Dilemma guru masa kini menerusi sajak A Samad Said. Mengeluh dan istighfar panjang saya apabila melihat anak murid dan pelajar-pelajar sekarang yang sudah berani melawan cakap cikgu. Silap cakap dan tindakan, si anak murid terus report pada ibu ayah. Guru dipersalahkan atas salah dan silap anak di sekolah. Ironinya, ibu bapa mahu guru jalankan tanggungjawab didik anak mereka, tetapi sering tugas guru menjadi terhad dan terkekang kerana aspek tertentu, terutama sekali masalah disiplin oleh anak-anak ini.

Cerita guru diherdik, ditumbuk, dipukul oleh anak murid dan pelajar bukan perkara luar biasa sekarang. Begitu juga dengan cerita pelajar yang mencederakan pelajar lain, bertumbuk dan bergaduh sehinggakan ada cerita yang menjadi sensasi di laman-laman sosial. Ini termasuklah rakaman-rakaman video yang menyaksikan bahawa kelakuan anak-anak murid dan pelajar sekarang yang semakin ganas dan seolah sukar dikawal. Video dimuatnaik ke laman sosial dan menjadi viral. Ia sangat memalukan apatah lagi ia membayangkan bahawa anak-anak murid dan pelajar sekarang bagai tidak ada asuhan dan didikan sewajarnya.

Dilemma Guru Mendidik

Samada ibubapa sedar atau tidak, 'kuasa' yang ada pada guru-guru masakini tidak lagi sama seperti zaman semasa saya menjadi anak murid dan pelajar sekolah. Kuasa mereka telah menjadi semakin terhad, disebalik tanggungjawab yang semakin besar dan mencabar. Buat ini tak boleh, buat itu tak boleh, segalanya telah dijadikan sebagai satu peraturan tetap dan perlu dipatuhi oleh setiap orang guru termasuklah guru disiplin, guru kanan dan guru besar sekolah.

Sekolah perlu patuh. Guru besar dan pengetua perlu patuh. Guru disiplin kena patuh. Guru-guru kena patuh. Semuanya atas arahan Kementerian Pendidikan yang merencanakan sistem pendidikan di Malaysia.

Apa yang saya lihat sekarang, dengan perkembangan dunia yang semakin terbuka dengan informasi dan maklumat; murid dan pelajar sekarang lebih terikut-ikut trend dari barat dan budaya yang jauh dari cerminan sebenar budaya masyarakat tempatan.

Mereka ini telah tersangat banyak didedahkan dengan gejala-gejala dan perlakuan samseng-samseng yang kononnya macho dan hebat. Ditambah pula dengan pengetahuan mereka bahawa kuasa guru tidak lagi seperti dahulu, maka mereka merasa bebas melakukan apa sahaja yang mereka fikir betul, walhal ianya salah dan bertentangan sekali dengan nilai dan norma masyarakat kita.

Kisah murid belasah guru, murid pukul murid lain, rogol, cabul yang berlaku di sekolah adalah kisah-kisah yang berkaitan dengan masalah disiplin. Disiplin pelajar yang semakin tidak terkawal disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak perlu di dalam peraturan-peraturan sedia ada.

Mana Perkembangan Positif Sistem Pendidikan Malaysia?

Saya akui masalah-masalah ini dari dulu lagi sudah wujud tetapi mungkin tidak menyerlah dan tidak diketahui kerana kekangan sebaran maklumat yang tidak semacam hari ini. Namun, cuba fikirkan, setelah bertahun sistem pendidikan kita berkembang dan bereformasi, takkan masalah-masalah ini tidak dapat dibendung? Bukankah negara yang kononnya semakin maju ini menzahirkan sesuatu yang lebih baik, lebih cemerlang dan terbilang?
Kasihan guru-guru, banyak kali dijadikan 'kambing hitam' apabila anak-anak sekolah dan pelajar ada masalah. Pelajar ditegur datang sekolah pakai baju nipis - salah sikgu. Pelajar dapat markah rendah - salah cikgu. Pelajar kena cabul - salah cikgu. Pelajar tumbuk guru - salah sikgu. Pelajar maki hamun guru - salah cikgu. Sekolah dapat prestasi merosot - salah cikgu. Padang rumput panjang - salah cikgu. Anak tak datang sekolah - barulah nampak bukan salah cikgu. 

PIBG, ibu bapa dan masyarakat semua mahukan anak-anak murid dan pelajar cemerlang, tetapi ... hmm .. 

Sajak A. Samad Said Untuk Hari Guru 2015

Saya kongsikan sebuah sajak dari A. Samad Said. Mungkin dari sajak ini boleh lihat dilemma seorang guru yang mendidik di zaman sekarang. Di sebalik kekangan dalam tugas mereka, tanggungjawab yang dipikul tidak pernah jadi kurang, malah semakin bertambah setiap masa.


Murid sekarang..
Ya Allah amat menguji keimanan cikgu.
Sabarlah cikgu..jangan hilang pertimbangan ..

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dalam saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever

Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

... dan tema hari guru untuk tahun 2015 ialah Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Dan ironinya, tangan-tangan guru bagai 'terikat' untuk merealisasikan pembentukan akhlak anak-anak murid dan pelajar zaman sekarang. Berbeza jauh dengan keadaan dulu, yang akhirnya berjaya lahirkan ramai individu hebat masa kini (walaupun ramai telah tiada).

Oh ya, sajak A. Samad Said diatas telah dibaca semasa sambutan Hari Guru di sekolah anak saya baru-baru ini. Anak saya bawakan sajak ini ke rumah, dan atas permintaannya, saya terbitkan dalam blog.


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pelajar sekarang manja sangat. soalan exam susah sedikit dah kituk guru kat laman social, cikgu tak reti mengajar pun kutuk kat laman social. Tak tahulah macam mana berkat tu nak sampai

    ReplyDelete
  2. Nak rotan budak dah tak boleh, nak tampar pun tak blh..dan yang terbaru nak membebel pun tak blh...em semakin straight disiplin terhadap guru, bukannye terhadap murid...em alahai..

    ReplyDelete
  3. Cabaran besar guru sekarang, guru jadi takut nak mendidik anak2 jika guna rotan. elok contohi sekolah cina, lebih tegas,

    ReplyDelete
  4. guru sekarang memang besar cabarannya.dari segi akademik dan juga nak memantapkan sahsiah murid..

    ReplyDelete
  5. realiti sekarang...guru memang pendidik anak-anak..tapi yang perlu lebih peka dan bertanggungjawab adalah ibu bapa..mulanya di rumah,ibu bapa sekarang perlu sedar ttg pentingnya institusi kekeluargaan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement