Banyak betul produk menarik di Lazada. Jika tengok promosi Birthday Sale Lazada, boleh kacau-bilau jiwa dibuatnya. Andailah hari lahir saya dah hampir (Ogos), saya teringin nak dapatkan sesuatu dari Lazada sebagai hadiah birthday saya yang ke 40 tahun! ...Oppss terberitahu umur la pulak ... haha. Dan antara 10 produk terbaik hadiah harijadi Lazada yang menjadi pilihan pastinya barangan yang ada kaitan dengan kerjaya saya sebagai blogger sepenuh masa.

Err ... ada tak sesiapa yang nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk birthday saya nanti ye? Kalau anda simpan hasrat tersebut, bolehlah fikirkan 10 produk yang akan saya senaraikan di bawah ini... hahaha. Poyo betul, tapi saya nak beritahu juga. Saya anggap post saya ini sebagai satu permintaan dalam diam untuk sesiapa yang mungkin mahu membuat kejutan kepada saya nanti .. :)

10 Produk Pilihan Terbaik di Lazada Untuk Hadiah Harijadi

10 Produk Terbaik Lazada Untuk Harijadi
Ok. Ini common-sense - Siapa tak mahu dapatkan hadiah terbaik untuk harijadinya, ye tak? Hoho .. Setelah saya lihat apa yang ada di Lazada, apatah lagi dalam promosi terbaru Lazada, maka berikut adalah 10 produk terbaik yang dijual di Lazada yang saya pilih sebagai hadiah paling best untuk diri sendiri sempena harijadi.

Komputer Apple iMac 27 Inci

Komputer Apple iMac 27 Inci
Sejak saya belajar lagi, saya sudah mengidam sebuah komputer dekstop dari jenama Apple. Sehingga sekarang, umurpun dah hampir cecah 40 tahun (oppss terberitahu lagi), saya belum lagi dapat mencapai impian idaman ini. Sebagai seorang yang sukakan pada teknologi apatah lagi komputer, saya teringin mempunyai komputer yang mempunyai kredibiliti terbaik, rekabentuk mengiurkan, selain kekuatan pemproses yang hebat. Sudah bertahun saya gunakan komputer tanpa brand, yang dari semasa ke semasa mengeluarkan bunyi yang pelik. Adakah di harijadi saya kali ini, saya akan mendapat hadiah sebegini awesome? Nak beli sendiri .... hmmm masih belum dalam kemampuan. Maka, saya pilih komputer Apple iMac ini sebagai pilihan nombor #1 untuk hadiah harijadi saya.

Samsung Galaxy Note 5 N920 32GB - Gold Platinum

Samsung Galaxy Note 5 N920 32GB - Gold Platinum
Pastinya menjadi pilihan saya memandangkan saya belum pernah lagi merasa mempunyai telefon pintar yang menggunakan S-Pen. Apatah lagi dari jenama Samsung yang terkenal dengan paparan Super AMOLED HD. Sistem pemproses juga terbaik dengan Octa-Core Exynos 7420. Disertakan dengan kamera beresolusi tinggi, memang terbaik untuk mengambil gambar ketika pergi bercuti bersama keluarga atau hadiri event-event tertentu untuk blogger. Rasanya hasil kamera pasti terbaik untuk ambil gambar close-up yang penting untuk saya hasilkan post review produk di dalam blog. Maka, saya pilih Samsung Galaxy Note 5 N920 ini sebagai pilihan nombor #2 untuk hadiah harijadi saya.

Samsung Galaxy Tab S2

Samsung Galaxy Tab S2
Jujurnya, saya tak pernah mempunyai tablet sendiri. Saya pernah ada iPad Mini yang saya perolehi menerusi kontest blogger, tetapi agak malang, iPad Mini tersebut dah rosak dan tidak lagi dapat digunakan. Jadi, untuk hadiah harijadi saya, saya teringin untuk memiliki Samsung Galaxy Tab ini. Paparan 8 inci yang ada pada tablet ini sangat sesuai untuk saya melakukan kerja-kerja blogger secara asas, dan ia sangat memudahkan untuk saya baca serta menelaah segala ilmu berkaitan pemasaran, teknik blogging, dan pelbagai lagi bahan bacaan digital yang ada. Lihat sahaja spesifikasi Samsung Galaxy Tab S2 ini ... rasanya sudah cukup lebih dari memadai untuk blogger seperti saya. Maka, saya pilih sebagai pilihan nombor #3 untuk hadiah harijadi saya.

Apple MacBook Pro 13"

Apple MacBook Pro 13"
Tentu ada yang tertanya, kenapa saya nak pilih sebuah laptop sebagai antara pilihan produk terbaik Lazada untuk hadiah harijadi, walhal saya dah memilih komputer desktop Apple di pilihan pertama? Hmm .. secara jujurnya, di dalam rumah sudah ada 2 laptop, namun kedua-duanya bukan milik saya .. satu kepunyaan isteri, dan satu lagi kepunyaan anak sulong saya. Maka, saya senaraikan Apple MacBook Pro ini untuk diri sendiri. Andai tidak kesampaian memiliki Apple iMac, mungkin Apple MacBook Pro ini boleh dijadikan galang gantinya .. hehehe...  tak perlu nak ceritakan kehebatan Apple MacBook Pro sebab saya dah paparkan spesifikasi yang ada di atas ... memang terbaik. Maka, saya pilih produk ini yang boleh dibeli di Lazada dengan tawaran harga istimewa sebagai pilihan nombor #4 untuk hadiah harijadi saya.

Samsung 4K Series Curved Smart TV 64.5"

Samsung 4K Series Curved Smart TV 64.5"
Siapa yang tidak teringin mempunyai sebuah smart TV dengan paparan penuh realistik terbaik. Sebagai seorang house husband, saya sering ditemani oleh anak-anak di rumah. Ada masa mereka rasa kebosanan kerana tidak ada apa yang menarik di dalam rumah, pasang TV pun tak memadai untuk mereka menunjukkan minta hatta ditayangkan sebuah filem animasi yang cukup menarik. Mungkin, dengan curved Smart TV dari Samsung ini, ia akan memberikan satu suasana baru dalam rumah. Dan pastinya saya akan mendapat dua hadiah harijadi yang terbaik, satu untuk diri saya sendiri dan satu lagi buat anak-anak saya. Maka itu, saya pilih Samsung Curved Smart TV ini sebagai pilihan nombor #5 untuk hadiah harijadi saya.

Samyang 10mm F/2.8 Lens for Nikon Mount

Samyang 10mm F/2.8 Lens for Nikon Mount
Saya mempunyai sebuah DSLR Nikon (2nd hand), yang dibeli secara ansuran. Dah agak lama juga kamera yang saya beli itu tersadai dan disimpan rapi. Mungkin dengan adanya sebuah lens yang lebih baik untuk kegunaan harian sebagai blogger boleh membantu DSLR itu 'hidup' semula. Jadi, setelah mencari yang sesuai, saya memilih lensa Samyang 10mm ini untuk dijadikan pasangan terbaik untuk kamera DSLR Nikon. Ia mungkin bukan hadiah harijadi terbaik untuk diri saya, tetapi sekurang-kurangnya hadiah ini pasti menggembirakan saya kelak. Maka, saya pilih produk ini sebagai pilihan #6 untuk hadiah harijadi saya.

Sony A5100 Mirrorless Camera

Sony A5100 Mirrorless Camera
Ok, produk terbaik Lazada untuk hadiah harijadi seterusnya ialah kamera Sony A5100 Mirrorless 24.3MP dengan lensa 16-50mm. Saya sudah lama berkeinginan untuk mempunyai sebuah kamera yang dapat membantu saya bekerja sebagai seorang blogger. Saya berpendapat kamera ini agak bagus, dengan rupabentuk seakan kamera kompak tetapi dengan kelebihan sebuah DSLR, ia pasti satu pilihan yang lengkap untuk tugasan seorang blogger. Harga yang ditawarkan di Lazada pun menarik. Maka, saya pilih produk ini sebagai produk impian saya ke #7 untuk harijadi.

Jam Jenama Fossil

Jam Jenama Fossil
Saya seorang penggemar jam tangan. Saya dah beli lebih daripada 3 jam tangan menerusi Lazada Malaysia. Semua produk yang telah saya beli menerusi Lazada memang puas hati. Dan kerana itu, saya memilih jenama Fossil yang ada dijual di Lazada sebagai pilihan ke #8 untuk hadiah harijadi terbaik.

Panasonic 42L Inverter Convection Mirowave Oven

Panasonic 42L Inverter Convection Mirowave Oven
Sebagai seorang house husband, mempunyai microwave oven memang memudahkan tugasan memasak. Kadangkala, isteri saya akan menyediakan masakan sejuk-beku untuk 2-3 hari, maka dengan adanya microwave oven ini, saya akan jimat masa terutama untuk menyediakan masakan dan hidangan. Yelah, kadang saya tak sempat nak memasak untuk anak-anak terutama untuk makan malam, jadi dengan adanya produk ini, saya boleh panaskan hidangan sejuk-beku atau makanan lauk tengahari. Lagi-lagi ia mempunyai kapasiti yang cukup besar, maka boleh panaskan banyak lauk dalam satu-satu masa. Jenama Panasonic .. tak perlu cerita, ia memang produk yang diyakini. Maka, saya pilih produk ini untuk hadiah harijadi saya sebagai pilihan ke #9.

HealthPro Plus Air Purifier

HealthPro Plus Air Purifier
Kesihatan. Kalau anda tidak sihat, maka banyak urusan pasti terganggu. Bagi seseorang yang jarang keluar ke rumah, maka saya memerlukan sebuah penapis dan pengalir udara yang bagus. Apatah lagi dalam cuaca panas di luar sekarang, memiliki produk ini memang satu kelebihan, apatah lagi kalau udara di luar berjerubu. Ia juga bagi memastikan udara dalam rumah bersih, bebas partikel merbahaya selain menyegarkan. Hadiah harijadi ini sebagai pilihan ke #10 saya ... bukan hanya untuk diri saya sendiri, tetapi untuk isi rumah saya. Siapa yang tak sayang keluarga, dan kesihatan ye tak? Dan produk ini boleh didapati menerusi Lazada Malaysia dengan harga promosi menarik.
Lazada Birthday Sale
Siap dah pasang impian dan angan-angan (my wish list) untuk hadiah harijadi saya. Semua produk yang saya paparkan di atas, anda boleh beli secara online di Lazada. Apatah lagi sekarang ini ada promosi khas sempena Hari Ulangtahun Lazada ke empat. Menerusi Lazada Birthday Sale, anda boleh temui banyak produk dengan Lazada tawaran diskaun sehingga 90%.

Nak lebih diskaun lagi? Muat turun LazadaApp menerusi pautan ini - More Discounts from LazadaApp, Download Now!

Haha .. janganlah ada yang gelak ye apabila melihat pilihan 10 produk yang saya impikan tu, maklumlah .. orang tua macam saya kadang pelik gak pilihannya. Uhh dah tua-tua pun mahu hadiah harijadi ke .. haha... uhh mestilah. Cuba anda beli sesuatu dari Lazada dan hadiahkan kepada ibu atau ayah sempena harijadi, dan lihat apa reaksi mereka ...

Atau hadiahkan sesuatu yang premium kepada anak-anak tetapi dengan harga mampu beli di Lazada. Bukan selalu ... sekali setahun je... hadiah harijadi kan?

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. besh nyeee kalau dpt

    BalasPadam
  2. wah.. semua peralatan elektrik ye.. semoga abe hh akan dpt capai semua dalam wishlist ni satu hari nanti.. amiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err takkan nak letak baju lak ... mana best dapat baju sempena hari lahir ke 40 tahunnn .. huhuh

      Padam
  3. Hadiah yang no satu tu paling menarik. Dapat tu puas hati.

    BalasPadam
  4. Wah menarik..semua pilihan terbaik ni...best of luck bro HH

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement