Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim telah tampil untuk perjelaskan statement beliau 3 tahun dahulu yang dua tiga hari lepas menjadi viral di laman sosial Facebook. Ia berkenaan statement yang menyatakan mengenai simpanan 8 juta dan juga berkaitan kecantikan wanita yang sebenar. Statement tersebut kemudian dijadikan bahan oleh beberapa blogger dan blog informasi untuk menarik perhatian pembaca terutama golongan wanita.

Emosi wanita memang mudah dijerat dengan ungkapan-ungkapan yang mengaitkan mereka. Ini adalah antara sebab mengapa statement pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim telah menjadi viral di laman sosial dalam masa singkat. Mungkin blog yang berjaya viralkan statement tu dan mendapat ribuan trafik telah baca teknik FB Viralism - Teknik Menaikkan Like Artikel Blog... hoho.

Dek kerana viralnya statement tersebut, maka Puan Rozita Ibrahim telah menulis satu post di blog peribadinya untuk perjelaskan mengenai maksudnya. Beliau takut statement tersebut dimanipulasi dan 'dibaca' cara salah sehingga boleh membawa aib dan fitnah kepada dirinya.

Statement yang menjadi viral itu tertulis:
Kisah benar pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi:

Pengasas Sendayu Tinggi, Puan Rozita Ibrahim. Semasa berbual-bual dengan beliau tempoh hari, beliau berkata...

"Ketika simpanan saya ada RM8 juta di dalam bank, saya masih memandu MyVi. Sekarang pun saya lebih selesa memandu Toyota Prius dari rumah ke pejabat. Handbag saya pula hanya berharga RM 200 dari Guangzhou!

Sambung beliau lagi.... "Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha"

Dengan keadaan kos hidup yang semakin meningkat ketika ini, kata-kata Puan Rozita walaupun singkat namun wajar menjadi ikutan dan memberikan motivasi kepada semua.

Ayat-ayat sentap terutama pada frasa "saya ada RM8 juta di dalam bank" dan "kecantikan wanita itu pada 'otaknya'" menjadi antara bahan bahas dan debat serta pelontaran pendapat menerusi komen-komen di Facebook.

Menerusi blog Puan Rozita Ibrahim, wanita yang kini mengeluarkan produk dengan jenama Jamu Ratu Malaya, menjelaskan:

Ada ayat2 yg sy rasa berbisa atau kasar bunyinya bagi org yg nampak negative bila membacanya.. Akan jadi salah faham ttg sy terutamanya  "pd tag line..” “SEWAKTU SIMPANAN SY 8 JUTA dan Beauty Without Brain"

Secara peribadi prinsip hidup sy nak kejar keamanan dan seboleh2nya sy x mahu  jadi bahan fitnah (sakitnya hidup kena fitnah).. Sy x suka menyakitkan hati insan lain diluar sana terutama bab meriak.. Mmg islam larang dan riak ni juga sgt sy benci..

Sy nak mohon maaf sebanyak2nya,  jika anda merasa sakit hati dan benci pada sy akibat tag line ni.. Dalam mana2 media cetak, TV, atau media IT ni dah jadi makanan depa ”kena ada ayat kontravesi” sbb nak lariskan paper atau nak ramaikan viewer.. Ayat2 gempak baru org nak baca..

Terasa juga bahayanya ayat2 SMS, Whatsapp.. Sbb x sama dengan maksud dn pemahaman org yg baca.. Beza sekali kalau kita bercakap secara berdepan, lebih tepat dan jelas..!! Kalau ayat yg tergantung macam ni, lagi lah macam2 org boleh buat andaian.. Sy berusaha tulis kat blog hari ni juga,  supaya dapat menjelaskan apa yg tersurat disebalik ayat ni..  Sy nak betulkan dan menjelaskan maksud sebenarnya..

Itu antara petikan awal tajuk entri Saya Takut Orang Salah Anggap Dengan Viral Ini dari blog Puan Rozita Ibrahim. Dalam entri tersebut, bukan sahaja Puan Rozita perjelaskan mengenai statement viral simpanan 8 juta dan kecantikan wanita pada otaknya ... tetapi ditambah mengenai pengalaman sebenar beliau dalam industri kosmetik dan kecantikan di Malaysia. Puan Rozita juga memberikan sedikit tips perniagaan, dan paling penting cuba memperbetulkan persepsi masyarakat terutama pengguna-pengguna media sosial mengenai statement beliau 3 tahun dulu yang kini menjadi viral di sana sini.

Mana yang baik kita jadikan tauladan. Ye tak?

Oh ya, ini bukan cerita pertama dari Puan Rozita Ibrahim menjadi viral. Sebelum ini kisah Sebab Rozita Ibrahim Sendayu Tinggi Tidak Berpurdah juga pernah menjadi viral di blog-blog. Ia menjadikan beliau antara ikon paling berpengaruh dalam industri ini, yang kemudiannya impak boleh dilihat pada anaknya yang menjadi pengasas D'Herb Terlajak Laris.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. pada pandangan saya kita tidak patut hanya fokus kepada perkataan yang boleh menyentap tetapi mesej serta iktibar dan tauladan...perkara-perkara positif yang boleh kita ambil dari kenyataan beliau....

    BalasPadam
  2. Sudah semestinye org fikirkan ini cara tak baik untuk menyimpan 8 juta emel org...tapi ape yang baik ialah senang nak promosi perkara baik2 le jgn citer kosmetik je kan..

    BalasPadam
  3. . "Bagi saya, kecantikan wanita itu pada 'otaknya'. Apa guna pakai barang-barang berjenama tetapi tiada 'otak' dan malas berusaha" ..ayat terbaik ni....heee

    BalasPadam
  4. Org yg membaca apa sahaja berita/kenyataan dgn pandangan yg negatif tu yg ada masalah dgn 'kolam jiwanya'.. if we have a positive mind, kita takkan skeptik pun dgn kata-kata orang.. in fact, we could be motivated pun dgn cerita kejayaan orang lain..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement