Syarat baru untuk tebus baucer buku 1Malaysia 2016; adalah dimaklumkan bahawa menerusi Bajet 2016, kerajaan bersetuju untuk meneruskan program baucer buku 1Malaysia. Program ini walaubagaimanapun, ada syarat baru yang ditetapkan. Tentu ramai nak tahu apakah syarat baru tersebut... huhuhu...

Isteri saya in Sha Allah, antara yang akan dapat manfaat daripada baucer buku 1Malaysia ini. Kepada yang mungkin tidak tahu, isteri saya sudah lebih sebulan melanjutkan pengajian sepenuh masa di Universiti Malaya dalam program Sarjana. Maka, keperluan untuk membeli buku rujukan pastilah ada, apatah lagi harga buku sekarang agak mahal disebabkan kenaikan harga bahan-bahan cetak.
Syarat Baru Tebus Baucer Buku 1Malaysia 2016

Syarat Baru Tebus Baucer Buku 1Malaysia 2016

Daripada teks ucapan penuh Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, baucer buku 1Malaysia akan diteruskan untuk tahun 2016, dengan nilai yang sama iaitu sebanyak RM250 setiap seorang. Ia akan diagihkan secara berperingkat mulai Januari 2016 dan dapat dimanfaatkan oleh lebih daripada 1.2 juta pelajar di IPT seluruh negara, dan ini termasuklah IPT swasta.

[Baca] Teks Ucapan Penuh Bajet - Bahagian 1 dan Bahagian 2

Jika sebelum ini, baucer buku 1Malaysia boleh ditebus di mana-mana kedai buku yang menerima baucer ini tetapi untuk tahun 2016, kerajaan telah menetapkan bahawa hanya kedai-kedai buku terpilih atau yang diiktiraf sahaja boleh menggunakan baucer ini.

Senarai kedai buku terpilih dan diiktiraf akan dikeluarkan oleh pihak kementerian terbabit, dan pelajar-pelajar perlu maklum mengenai perkara ini menerusi pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT masing-masing.

Saya mungkin akan menulis satu post untuk menyenaraikan kedai-kedai buku terpilih ini kelak. Ia mungkin boleh dijadikan rujukan oleh isteri saya dan ramai lagi penerima baucer buku 1Malaysia ini kelak, in Sha Allah.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement