Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2018. Surat pekeliling mengenai tarikh dan peraturan pembayaran gaji untuk kakitangan awam untuk tahun 2018 telah diedarkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia bilangan 3 2017 (pekeliling SPANM BIL 3/2017) itu telah diedarkan secara dalaman ke Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Surat pekeliling tersebut boleh dimuat-turun dari portal atau laman web Jabatan Akaun Negara. Ia disertakan dengan jadual pembayaran gaji kakitangan awam untuk tahun 2018.

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2016

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2018
Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2018
Berikut adalah jadual tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan awam bagi tahun 2018, sepertimana lampiran A di dalam pekeliling Akauntan Negara Malaysia bilangan 3 2017. Semakan mengenai gaji kakitangan awam dibayar boleh disemak menerusi laman web ANM Malaysia

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2018
Dalam pembetangan Bajet 2018, kakitangan awam juga akan menerima pemberian khas daripada kerajaan sebanyak dua kali.

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 bagi penjawat awam tersebut akan dibayar pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 lagi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pesara kerajaan juga tidak ketinggalan menikmati RM750, dengan RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Aidilfitri 2018.

Moga info ini dapat membantu rakan-rakan pembaca di kalangan penjawat awam untuk merancang kewangan lebih baik di tahun 2018. Jangan lupa untuk lakukan simpanan, terutama untuk mereka yang telah mempunyai anak.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nampaknya tahun ini kerajaan dah sambut saranan cuepac untuk tak beri gaji terlampau awal. Tengokkan jadual tu bagus la.. Semuanya area 20an je. Kalau awal bulan dah masuk tu mencabar jugak la nak mencecah hujung bulan berikutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Azwan ... harapnya kakitangan awam bijak berbelanja tahun 2018 nanti, dan jadual ini juga peluang untuk usahawan untuk merangka strategi pemasaran terbaik,

      Padam
  2. nampaknya semua macam best je tarikh-tarikh tu

    BalasPadam
  3. Alhamdullilah takde la nak dapat gaji awal pastu nak tunggu sampai lebih sebulan.

    BalasPadam
  4. Asalam Sifu HH terima kasih ya jadual ni memudahkan kami merujuk..

    BalasPadam
  5. Banyaknya Hari Khamis, moga jadual pembayaran gaji ini dapat membantu penjawat awam merancang perbelanjaan

    BalasPadam
  6. ahh.... lambat lagi gaji bulan dua nie... :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement