As-Salam. Ramai yang mahukan template blogspot yang mesra SEO (Search Engine Optimization). Ada yang tak berapa tahu bagaimana nak mendapatkannya. Untuk info, template yang mesra SEO memang banyak. Anda perlu cari dan pilih yang sesuai dengan jiwa blog anda. Namun, template blogspot yang terbukti mesra SEO dan telah digunakan dengan sangat meluas oleh mereka yang cekap SEO adalah template Thesis.

HH sendiri menggunakan salah satu variasi template tersebut. Memang terbaik. Dengan sedikit penambahbaikan, dan sedikit perubahan, HH jadikan ia sebuah template yang mampu membariskan entri-entri dalam blog ini di muka pertama enjin carian.

Dua Variasi Template Mesra SEO Blogspot

Entri kali ini, HH tampilkan 2 variasi template ini untuk anda gunakan bagi blog blogspot. Pertama adalah variasi Thesis oleh Hack Tutors dan iThesis oleh NewBloggingTipz.

Template Thesis oleh Hack Tutors


Thesis Template - SEO Friendly Template by Hack Tutors

Template ini adalah template 2 kolum, dengan cirian yang membezakan adalah pada paparan utama. Saiz tulisan blog boleh dilaras, dan perletakkan FB Like untuk setiap tajuk entri yang telah siap terbina-dalam. Template ini juga memberikan ruang secukupnya untuk pengiklanan dalam blog.

Anda juga boleh memaksima kandungan tetapi pada masa yang sama meminimakan ruang dengan adanya 3 kolum footer yang disediakan. Malah, anda boleh membariskan 2 kategori menu berbeza iaitu sebelum dan selepas header template blog.

Untuk demo template ini: Thesis Demo by Hack Tutors
Muat turun template ini: Thesis Template Download by Hack Tutors


Template iThesis oleh NewBloggingTipz



Cirian paling ketara membezakan template iThesis ini dengan template Thesis lain ialah dari segi penampilan bucu bulat dalam penampilannya. Auto readmore telah tersedia pada paparan utama di samping 3 kolum footer yang disediakan untuk meletakkan widget tambahan jika perlu.

Untuk demo template ini: iThesis Demo by NewBloggingTipz
Untuk muat-turun template ini: iThesis Template Download by NewBloggingTipz

Anda boleh mencuba kedua-dua template ini. Diingatkan supaya anda backup dulu template asal blog anda sebelum memilih template baru. Anda boleh merujuk blog-blog yang menyediakan muat turun tersebut jika terdapat sebarang kemusykilan.

Selamat mencuba.
Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

9 Komen

Mr. HH, macam tahu-tahu je saya sedang mencari-cari template mesra seo. terima kasih sudi buat entri ini. Amat berguna bagi blogger baru macam saya ni

Reply
avatar
azhar zulkafli

thanks for info bro...menarik.....

Reply

betul tu, saya pun dah cuba dan guna thesis template ni..memang mesra seo..hehe..

Reply
avatar
Aynora Nur A Y

saya juga dah menggunakan salah satu template di atas tetapi telah diubahsuai oleh tangan gatal saya sendiri. Jom tengok template saya sebelum dan sesudah di'rosakkan'

Reply

saya guna template blogger je HH..dulu guna juga macam2 template. last2 balik kpd yg asal je

Reply

Tapi pilihanku tetap TFBv2 and tak sabar menunggu TFBv3 dari forblogger

Reply

Sehingga kini rasanya aku pun sama mcm mrie Rnie...TFBv2 tetap mnjadi pilihan...:)

Reply

ya betul tfbv2 memang superb ohsem

Reply

blog yang mesra seo memang bagus..cuma tunggu kandungan blog yang mesra pembaca sahaja lagi..

Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.