Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini November 2015

Harga terkini minyak atau petrol RON97, RON95 serta diesel 2015 bakal berubah setiap bulan apabila kerajaan memutuskan untuk menghentikan pemberian subsidi ke atas bahan api itu di Malaysia. Subsidi untuk petrol RON97 telah lama dihentikan. Mulai 1 Disember 2014, harga petrol untuk RON95 dan Diesel akan menggunakan mekanisma yang sama dimana penentuan harga runcit bagi bahan api itu ditentukan mengikut prinsip pengapungan bersandarkan harga minyak dunia.

Harga runcit bagi semua bahan api petrol kenderaan RON95, RON97 dan diesel akan disemak setiap akhir bulan. Dan mulai 1 April 2015, harga untuk petrol RON97 akan dikenakan GST, manakala untuk petrol RON95 dan diesel dikenakan 0% GST.

Harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel Terkini Malaysia

Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Ogos 2015

Harga Minyak Petrol Malaysia Terkini November 2015

Harga minyak petrol dan diesel untuk bulan November 2015 tidak berubah dan kekal dengan harga sebelum ini. Harga petrol RON95, RON97 dan Diesel terkini untuk bulan November 2015 adalah seperti di bawah:
  • RON95 - RM 2.05 Sen Seliter
  • RON97 - RM 2.45 Sen Seliter (Termasuk 6% GST)
  • Diesel - RM 1.90 Sen Seliter
Harga baru untuk petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi bulan November 2015 akan hanya diumumkan oleh Persatuan Penjual dan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, dan pihak kerajaan akan tidak lagi terlibat dalam sebarang pengumuman awal.

Untuk harga petrol dan diesel terkini bagi bulan Disember -  Harga Petrol Malaysia Bagi Disember 2015

Untuk info lebih lanjut mengenai senarai harga petrol dan diesel terkini untuk tahun 2015, boleh rujuk di sini - Senarai Harga Petrol dan Diesel 2015 Terkini