Cara alternatif akses Sarawak Report. Kerajaan Malaysia menerusi SKMM telah mengambil langkah untuk menyekat akses ke laman web Sarawak Report bermula 19 April 2015. Ianya merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk memastikan apa yang terkandung di laman web tersebut tidak dapat diakses dengan mudah, apatah lagi banyak laporan yang dimuatkan menerusi laman web tersebut didakwa satu pembohongan, bersifat menghasut dan boleh menggangu-gugat ketenteraman negara.

Menerusi beberapa laporan berita, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesahkan bahawa ia mengarahkan pembekal perkhidmatan Internet tempatan untuk menghalang akses kepada Sarawak Report, mengatakan laman itu mengganggu keselamatan negara. SKMM mendakwa langkah tersebut diambil setelah mendapat aduan daripada orang ramai.

Cara Alternatif Akses Sarawak Report

Cara Alternatif Akses Sarawak Report

Walaupun begitu, laman web Sarawak Report masih lagi boleh diakses dengan cara alternatif lain, antaranya menerusi laman web proksi atau menggunakan DNS awam.

[info] The Domain Name System (aka DNS) is used to resolve human-readable hostnames like www.Dyn.com into machine-readable IP addresses like 204.13.248.115. DNS also provides other information about domain names, such as mail services etc.
 
Tak perlulah saya beritahu detail cara-cara alternatif untuk akses laman web Sarawak Report, kerana saya pasti ramai yang sudah mula ketahui cara-cara ini. Dengan menggunakan kata kunci yang betul, pengguna laman web yang mahu tahu apa yang hebatnya Sarawak Report sehingga disekat oleh SKMM; akan ketahui cara mudah untuk akses laman web yang disekat seperti yang dilakukan oleh SKMM - hanya menerusi enjin carian Google.

Sarawak Report Disekat, Tapi ....

Lagipun, jika disekat sekalipun akses awam ke laman web Sarawak Report, masih ada blog atau laman web lain yang boleh menyiarkan apa yang terkandung di laman web tersebut antaranya ialah Malaysian Insider.

Keputusan SKMM menyekat orang awam untuk akses ke laman web Sarawak Report, sebaliknya menambahkan lagi rasa ingin tahu orang awam dengan apa yang dipaparkan di laman web tersebut. Apatah lagi ia sebuah portal berita dan bukannya sebuah laman web lu cah atau por no yang sememangnya sudah boleh jangka akan isi kandungannya yang memudaratkan.

Sarawak Report Popular di Google

Laman web Sarawak Report sejak dua menjak ini menjadi laman web antara yang paling popular di enjin carian Google, kerana ia didakwa mendedahkan beberapa dokumen penting berkaitan isu 1MDB yang merupakan syarikat pelaburan dimiliki kerajaan Malaysia. Isu 1MDB menjadi tajuk utama beberapa laman web serta blog selain turut menjadi berita utama dalam media massa arus perdana.

Kesimpulannya, walaupun laman web Sarawak Report disekat akses menerusi penyedia perkhidmatan internet tempatan, namun laman web tersebut masih boleh lagi dimasuki menggunakan:

  • Setting DNS Server pada komputer
  • Akses menggunakan VPN (Virtual Private Network)

Untuk gunakan cara alternatif ini, anda perlu melakukan beberapa setting khusus di komputer anda. Bab tu, saya tak boleh nak cerita, tepuk dada tanya diri; adakah anda cukup bersedia untuk terima segala info ini yang mungkin benar, dan mungkin tidak benar. Dan sejauh manakah anda dapat mengawal diri dari membuat pendirian serta kesimpulan berasaskan akal dan fakta - awas, bukan semua info di dalam internet ini benar, ada yang banyak diputar-belit dan dijadikan bahan memanipulasi untuk kepentingan peribadi.

Akses tanpa sekatan menggunakan Unotelly VPN - Cara Dapatkan 300 Saluran Percuma Tonton Tanpa Sekatan

Apa yang saya kongsikan ini adalah untuk memberitahu bahawa internet adalah dunia tanpa sempadan. Sekatan kadangkala boleh bawa kebaikan, dan juga keburukan. Manusia ada sifat ingin tahu, apatah lagi benda-benda yang 'diharamkan' untuk akses.

Semoga berjaya.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement