Alhamdulillah, Syawal tiba dengan keadaan Malaysia masih aman secara keseluruhannya. Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 buat semua pembaca blog ini.

Walaupun harga petrol Julai 2015 dan tol naik tanpa 'warning' di awal bulan, namun rakyat Malaysia secara puratanya masih lagi mampu untuk pulang ke kampung berhari-raya. Lebuhraya dan jalanraya sesak dengan kenderaan. Pekan-pekan kecil yang sebelum ini sunyi sepi dengan kenderaan, tiba-tiba penuh dengan pelbagai jenis kenderaan. Dan yang menariknya, nampak ada nombor-nombor plet kenderaan baru dan kereta model-model baru menghuni jalanraya.
Suasana Beraya Aidilfitri 2015
Saya gembira kerana masih ada suasana berhari raya di sebalik beberapa isu getir yang melanda negara. Nyata, Allah S.W.T masih sayangkan Malaysia, dan mengurniakan nikmat tidak terhingga buat hamba-hambaNYA setelah sebulan berpuasa Ramadhan 1436H.

Suasana Malaysia Beraya Aidilfitri 2015

Raya 2015 kali ini, saya melihatkan jalan sesak di mana-mana. Walaupun tidak sepenuhnya, namun keadaan jalan jem, kenderaan bertali-arus dan kisah-kisah mengenainya memenuhi timeline media sosial saya. Bukan setakat lebuhraya dan jalanraya utama, jalan kampung pun jem .. uhh hebat raya kali ini.

Itu tang fizikal yang nampak. Line internet, line telefon juga jem akibat penggunaan yang melebihi had serta kemampuan. Sebelum ini, nak dapat line di kampung bolehlah dapat sikit-sikit, tapi kali ini .. nak tembus talian punyalah susah, walaupun di skrin telefon ternampakkan 3-4 bar isyarat telefon.

Line internet, jika guna talian darat seperti Streamyx mungkin tidak ada masalah sangat, tetapi kalau pakai Maxis Broadband, Celcom atau YES Broadband, mungkin ada efek sedikit sebanyak. Sekejap laju, sekejap slow .. sekejap ok, sekejap K.O.

Budaya kunjung-mengunjung tetap meriah. Sana-sini saya melihatkan halaman rumah kampung halaman penuh dengan 4-5 buah kereta. Kalau dulu, dah ada 2-3 buah kereta halaman rumah dah boleh dianggap keluarga OKB (Orang Kaya Baru) di kampung.

Tapi sayang sekali ...

Meriah Hanya Luaran .. Pengisiannya?

Raya kali ini meriahnya cuma nampak secara luarannya sahaja. Nampak pada hal dunianya sahaja. Pengisiannya kurang.

Adakah situasi di bawah ini berlaku ketika anda berhari raya?

"Assalammualaikum Anjang.. kami datang nak beraya ..."
"W'alaikumalam .. meh meh la masuk .... Anjang ada masak ketupat daun palas ni .."

Dah masuk rumah, pandang sekeliling, pandang line telefon.

"Wah ada wifi la ..." sebut dalam hati.
"Anjangg .. apa password wifi ...?"

Dah bermulalah sessi bersosial, tapi kali ini bukan bersosial dengan sanak-sedara berhari raya, tetapi bersosial dengan ntah siapa-siapa yang baru setahun dua ADD Friend di laman Facebook. Begitulah adanya.

Untung Internet Tak Ada

Untung kampung halaman atau rumah yang tak ada internet, tak ada wifi aktif atau dibuka untuk akses, setidaknya ada ruang untuk beramah mesra sesama keluarga dan sanak sedara yang dah lama tak dengar khabar berita.

Bukan tak boleh untuk menggunakan teknologi ini, tetapi agak-agaklah ye ... bila terima tetamu, bila hadir sebagai tetamu, jaga adab-adab mudah ini. Teknologi boleh berkembang sehari dua, tetapi ikatan silaturrahim ni, kalau dah ada yang slack ..susah nak betulkan balik, jadi buah mulut adalah...huhuhu..

Saya respect sekali dengan sedara sebelah isteri saya. Rumah mereka ada wifi. Dan wifi tu selalunya dikongsi sebelah menyebelah. Bila mereka buat makan-makan 'besar' untuk hari raya, wifi ditutup sehari semalam. Kami yang menumpang akses internet pun bagai 'terpaksa' melakukan apa yang mereka buat - iaitu menghargai hubungan kekeluargaan lebih daripada hubungan kerana teknologi.

Jangan sampai teknologi mengambil waktu dan masa yang selama ini adalah untuk mereka yang tersayang. Jangan sampai teknologi memusnahkan ikatan sesama manusia secara realiti. Ingat pesanan Allah S.W.T, mahu mendapat rahmat Allah, jagalah hubungan dengan Allah S.W.T, dan jagalah hubungan sesama manusia.

Selamat dah semuanya, alhamdulillah, selamat berhari raya.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Antara dialog paling glamer lepas bergambar raya
    'Jangan lupa masuk dlm FB ye. Pastu tag sekali'
    Zaman dah berubah. Heeeee...

    BalasPadam
  2. baru perasan wajah blog HH dah berubah..cantek!

    yup,saya pon sama, keukaran mengakses intenet ketika di kampung;)

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya aidilfitri .... :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement