berapa seronok melihatkan makanan yang sudah kami ambil perlu dibuang begitu sahaja. Itu namanya pembaziran. Mungkin silap saya juga yang benarkan anak-anak ambil macam-macam, almaklumlah ... makanan memang sedap-sedap belaka... hehe.

Meh saya kongsikan beberapa gambar sewaktu kami berlima menikmati juadah makanan di Kembali Kitchen - Promosi Buffet Dinner di Best Western Hotel PJ ini. Jangan terliur sudahlah ye .. huhu .. agak-agak nak merasa, bolehlah buat tempahan. Butirannya nanti di akhir post ini ..

Layan dulu gambar ...
Best Western Hotel PJ menerusi Kembali Kitchen turut hidangkan Kambing Bakar serta Kari Kambing untuk para tetamu menerusi promosi Buffet Dinner 2016.
Untuk kelainan rasa, turut disediakan untuk para tetamu ialah pelbagai aneka jeruk. Paling jarang nak jumpa ialah Jeruk Buah Cermai ...
.. dan banyak lagi .. tunggu beberapa gambar lagi juadah di dalam Wordless Wednesday. Amacam? Menarik tak? Hoho ... kalau rasa nak mencuba, bolehlah tengok harga dan juga cara nak tempah di bawah ini ye ... selamat berpuasa...

Berikut adalah harga promosi Buffet Dinner di Best Western Hotel PJ:


BUFFET DURATION PRICE REMARKS
Dinner By 31st May 2016 RM60nett (Adult)
RM30nett (5-12 y.o Child)
Vouchers are
available for
sale
6th - 12th June 2016 RM65nett (Adult)
RM30nett (5-12 y.o Child)
13th - 26th June 2016 RM75nett (Adult)
RM30nett (5-12 y.o Child)
27th - 30th June 2016 RM65nett (Adult)
RM30nett (5-12 y.o Child)


Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
BEST WESTERN Petaling Jaya,
No.1, Jalan 13/1, Section 13,
46100, Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan.
  • Edwan Reza (019 777 3565 / Sales Manager)
  • Zurina (019 777 4140 / Sales Manager)
  • Hisham (012 615 8962 / Restaurant Manager)
  • Email : sales@bestwesternpj.com.my



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. singgah sini.. semua makanan nampak sedap tp bergantung kepada menu setiap hotel. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …