3 December 2015

Menang Asus Transformer dari Ashadee


Rezeki. Saya menang tempat ketiga dalam cabaran affiiate yang dianjurkan oleh pihak Ashadee.com untuk produk terlaris sistem Nichify. Saya tak sangka saya akan berjaya melariskan produk Nichify. Mungkin sebab saya sendiri menggunakan sistem ini sejak September 2015.

Opps .. terbagi tips lak .. haha. Yer, salah satu cara untuk berjaya menjual sesuatu produk affiliate ialah dengan memiliki produk tersebut. Apabila telah memilikinya, kita akan tahu mengenai apa yang perlu kita promosikan kepada bakal pelanggan.

Menang Asus Transformer dari Ashadee

Menang Asus Transformer dari Ashadee
Alhamdulillah, menang Asus Transformer satu kenangan yang sangat bagus untuk buat duit online menerusi affiliate. Saya akan ingat sampai bila-bila. Ia satu pencapaian saya untuk tahun 2015 yang amat baik. Mungkin saya akan ada peluang menjadi top affiliate Ashadee 2015, in Sha Allah.

Buat Duit Menerusi Affiliate Percuma

Buat duit blog menerusi program percuma affiliate memang menguntungkan. Program ini adalah percuma, seandainya anda tidak memiliki produk affiliate tersebut, anda masih boleh mendapat komisen jika berjaya menjualnya secara online. Tetapi, untuk memastikan anda tahu apa yang anda jual, maka sesuatu produk itu harus anda dapatkan terlebih dahulu.

Tips Buat Duit Dengan Affiliate

Ramai yang berjaya dengan program affiliate telah memberikan tips ini sejak sekian lama. Namun, ramai yang tidak ikut sebab takut nak keluarkan modal untuk ilmu yang kelak akan digunakan untuk menjana income. Saya sendiri awal-awal dahulu agak teragak-agak, tetapi selepas saya berani untuk memperoleh Mesin Komisen, barulah saya tahu langkah dan strategi yang betul untuk memperoleh komisen lumayan menerusi affiliate.

Langkah tidak terus berlari, anda perlu merangkak, berjalan baru boleh bersaing dengan mereka yang telah lama buat duit dengan affiliate. Saya awalnya dulu macam ramai yang lain - seorang newbie yang baru nak berjinak dengan affiliate. Tapi, alhamdulillah .... dengan beberapa ilmu yang saya dapat dari pencarian, pembacaan dan juga rujukan, saya berjaya mendapat komisen affiliate dari serendah 20 sen hinggalah ribuan ringgit dalam satu-satu masa.

Penting sekali anda cari ilmu ini. Jika anda perlu beli ebook .. maka belilah .. jangan lokek untuk melabur kepada ilmu pengetahuan yang akan berikan kejayaan kepada anda.


Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

8 Komen

lumayan juga tuh. rasanya 2 ribu lebih harganya..

Boleh HH ceritakan serba sedikit teknik promosi Nichify?

dasyattt.. jeles teman tauu

Saya hanya tulis pengalaman saya guna nichify dlm blog ... itu shj, .. tiada mailing list, tiada fbads, tiada googleads...

Ini mungkin rezeki saya. Sy juga tak ada landing page.

Tahniah tuan HH :-) banyak memberi inspirasi kepada saya untuk terus berjaya :-)

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon