Senarai agen berdaftar untuk jual tiket KTM ETS dan Intercity. Wah, bagus apa yang dilakukan oleh pihak KTM bagi memastikan sistem penjualan tiket ETS dan tren KTM Intercity diperluaskan. Terkini, pihak KTM Berhad telah melantik sebanyak 13 agen tiket berdaftar KTM di Semenanjung untuk membantu penjualan tiket tren KTM ETS dan juga Intercity.

Apa yang dilakukan oleh pihak KTM ini adalah sebagai langkah untuk meningkatkan kepuashatian pelanggan KTM terutamanya dengan pelancaran banyak perkhidmatan baru seperti Komuter Utara, Komuter Selatan, ETS Ekspress dan ETS Intercity.

Senarai Agen Jual Tiket ETS Intercity

Senarai Agen Jual Tiket ETS Intercity
Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan oleh KTM, saluran pembelian tiket juga diperluaskan. Buat masa ini, pembelian tiket keretapi KTM boleh dilakukan menerusi cara berikut:
  1. Pembelian di kaunter tiket stesen KTM atau Komuter berdekatan 
  2. Pembelian secara online di KTM Online Ticketing.
  3. Pembelian menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar.
  4. Menerusi pembelian dari agen tiket berdaftar.
[Baca] Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Terkini KTM ETS

Talian Bebas Tol Dihentikan

Mulai 1 Januari 2016, pihak KTM tidak lagi menyediakan perkhidmatan tempahan tiket menerusi talian bebas tol KTMB. Dan perkhidmatan talian bebas tol akan dihentikan mulai tarikh tersebut. Walaubagaimanapun, pihak KTM telah menyediakan talian khidmat pelanggan yang baru bagi membantu pelanggan untuk mengetahui semua servis dan perkhidmatan yang ditawarkan menerusi talian 03-2267 1200.

Senarai 13 Agen Berdaftar Jual Tiket ETS dan KTM Intercity

Untuk pembelian tiket menerusi agen tiket berdaftar, anda boleh rujuk kepada fail dibawah ini untuk rujukan. Terdapat 13 agen berdaftar yang telah dilantik termasuk agen di Thailand, dan juga Kelantan.




Best naik tren ETS ni ... baca pengalaman saya di sini - Kembara Homestay Rail Tourism Dengan ETS



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

7 Komen

teringin nak balik kampung naik ETS

Reply

Trylah ... barulah dapat pengalaman baru ... :)

Reply

Ohh mestilah .. kena cuba baru tahu, pengalaman masing-masing adalah berbeza.

Reply

Saya tak pernah lagi naik ETS. Nak kena cuba sekali rasa macam mana.

Reply

Terima kasih atas perkongsian ini Bro HH. Nak kena cuba sekali naik ETS.

Reply

Siapa nk beli tiket ets dr alor setar ke kl sentral pada 21 hg jam 9.50 pg dan dari kl sentral ke alor setar pd 24 hb 2017 jam 11.30 mlm hubungi 01948880027. Xjd pegi, masalah pribadi

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.