Mudah sahaja setting yang perlu dilakukan.
Menerusi setting ini, setiap komen yang ditinggalkan di dalam entri akan diberitahu menerusi email anda. Dengan cara ini, anda boleh terus membalas email yang ditinggalkan. Ia juga salah satu cara untuk control ruangan komen blogspot anda dari dicemari dengan link-link atau pautan berbentuk spam yang menjurus kepada pengiklanan 'percuma' yang adakala boleh mencuri trafik blog anda tanpa disedari.
Cara Ketahui Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Cuba lihat print screen email saya di bawah ini. Setiap komen yang masuk ke dalam blog saya akan diberitahu oleh sistem dalam blogspot. Mana-mana komen yang dianggap sebagai satu komen spam oleh sistem blogspot (blogger.com) akan tertera samada saya mahu terbitkan atau padam.
Pemilik Blog Diberitahui Mengenai Kemungkinan Komen Berbentuk SPAM Ditinggalkan

Jika terlalu banyak komen spam yang masuk ke dalam blog, anda boleh klik Moderate comments for this blog untuk tujuan delete secara berjemaah .. hoho.
Tatacara Untuk Setting Komen Ditinggalkan Dalam Entri
Ok. Bagaimana nak buat setting bagi ketahui komen ditinggalkan dalam entri blog? Ikuti tatacara mudah di bawah ini.- Buka dashboard blogspot anda, dan pilih bahagian Settings - Mobile and email.
- Pada ruangan Email - Comment Notification Email, masukkan alamat email anda (tidak semestinya sama dengan login id ke blogspot). Anda boleh memasukkan seberapa banyak email yang anda mahukan. Jika blog anda ada admin atau moderator lain - khususnya untuk blog yang dikongsi, anda boleh letakkan email admin tersebut bagi menguruskan komen yang ditinggalkan di dalam blog.


Saya harap entri ini jelas untuk bantu mana-mana blogger blogspot yang tidak tahu cara untuk ketahui samada blog atau entri ditinggalkan komen atau tidak. Dengan ini mudahlah interaksi secara lansung dilakukan, menjadikan blog anda hidup dan lebih banyak komen dapat dijana di dalam entri.
Semoga bermanfaat.
tapi jenuh nak padam email lepas tu hehehhe... cuma senang la kan sebab boleh tgk dr email sahaja...
BalasPadamsangat bermanfaat bro HH :).. terima kasih
BalasPadamKadang kadang susah juga nak mencari bahagian setting ni, kena tanya Google dulu barulah jumpa.
BalasPadamHaha. Harap apa yang saya tulis ni muncullah di Google nanti .. :P
Padamharr ni la Unni cr.. mcmn nk tau org komen kat entry..ty abg hassan..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.