Langkau ke kandungan utama

Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version

Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version. Saya dah lama nak kongsi kisah dan pengalaman ini, tetapi tunggu sehingga idea dari A sampai Z tercurah di fikiran. Ada sebab saya nak kongsikan pengalaman ini, jadi anda harus baca artikel ini dari awal sampai habis. Anda mungkin terkejut mendapat tahu bahawa Axia mempunyai 'masalah' yang tersendiri, yang ramai orang tak tahu. So ... saya harap anda baca dengan teliti ye ...

Dengan rezeki yang Allah S.W.T berikan, isteri saya telah membeli sebuah kereta Perodua Axia baru, sebagai ganti kereta Perodua Viva 850cc MT yang sudah menampakkan 'keuzurannya'. Secara peribadi, memang best memandu Perodua Viva 850cc, tetapi disebabkan isteri saya melanjutkan pengajian di ibukota, dan mahu mempunyai kenderaan yang mudah guna, maka kami berdua sepakat untuk membeli Perodua Axia Advanced AT.

Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version

Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Pada awalnya kami membandingkan antara dua kereta, samada mahu dapatkan Nissan Almera, Proton Iriz dan Perodua Axia. Ketika membandingkan, Perodua Myvi sedang melakukan promosi, tetapi entah kenapa, Myvi tidak termasuk dalam pilihan isteri saya - mungkin fobia kot ... hoho...

Setelah membuat perkiraan dari segi kedudukan kewangan sedia ada, tawaran yang diberikan selain kewajaran mendapatkan berdasarkan value for money, kami memilih Perodua Axia untuk menggantikan Perodua Viva 850 yang telah hampir 7 tahun dimiliki.

Lambat Terima Tempahan Kerana ....

Lama juga waktu menunggu untuk tempahan Axia ni. Saya difahamkan Perodua Axia dikilangkan secara berasingan dengan unit model kereta keluaran Perodua yang lain (walaupun berada di kilang di tapak yang sama). Malah, ia menggunakan sistem kerja yang sama sekali berlainan dengan pengeluaran model lain, hanya ada satu shift sedangkan pengeluaran lain ada 2 shift. Ia sangat mementingkan kualiti, malah blue print pengeluaran Perodua Axia sangat strict dan tidak seperti pengeluaran kereta model Peroduan yang lain.

Kereta Axia 1.0 (AT) Advance Version menjadi pilihan kami. Inilah kali pertama kali beli sebuah kereta dengan full specs, lagipun ia tersesuai dengan kehendak anak-anak yang mahukan kereta yang ada paparan LCD untuk tonton movie kegemaran mereka.

Hampir sebulan juga menunggu ketibaan kereta Perodua Axia ini. Itupun setelah isteri saya mendesak-desak salesman Perodua cawangan Nibong Tebal. Apatah lagi saleswomen daripada Nissan sering hantar tawaran menarik mengenai Almera menerusi WhatsApp. Alhamdulillah, kereta baru Perodua Axia 1.0 Advance Version tiba beberapa hari sebelum Raya Aidilfitri 2015.

First Impression Bila Memandu Perodua Axia

First impression, memang best memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) ini. Ruang lebih besar daripada Viva, malah kemasannya juga lebih detail berbanding kereta yang pernah kami miliki. Kami juga buat perbandingan dengan Almera, dan didapati ruang kaki Axia lebih selesa dan lebih luas. Dari segi pemanduan, walaupun dilengkapi power-stering dikuasakan dengan elektrik, saya masih lagi terasa agak berat untuk memusing stereng Axia; apatah lagi jika menggunakan sebelah tangan (yang mana salah digunapakai).
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version

Apa Benda L.E.D Daun Hijau Tu?

Perkara menarik mengenai Perodua Axia ialah adanya paparan led daun hijau di dashboard pemandu. Led ini membantu untuk menggunakan petrol secara bijaksana, agar dapat memberikan lebih penjimatan - ia merupakan lampu Eco-Driving yang merupakan ciri istimewa yang ada pada Perodua Axia.

Secara amnya, led Eco-Driving ini akan menyala seandainya anda memandu dengan kadar penjimatan yang disyorkan. Jika led ini terpadam, ini bermakna anda memandu dalam keadaan di mana petrol digunakan secara tidak berhemah.
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Maka, jangan risau seandainya led daun hijau ini menyala sepanjang pemanduan. Jika memandu di lebuhraya, led ini akan terpadam seandainya anda memandu melebihi 115km/jam. Pemanduan di bawah 3,000rpm akan membolehkan led hijau ini bernyala, dan penjimatan petrol dapat dibuat secara maksimum. Jika tak mahu fungsi ini, anda boleh sahaja off kan dengan menekan butang pada bahagian Odometer sehingga paparan di atas kelihatan.

Dashboard meter Peroduan Axia 1.0 Advance Version mempunyai paparan kadar perhitungan km yang wajar untuk isian petrol yang ada. Jika anda memandu, dan bar petrol menunjukkan sudah satu bar atau hampir ke E, maka sila periksa perhitungan ini.

Jimat Petrol?

Lihat paparan di bawah ini, bar indikator petrol ada 3 bar, dan sistem komputer Axia anggar dengan jumlah petrol yang ada, pemanduan boleh dibuat sehingga jarak 117km. Tapi, awas .. ini hanyalah anggaran bersandarkan kepada situasi semasa anda memandu, ia tidak kira waktu anda berhenti di persimpangan termasuklah di lampu isyarat.
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Dan antara ciri yang memikat hati saya ialah ia boleh mengira jumlah petrol per kilometer secara purata untuk setiap kali pemanduan. Kalau bijak menggunakan pengiraan ini dengan corak pemanduan, in Sha Allah, lebih ringgit boleh dijimatkan untuk penggunaan petrol kenderaan. Kalau ikutkan menerusi fungsi Eco-Driving, Axia boleh jimat sehingga 21.6km per liter. Ia semuanya bergantung dengan cara anda memandu. :)

Untuk spesifikasi penuh, boleh rujuk di sini - Perodua Axia

Navigasi Pemanduan dan LCD Skrin

Dari segi luaran, Perodua Axia Advance Version ni lebih segak, dan nampak gagah. Dan anak-anak saya pula suka pada skrin LCD yang ada di pemuka hadapan Axia, selain mempunyai navigasi untuk pemanduan yang setakat ini telah diuji oleh isteri saya, sangat berkesan untuk perjalanan dari UM ke Putrajaya - sama efisien dengan aplikasi Waze.

Kerusi semi-bucket dengan kemasan kulit memang nampak awesome. Selesa.

Saya fikir itulah antara ciri-ciri menarik yang ada pada Perodua Axia ini, selain spesifikasi penuh Axia yang boleh dikatakan antara yang terbaik di antara kereta model lain dalam Perodua. Anak-anak ... mereka cuma sukakan Axia Advance Version ini disebabkan adanya skrin LCD ... bolehlah tonton movie - bila kereta berhenti dan tarik handbrake ...keh keh keh...
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version
Pengalaman Memiliki Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version

Namun, apa yang disangka panas hingga ke petang, .... rupanya hujan ditengahari. Baru je dua minggu memiliki Perodua Axia ini, sudah ada masalah besar dihadapinya. Nantikan kisah akan datang, saya akan ceritakan.

Baca sambunganya di sini - Masalah Perodua Axia 1.0 (AT) Advance Version

Popular

Jualan Big Baby Fair - Diskaun 80% Pelbagai Jenama Terkemuka

Jualan Big Baby Fair - Diskaun sehingga 80% pelbagai jenama terkemuka. Wow .. tawaran cukup menarik yang sememangnya mendapat perhatian saya. Dengan penantian kelahiran baby baru, saya anggap kempen jualan Big Baby Fair ini bagai 'pucuk dicita ulam mendatang'.

Saya juga pasti, para ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan tertarik dengan pelbagai tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh Lazada - salah satu gedung beli-belah online yang popular dan terbesar di rantau ini.
Big Baby Fair oleh Lazada Malaysia - Peluang Jimat Banyak Untuk Produk Bayi Sebagai seorang bapa yang setuju dengan gaya hidup yang mementingkan penjimatan dan perbelanjaan secara berhemah, saya sangat mengalu-alukan kempen ini. Anda bagaimana? Takkan tak teruja kot?

Dengan peningkatan kos sara hidup, anda sewajarnya merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Saya dapat lihat matlamat ini cuba dijayakan oleh Lazada menerusi kempen ini. Ia satu kempen menarik dari Lazada khas buat ibu b…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Tukar Password Streamyx dan TM WiFi Secara Online

Cara tukar password Streamyx dan Wifi secara online. Saya sebenarnya dah lama nak kongsikan mengenai tatacara untuk tukar kata laluan (password) streamyx serta TM Wifi secara online. Sebelum ini, saya tercari juga tutorial mengenai cara nak gantikan password lama servis internet Streamyx ini, tapi susah nak jumpa. Jadi, untuk memudahkan saya di kemudian hari, maka saya sediakan panduan ringkas ini. In Sha Allah, ia mungkin berguna untuk panduan rakan-rakan pengunjung dan pembaca budiman yang lain.

Mengapa perlu tukar? Selalunya saya akan tukar password Streamyx dan TM Wifi apabila saya merasakan ada seseorang sudah tahu kata laluan yang saya gunakan untuk akses internet menerusi akaun Streamyx, sama juga dengan TM Wifi. Ia juga adalah langkah saya untuk had capaian internet untuk anak-anak saya apabila nampak lambang TM Wifi yang disediakan di sesetengah lokasi. Al maklumlah, anak-anak sekarang dah pandai guna gajet sendiri. Bila tahu ada lokasi akses TM Wifi, mulalah mereka berdampin…