Memandangkan saya ada pengalaman travel dengan ETS ini agak kerap, maka saya nak kongsikan sedikit tips dan petua untuk mereka yang mungkin baru nak mencuba perkhidmatan KTM ETS ini. Apa yang akan saya beritahu ini juga merupakan perkongsian daripada isteri saya yang setiap minggu akan travel guna ETS dari KL Sentral ke Parit Buntar.
16 Tips Untuk Travel Menaiki ETS KTMB
Tempah Tiket Awal
Jika nak tempah tiket KTM ETS, pastikan anda tempah awal untuk mengelakkan kehabisan tiket. Al maklumlah, jadual perjalanan tren ini agak terhad. Anda boleh tempah tiket menerusi tiga cara, iaitu menerusi stesen KTM berdekatan, secara online atau menerusi agen yang telah dilantik. Tempah awal maksudnya di sini - paling tidak sebulan lebih awal. Untuk senarai agen, anda boleh rujuk post saya ini - Senarai Agen Berdaftar Jual Tiket KTM ETSJika Mahu Tukar Tarikh Perjalanan Tiket ETS
Kadangkala perancangan kita tidak berjalan sepatutnya, tiket ETS dah tempah awal .. tetapi disebabkan ada aral melintang, anda terpaksa tukar tarikh perjalanan ETS .... huhuhu .. jangan risau, anda masih boleh tukar dengan beberapa syarat tertentu. Sebaik-baik cara untuk tukar tiket anda ialah seminggu sebelum tarikh tiket asal, malah kalau nasib baik, anda boleh tukar tiket anda 24 jam sebelum masa berlepas. Anda boleh baca post saya yang ini - Cara Batal/Tukar Tiket ETS dan Cara Mendapatkan Pemulangan TambangBeg Untuk Dibawa
Saya syorkan anda bawa satu beg beroda yang besar, dan satu beg galas untuk perjalanan melibatkan satu famili 4 orang. Dalam setiap koc tren ETS ada tempat letak beg bertingkat, tapi terhad ... kalau tidak silap ia berkeluasan 6' x 3' yang terletak samada di bahagian depan atau belakang setiap koc. Di bahagian tempat duduk penumpang juga ada tempat letak beg, tapi tidak sesuai untuk beg yang besar dan berat. Kalau nak letak di bahagian kaki .. memang akan rasa sempit dan tidak selesa. Anda dilarang sama sekali letak beg di bahagian laluan .. nak kena maki .. cubalah buat .. haha.Bawa Makanan Dalam Tren
Kalau ikut prosedur, memang dilarang untuk bawa makanan dalam tren ETS. Tetapi, kalau anda rasa nak bawa makanan sendiri, pastikan anda bawa makanan dalam bekas anda sendiri. Kalau nak beli diluar, beli produk yang senang untuk anda uruskan spt makanan ringan, sebab takut akan ganggu orang sebelah atau penumpang lain. Dalam tren ETS ada kantin yang dijaga oleh pramugari cantik ... boleh beli makanan di situ, antara yang dijual adalah mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak .. yang rasanya boleh tahan.Kalau nak makanan simple ada Sandwich Sardin dan juga Sandwich Keju .. yang ni memang sedap .. hoho. Air juga ada dijual, samada panas atau sejuk. Saya dan anak saya makan Sandwich (2) dengan air Milo Panas .. bayar dalam RM5 sahaja.
Pakaian Yang Sesuai
Dalam tren ETS memang sejuk ... lagi-lagi kalau anda ambil tiket perjalanan waktu malam. Jadi, saya syorkan anda apabila mahu travel naik KTM ETS untuk mengenakan pakaian yang tebal sedikit atau setidaknya bawa baju sejuk terutama untuk anak-anak. Bawa selimut nipis pun ok. Saya pernah lihat ada penumpang yang berkerubung di tempat duduk disebabkan kesejukan dalam tren ETS ... yelah, waktu tu hujan lebat .. memang sejuklah.. huhu. Serius .. kalau tak tahan sejuk .. memang leh beku dibuatnya.Lampu Terpasang Sepanjang Masa
Kalau anda jenis yang suka tidur dalam keadaan gelap, mungkin akan jadi masalah untuk lelapkan mata apabila travel naik KTM ETS ini. Lampu dalam tren akan terpasang sepanjang masa, jadi .. saya syorkan anda bawa penutup mata kalau mahu tidur dengan selesa.Tiada Koc Tempat Tidur
Jika keretapi biasa seperti Ekspres Rakyat, Ekspres Senandung Langkawi .. ada koc tempat tidur ... tapi dalam KTM ETS tak ada koc sebegini. Jadi, anda kena biasakan diri untuk tidur dalam keadaan duduk .. haha.Tandas Dalam Tren ETS
Tandas dalam ETS agak moden. Ia juga bersih. Kalau nak buang air besar ke .. air kecik ke .. tak jadi masalah. Ada sinki air dan air untuk basuh hadas. Dalam ETS ada dua koc yang sediakan tandas ... satu tandas tu agak luas sebab ia dikhaskan untuk orang OKU .. tetapi boleh je digunakan semua orang. Untuk masuk ke tandas anda perlu tekan butang Open pada pintu, jangan sesekali anda tarik .. nanti tak boleh tutup-tutup dah ... kang susah. ... haha.Oh ya, satu lagi ... anda tidak perlu untuk berdiri di luar pintu tandas untuk tunggu giliran, anda lampu khas menunjukkan samada tanda digunakan atau kosong di bahagian koc penumpang. Jika hijau, maknanya kosong, jadiii ... tak adalah anda nampak desperate sangat nak masuk tandas sambil terkepit-kepit.
Tempat Duduk Anak-Anak
Apabila saya travel ke KL dengan anak-anak naik ETS, saya akan tempah satu tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak. Tempat duduk agak selesa walaupun tiga orang anak-anak berkongsi tempat duduk.Periksa Tiket Tren ETS
Saya sering perhatikan ada penumpang yang tidak membaca dengan betul info yang ada di dalam tiket ETS. Antara yang sering keliru ialah nombor tren, nombor koc dan nombor tempat duduk. Nombor tren mesti dipastikan dengan betul, jika tidak anda akan berakhir menaiki tren yang salah memandangkan jadual terkini tren ETS agak berdekatan melibatkan perjalanan yang berlainan arah, dan berakhir dengan stesen yang berlainan.Perkara kedua ialah nombor koc, ia penting untuk pastikan anda duduk di tempat duduk yang betul. Setiap koc .. nombor tempat duduk adalah sama, samada 1A, 1B, 1C, 1D; yang bezanya adalah nombor koc tren samada A, B, C, D atau E ... untuk elak keliru, saya syorkan anda tanya pada pramugari/pramugara atau konduktor tren sebelum masuk ke tren.
Jika Hujan
Setiap stesen KTM ETS bukan sepenuhnya berbumbung. Kadang apabila tiba di stesen untuk anda turun, di waktu hujan lebat .. ia tentu akan bawa masalah kepada anda untuk keluar dari koc tren. Jadi, apabila anda mendengar pengumuman dalam tren bahawa destinasi anda sudah dekat, siap sedia untuk terus ke koc C atau D sebab koc ini selalunya akan berada di bahagian tengah stesen KTM ETS yang berbumbung. Jadi, apabila tiba di stesen destinasi, tak perlu risau nak sediakan payung atau nak berlari-lari keluar dari koc. Agak bahaya sebab lantai licin .. apatah lagi untuk kanak-kanak.Ada Plug Bawah Tempat Duduk
Ramai yang tidak tahu bahawa di bawah tempat duduk ada plug 3 pin yang boleh digunakan untuk cas bateri telefon, bateri laptop dan sebagainya. Cuma, ia hanya ada satu .. jadi sebelum guna, sila minta kebenaran orang sebelah terlebih dahulu kerana anda perlu membongkok sedikit untuk pasang plug peralatan elektronik anda. Nanti, tak pasal-pasal kena hempuk kat kepala ... haha .. lagi-lagi kalau tempat duduk sebelah seorang awek yang memakai skirt pendek paras peha .. kua kua kua ...Jaga Kebersihan
Jagalah kebersihan dalam koc dan tempat duduk anda. Anda kena ingat, anda bukan tempah satu koc tren ETS, maka hormatilah penumpang yang lain. Kalau anda bawa makanan sendiri dan ada sisa .. sila buang sisa tersebut di tong sampah yang disediakan di setiap koc iaitu di bahagian antara koc, ada 'kotak' tempat buang sampah yang tertutup. Bukan apa, kadangkala ada bau sisa makanan yang tidak berapa disukai penumpang lain, contohnya bau sambal petai yang emak anda sediakan, atau bau durian yang anda simpan dalam Tupperware.Disebabkan semua koc adalah berhawa dingin dan tertutup - tingkap tidak boleh dibuka (tetapi ada panel khas untuk tutup tingkap), maka susah sikit bau nak hilangkan diri. Ruang antara koc juga ditutup dengan pintu automatik, jika nak buka kena tekan panel pada pintu... jangan lak anda pakai tarik lak .. rosak nanti ... huhu..
Guna Kad Pelajar Untuk Diskaun Harga Tiket
Jika anda seorang pelajar, samada sepenuh masa atau separuh masa .. sila mohon untuk mendapatkan kad diskaun khas untuk pelajar. Untuk memohon boleh baca di post ini - Cara Mohon Kad Diskaun KTMB iCard 2016Nak Pilih Tempat Duduk Sendiri
Jika anda jenis yang cerewet dengan tempat duduk, maka saya syorkan anda untuk tempah tiket KTM ETS anda secara online. Dari situ anda boleh pilih tempat duduk yang selesa untuk anda, almaklumlah tempat duduk dalam ETS ini ada banyak jenis. Ada yang disediakan meja khas, ada yang mengadap sesama sendiri, ada yang membelakangkan kedudukan hala tren dan ada yang berada berdekatan dengan pintu atau tempat letak barang.Jika anda travel bersama anak-anak, elok gunakan servis tempahan tiket secara online ini, jadi anda boleh pilih tempat duduk anda dengan anak-anak agar berdekatan samada mengadap atau sebaris. Jika susah nak online, boleh buat request di kaunter pembelian tiket ETS ... in Sha Allah, mereka akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan anda.
Jangan Tinggal Solat
Sebagai seorang Muslim, anda tidak terlepas untuk tunaikan tanggungjawab menunaikan solat 5 waktu. Jangan risau, di dalam tren ETS ada ruang solat yang selesa .. boleh memuatkan sehingga 3 orang dewasa. Ruangan untuk ambil wudhuk juga disediakan di tempat solat. Bagaimana nak tentukan kiblat? Ok .. dalam surau tersebut ada kompas tentukan kiblat .. jadi pastikan anda mengadap kiblat pada waktu niat dan angkat takbir pertama. Seterusnya solatlah seperti biasa ketika tren sedang bergerak. Janji, jangan tinggal solat anda. In Sha Allah.Kalau anda nak tahu, ramai student yang travel dengan ETS untuk balik kampung hujung minggu atau semasa cuti atau ketika tiada kelas. Malah, ada lecturer di tempat saya (USM Transkerian) yang gunakan ETS untuk hadiri bengkel atau mesyuarat (tugas rasmi) di Kuala Lumpur. Katanya, ia lebih jimat, agak selesa .. dan boleh buat 'kerja' dalam tren jika nak dibandingkan dengan menaiki kapal terbang. Sampai KL, leh tempah perkhidmatan UBER .. hehehe.
Semoga artikel yang saya tulis ini dapat dimanfaatkan ramai ... apatah lagi musim perayaan nak dekat, jadi bolehlah pilih perkhidmatan ETS ini untuk pulang bercuti di kampung halaman atau mungkin untuk percutian weekend getaway. In Sha Allah, ia menjimatkan masa dan wang anda serta selamat .. :)
kalau ETS yg kat KL Sentral tu yang bahagian mana ye? saya selalu naik ktm yang biasa tu je and sometimes ada dengar jugak orang cakap pasal ETS ni tapi tak tahu yg mana satu . lol
ReplyDeleteThe Talking Diary
Terima kasih perkongsian ini Bro HH. Lepas ni kena cari baju tebal sikit.
ReplyDeleteBoleh tahan juga harga tambang dia. Tapi nampak macam selesa. Ada pas pelajar berbaloi naik ni.
ReplyDeleteWah dapat jimat dengan kad pencen, warga emas dan oku.
ReplyDeletepernah naik dah dengan anak-anak.. memang selesa..
ReplyDeleteKannn .... leh tgk movie tanpa suara .. ekekeke
Deletewowwww - info yg menarik... tq
ReplyDeleteinfo yang baik tuan
ReplyDeleteteringin nyer nak naik ke pdg besar.
ReplyDeletebukan ler nak shopping sgt, just nak kan experience tu aje.
apa2 nanti saya roger br HH ekk.
Tryla .. bagus untuk pendedahan terutama anak-anak .. kena support skit pengangkutan awam.
DeleteAssalamualaikum, tumpang tanya, plug memang available untuk semua rows ke? Atau satu plug untuk satu koc jek?
ReplyDeletePada setiap row ada plug di bawah kerusi. Jadi, kena kongsi dengan orang sebelah. :)
DeleteTambg ke pdg besar rm80 ke dr kl sentral...tq
ReplyDeleteTp mmg seat mmg sempit baik lebar dan ruang kaki... lutut sy selalu sakit. Sy sll travel gemas-penang. Seksa... Bg saya, ktm yg dulu jauh lebih selesa.
ReplyDeletekalau tak silap, ada koc yang ruang kakinya lebih besar. rasanya dalam gold kot.
DeleteI jnis Tak bule backward seeing, kepala pening..I Kena forward.
ReplyDeleteSo if you are like me, pilih koc ganjil, i.e. A,C,E and so on.
Seating plak, choose the odd numbers because you get wider view from the window.
kalau saya nak ke kuala lumpur dari penang, seat apa yang perlu di pilih untuk facing forward dan wider seat??
DeleteElok puan refer pada kaunter KTM sbb koc sama namun kepala dia lain - jadi, jika perjalanan ke Penang .. seat yg face forwad tak sama ...
DeleteTumpang tanya. nak naik ets ni perlu ke macam nak naik flight yang kena ada sejam sebelum waktu berlepas?
ReplyDeleteTq atas perkongsian. Very helpful.
ReplyDeleteSama-sama .. :)
DeleteUtk smoker,ade x disediakn tpt khas utk merokok? Seat bole adjust ke?
ReplyDeleteTempat smoker tak ada tuan, memang tuan kena pendam hasrat sampai sampai destinasi. :) Seat boleh adjust ..
DeleteTkasih.. sgt mbantu
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian tuan. Sangat2 membantu.
ReplyDeletemcm mana saya nak pilih tempat duduk yg menghadap atau tempat duduk yg ada meja ya?
ReplyDeleteJika nak pilih tempat duduk spt dikatakan, kena tanya kaunter. Kalau online ni susah sikit nak tahu.
DeleteTeringin nak naik ets juga. Tapi disebabkan first time, bersama 2 anak kecik, rasa cuak juga :D
ReplyDeleteCubalah sekali .. best ... anak-anak kecil akan rasa seronok sbb ada TV ... leh tgk ...
DeleteTrain jam 5.05 dari Ipoh ke KL tak disediakan ruang solat , nak solat subuh kena pandai2 sendiri. Harap maklum.
ReplyDeleteKalau eticket tak print cuma tunjuk fine boleh ker?
ReplyDeleteBoleh. Tunjuk yang kat handphone je
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.