Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi

Gambar Perodua Axia berserta harga dan spesifikasi. Tempahan untuk model baru Perodua 2014, iaitu Perodua Axia kini sudah boleh ditempah dengan harga tempahan serendah RM250. Saya tertarik dengan beberapa pendedahan blogger Malaysia tentang gambar model Perodua Axia, berserta harga dan spesifikasinya.

Perodua Axia - Gambar, Spesifikasi dan Harga

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Model terbaru dari pengeluar kereta nasional kedua, Perodua ini sudah mula boleh ditempah mulai 15 Ogos 2014 dengan bayaran tempahan serendah RM250 untuk model Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic). Terdapat 4 variasi model Perodua Axia dengan spesifikasi serta harga berbeza, iaitu:
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Daripada apa yang saya lihat di promosi laman web Perodua Axia, model ini merupakan model kereta nasional pertama yang menampilkan EEV iaitu Energy Efficient Vehicle. Kereta kompak dengan kapasiti enjin 1.0 liter ini didatangkan dengan pakej 4 E iaitu Eco-Friendly, Extra-Spacious, Easy-Driving dan Economical.

Model Perodua Axia adalah kereta nasional pertama yang mesra alam dengan menampilkan enjin berkuasa 12V DOHC 998cc yang menawarkan penjimatan minyak. Enjin mesra alam ini mampu membawa perjalanan jarak 21.6 km bagi setiap liter minyak petrol.

Pemilihan Nama Perodua Axia

Mungkin ada yang tertanya, mengapa dinamakan Perodua Axia? Nama Axia disebut sebagai a-zee-a dipilih sebagai gabungan nama Asia dan huruf atau nombor roman X yang bererti 10; memberikan maksud model ini merupakan model terbaru Perodua yang ke 10.

Harga Perodua Axia bermula dari RM24,900 (standard E) sehingga yang paling mahal atau model AV (Advance) berharga RM44,900 warna solid, dan RM45,300 bagi warna metalik. Model Standard E, G dan SE (Special Edition) didatangkan dalam transmisi manual, dan transmisi automatik disediakan dalam Standard G, SE dan AV (Advance).
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi

Spesifikasi dan Harga Perodua Axia Standard E

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia Standard G

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia SE (Special Edition)

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi

Harga dan Spesifikasi Perodua Axia AV (Advance)

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Menariknya, kereta ini juga merupakan kereta pertama nasional mesra alam yang mendapat pengiktirafan 4 bintang dari Asean NCAP.

Sememangnya kereta ini merupakan pilihan ideal untuk mereka yang mahu memiliki kereta kedua dan juga untuk mereka yang baru untuk mendapatkan kereta baru pertama sendiri. Cakap soal dapatkan kereta baru pertama, baca entri saya berkaitan - Tips Beli Kereta Baru Pertama Kali

Dengan harga yang ditawarkan cukup menarik, saya pasti ia akan menjadi antara model terlaris di Malaysia, terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang mahu memiliki kenderaan sendiri. Tetapi, menarikkah penampilan Perodua Axia ini untuk dijadikan sebagai pilihan ramai? Ok, mari kita sama-sama lihat beberapa gambar dan foto Perodua Axia yang sempat saya cilok daripada beberapa blog dan laman web terpilih.

Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Perodua Axia - Gambar, Harga dan Spesifikasi
Jadi, apa pandangan anda dengan penampilan model Perodua Axia yang cekap dan mesra tenaga ini? Adalah ia berbaloi dengan nilai dan harga yang ditawarkan?

Dari pengalaman saya, Perodua mempunyai kelasnya yang tersendiri sebagai salah satu pengeluar kereta terlaris di Malaysia. Saya boleh katakan model-model Perodua mencakupi segenap lapisan masyarakat. Ia bukan sahaja ekonomi tetapi juga terdapat model dan variasi untuk golongan pertengahan yang mahukan lebih ruang dan lebih spefisifasi terbaik.

Kredit: Paultan.org

3 comments.. read them below or add one

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.