Berkayak di Tasik Kenyir

Percutian bajet di Tasik Kenyir selama 2 hari 1 malam, menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir memang berbaloi. Walaupun masa singkat, tetapi ada macam-macam aktiviti yang boleh dibuat. Dan pastinya aktiviti ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan seisi keluarga, dan salah satunya ialah aktiviti berkayak di Tasik Kenyir.

Aktiviti berkayak di Tasik Kenyir memang syok sebab air tasiknya cantik, jernih dan sejuk. Saya dan anak-anak serta isteri sempat juga merasa keseronokkan ini semasa datang bercuti ke Kuala Terengganu semasa cuti penggal persekolahan September 2014.
Perjalanan nak ke Tasik Kenyir dari Ipoh ikut laluan pintas Gua Musang - Felda Aring - Kuala Terengganu memang makan masa agak panjang. Naik kematu juga punggong mantap memandu selama berjam-jam. Apatah lagi bila melalui Jalan Felda Sg Aring yang banyak berlopak dan berlubang. Jika tak hati-hati, boleh mengundang malang.

Berkayak di Tasik Kenyir

Ok. Berbalik pada cerita berkayak di Tasik Kenyir ini.

Sebelum ini, pihak RPP Tasik Kenyir tidak ada menyediakan khidmat sewaan kayak. Tetapi disebabkan oleh beberapa teguran dan nasihat, pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM telah mengeluarkan satu surat pekeliling supaya disediakan servis yang dimaksudkan untuk tujuan riadah di Tasik Kenyir.
Di RPP Tasik Kenyir, ada disediakan kemudahan berikut untuk para penghuni yang menyewa banglo-banglo yang ada di situ:
  • Sewaan bot pengangkutan
  • Perkhidmatan bot untuk lawatan
  • Perkhidmatan bot untuk memancing
  • Penyewaan kayak
  • Penyewaan khemah

Oleh kerana masa yang terhad, saya dan keluarga tak ambil servis bot untuk lawatan, manakala aktiviti memancing cuma dilakukan di sekitar jeti RPP Tasik Kenyir sahaja....hoho ..... ikan kat situ ntah camner tak makan umpan walaupun kelibat mereka memang nampak bermain-main di tepian jeti. Serius gerammm je tengok ikan

Aktiviti berkayak boleh dimulakan seawal jam 8 pagi sehingga lewat petang. Kadar sewaan pula adalah seperti berikut:
Saya dan keluarga sewa 2 buah kayak 2 tempat duduk, bayar cuma RM10 bagi setiap sebuah. Yang bestnya, tiada had masa .... berjam-jam juga kami sekeluarga main kayak. Lepas letih, ganti orang, lepas puas kayuh tukar pula penumpang. Anak-anak saya juga turut berkayak termasuklah si kecil yang berusia 4 tahun.
Peringatan paling penting, kena pakai life jacket sebab Tasik Kenyir airnya sangat dalam. Nak mandi kat tebing pun tak boleh sebab ia curam ke dasar. Cuma jika tahu berenang, bolehlah cuba berenang sekitar jeti RPP Tasik Kenyir.

Semasa kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir ini, boleh dikatakan semua 9 buah banglo dihuni oleh penyewa. Cuma dewan mesyuarat, dan asrama je yang lengang.

Percutian di Tasik Kenyir sangat sesuai untuk keluarga yang mahu kuatkan kembali ikatan kekeluargaan. Ia tempat berehat ideal untuk seisi keluarga jauh dari kesibukan kota. Udara kat sini juga sangat fresh .... dan suasana persekitaran agak dingin dan mendamaikan.

Jika anda ada peluang bercuti, bolehlah jadikan Tasik Kenyir salah satu destinasi untuk dituju. Cuma jika anda seorang yang tidak biasa mengembara, kurang adventurous, ia mungkin tidak sesuai ....

Amacam? Kalau anda tidak tahu nak ke mana semasa cuti, bolehlah pilih Tasik Kenyir sebagai destinasi holiday getaway, dan melakukan aktiviti berkayak di Tasik Kenyir ni ... chaiyokkk!!