Jadual KTM ETS Terkini Bermula 19 Mei 2016

Jadual tren KTM ETS berubah lagi. Kali ini pihak KTM telah mengeluarkan jadual terkini KTM ETS berkuat-kuasa 19 Mei 2016. Jadual terkini ETS ini merangkumi semua sektor perjalanan dari arah utara ke selatan. Saya sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jadual waktu terkini tren ETS ini semasa menempah tiket tren pergi-balik dari KL Sentral ke Parit Buntar.

Dan saya mahu berkongsi dengan anda mengenai jadual terbaru lagi terkini mengenai servis KTM ETS ini. Untuk makluman, tiada sebarang perubahan yang ketara dari segi penjadualan masa perjalanan ETS ini bermula 19 Mei 2016, tren pagi tetap tren pagi, cuma ada beza dari segi jam masa bertolak dan tiba sahaja.

Jadual KTM ETS Terkini Mei 2016

Berikut adalah jadual tren KTM ETS sektor utara bermula 19 Mei 2016, merangkumi stesen KTM ETS Padang Besar - Butterworth - Ipoh - KL Sentral - Gemas. Sila ambil maklum bahawa jadual tren ETS ini adalah disusun mengikut jenis tren ETS dan juga jenis perjalanan (sila lihat stesen bermula dan stesen berakhir).

Jadual Perjalanan ETS Padang Besar - Gemas

Sila klik imej untuk paparan lebih jelas.
Jadual terbaru ETS Padang Besar - Gemas Bermula 19 Mei 2016

Jadual Perjalanan ETS KL Sentral - Ipoh

Sila klik imej untuk paparan lebih jelas.
Jadual Baru Tren ETS Ipoh - KL Sentral bermula 19 Mei 2016

Oh ya, buat makluman anda juga, pihak KTM telah berhentikan perkhidmatan Ekspres Rakyat dan juga Peninsular Ekspress berkuat-kuasa serta-merta. Untuk jadual perjalanan perkhidmatan KTM bermula 19 Mei 2016, termasuklah jadual perjalanan Shuttle Timur, Ekspres Rakyat Timuran, Shuttle Tebrau, dan Ekspress Selatan, boleh muat turun jadual tersebut menerusi pautan di bawah ini.

Harga dan tambang untuk semua servis KTM masih lagi pada harga semasa (ketika post ini diterbitkan). Untuk pelajar samada pelajar sekolah, kolej, institusi pendidikan IPT dan seumpamanya, pastikan anda memohon Kad Diskaun Pelajar KTM untuk peroleh diskaun sehingga 40% bagi setiap perjalanan menggunakan perkhidmatan ETS dan Antarabandar ini. Saya difahamkan ramai pelajar tidak tahu cara nak memohon .. dan masih tidak menggunakan kad pelajar untuk dapatkan diskaun.
[Baca] Cara Mohon Kad Pelajar iCard KTM Secara Online
Isteri saya yang sambung belajar untuk Master pun gunakan kad diskaun ini untuk pulang setiap minggu .. rugi tak memohon buat mereka yang layak.
Oh ya .. sedikit perkongsian pengalaman - 16 Tips Untuk Travel Naik KTM ETS
Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.

1 comment... add one now

Yatie Owner Yatie Owner May 18, 2016
ipoh. umah mak abah mentua :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.