Rasanya ramai rakan pembaca setia blog ini yang mahu tahu akan kisah selanjutnya mengenai kereta Perodua Axia Advance yang dibeli oleh isteri saya. Sebelum ini, saya ada cerita mengenai pengalaman pertama memiliki kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version, dan artikel tersebut telah mendapat banyak sambutan sehingga menjadi antara artikel popular di blog ini.

Nah. Memang terbukti bahawa tidak ramai yang kongsikan mengenai pengalaman memiliki dan memandu kereta Perodua Axia ini. Dan setakat pengetahuan saya, kereta Axia masih belum ada review pandu uji di blog automotif Malaysia jika dibandingkan dengan Proton Iriz yang merupakan 'pesaing' terdekat Perodua Axia. Yang ada hanyalah video review secara am ditunjukkan di post berikut - Teruja Lihat Video Review Perodua Axia

Masalah Perodua Axia Advance Version Baru Beli

Masalah Perodua Axia Advance Version Baru Beli
Sebelum ini, saya telahpun berikan sedikit hint mengenai masalah yang ada pada kereta Perodua Axia Advance Version kepunyaan isteri saya di laman sosial Facebook dan Instagram. Memang ramai yang mahu tahu apakah masalah sebenar yang telah dihadapi sehingga menyebabkan kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version yang baru dibeli tak sampai 2 minggu ditahan semalaman di Pusat Servis Perodua.

Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version Bermasalah!

Ya. Betul. Kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version yang baru dibeli bermasalah. Bukan masalah kecil, malah ia merupakan masalah yang pada sesetengah orang akan buat dia jadi panik, tak puas hati, marah-marah dan sebagainya. Ia sebenarnya masalah yang serius .. tetapi .....

Ok. Eloklah saya berikan sedikit kronologi ringkas mengenai apa yang berlaku sehingga menyebabkan kereta Perodua Axia didapati bermasalah.

Kronologi Masalah Axia Mula Berlaku

Di suatu petang, saya bersama isteri dan anak-anak sedang bersiap dan dalam perjalanan untuk ke suatu tempat di luar daerah. Saya pilih untuk memandu Perodua Axia. Al maklumlah kereta baru dibeli, mestilah nak merasa sepuasnya sebelum isteri bawa ia ke Kuala Lumpur.

Baru sahaja keluar dari rumah, dalam jarak lebih kurang 50 meter ... saya ternampak kereta adik ipar masuk ke taman tempat tinggal kami. Lantas, dengan menggunakan stereng kuasa elektrik yang ada pada Perodua Axia, saya pun buatlah pusingan U secara mendadak.

Perghhh memang power Perodua Axia ni, pusingan U boleh buat dengan mudah, walaupun stereng kuasa agak berat nak dipusing jika nak dibandingkan dengan kereta seperti Vios dan Nissan Almera. Radius pusingan yang kecil membolehkan ia membuat pusingan U tanpa sebarang masalah.

Saya berhentikan kereta di depan rumah, dan bertemu dengan adik ipar. Matikan enjin.

Setelah lebih 15 minit, perancangan awal diteruskan. Saya start enjin seperti biasa. Ketika itu saya tidak perasan apa-apa kepelikan pada kereta Axia.

Dan setelah kereta bergerak dalam jarak dekat 100 meter, saya perasan bahawa pada paparan meter kereta, lampu hand break dan ABS masih menyala, walhal hand break telah diturunkan dan kereta sudah pun bergerak. Sepatutnya kedua-dua lampu, iaitu lampu hand break dan ABS yang asalnya menyala harus .. wajib terpadam. Lagipun, kereta tidak mengeluarkan sebarang bunyi amaran tentang hand brake yang tidak diturunkan.

Pelik.

Saya beritahu isteri dan anak-anak. Lalu, terus sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan dengan kereta Perodua Axia. Saya fikir, masalah yang terjadi mungkin sementara; dan keadaan yang tadinya berlaku akan kembali seperti sediakala selepas enjin dimatikan. Saya biarkan Axia, dan tidak memandunya pada hari tersebut.

Saya dan keluarga meneruskan agenda dengan kereta lain. Dan kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version dibiarkan untuk 'berehat' pada hari tersebut.

Kemungkinan Masalah

Masalah Perodua Axia Advance Version Baru Beli
Apakah yang sebenarnya berlaku pada kereta Perodua Axia yang baru sahaja dibeli? Ada beberapa kemungkinan yang terfikir oleh saya ketika itu. Antaranya:
  • Sistem break ABS tidak berfungsi dengan baik.
  • Ada wayar putus - sepertimana terjadi pada kereta Viva 850cc yang telah dijual.
  • Lampu LED pada dashboard rosak.
  • Sensor ABS rosak.

Tapi itulah, pelik sehingga dua lampu menyala sekali. Jika hanya sistem ABS yang buat hal, mengapa pula lampu hand brake menyala? Walhal, tiada permasalahan pun pada break dari segi pandangan fizikal - tiada bau hangit getah terbakar, atau kereta susah nak bergerak.

Apabila kami kembali ke rumah, saya pun memeriksa keadaan Perodua Axia. Saya start enjin kereta, dan nyata kedua-dua lampu masih lagi bernyala. Saya minta isteri saya untuk telefon wakil penjual Perodua Sales yang menjualkan kereta Axia ini, dan bagai diagak .. dia sendiri pun tidak tahu punca ia berlaku.

Cuma apa yang boleh dibuat hanyalah membuat temujanji 'terkejut' di Pusat Servis Perodua. Alhamdulillah, nasib baiklah Pusat Servis Perodua tidak berapa jauh dengan tempat tinggal. Jadi, memang tiada masalah untuk hantar kereta untuk pemeriksaan.

In Sha Allah, saya akan ceritakan pengalaman seterusnya membawa kereta Perodua Axia ini ke Pusat Servis Perodua yang terletak di Nibong Tebal. Apa kesudahannya? Nantikan kisah selanjutnya ini ...

Untuk tidak ketinggalan membaca post seterusnya, pastikan anda langgan blog ini dengan memasukkan email menerusi pautan berikut - Subscribe to HASRULHASSAN.COM™ by Email

..... anda akan terkejut dengan apa yang bakal berlaku pada kereta Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version yang baru dua minggu lebih dibeli oleh isteri saya!

Sambungannya di sini - Axia Advance Version Sah Masalah ABS

p.s: Sayang sekali isteri dah buang semua gambar berkaitan lampu break dan ABS menyala tu, kalau tidak saya dah tunjukkan sekali dalam post ini.
Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement