Banyak blog baru yang seperti tidak endahkan perletakkan kod atau script Google Analytics ini dalam blog. Mungkin rasa seperti susah dan sukar kot. Tapi jangan bimbang, sudah ada panduan mudah yang boleh anda ikut untuk masukkan kod Google Analytics dalam blog. Malah, panduan tersebut diberikan secara percuma. Muat turun panduan tu di sini - Panduan Asas Google Analytics Percuma pastu baca pelan-pelan untuk faham kegunaannya.

Banyak Blog Baru Tidak Gunakan Google Analytics
Saya lihat blog rakan blogger seperti NATRAHmaslion tidak gunakan Google Analytics dalam blognya. Saya dapat tahu bila saya cuba semak menggunakan SEO Doctor. Lihat hasil pemeriksaan saya ke atas blog rakan blogger ini.
Pengiklanan terus ini boleh jadi sewa tapak iklan, dan juga peluang menulis job review atau advertorial. Selalunya, pihak-pihak pengiklan akan minta blogger atau pemilik blog untuk sediakan statistik blog, jadi di sinilah gunanya Google Analytics.
Fungsi Google Analytics Untuk Pengiklan
Menerusi Google Analytics anda boleh tahu berapa jumlah hits blog anda, siapa pembaca blog anda, kategori umur, jantina malah lokasi serta bahasa digunakan pengunjung blog. Benda ini penting untuk pengiklan terutama pengiklan luar negara yang sangat pentingkan statistik ini. Lagipun, kebanyakkan dari pengiklan suka kita gunakan Google Analytics untuk tunjukkan kekuatan blog kita.Menerusi segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH, saya dapati beberapa blog blogger baru berikut tak gunakan Google Analytics ini:
... sekadar menyebut di antaranya ...
Satu lagi ialah, samada benar atau tidak, ia juga penting untuk SEO blogspot. Saya dapati kebanyakkan blog saya yang tidak menggunakan Google Analytics ini sangat susah nak dapatkan hits menerusi enjin carian berbanding dengan blog yang gunakan analitik Google ini. Well, of course la ye tak, Google tentu 'pilih kasih' sikit untuk blog yang gunakan servis dia .. jadi jangan abaikan Google Analytics untuk blog anda.
Semoga bermanfaat.
Sayapun belum guna google analytic belum tahu caranya padahal banyak sekali kegunaannya
BalasPadamYa. Memang banyak kegunaannya, skrang dah ada lebih banyak fungsi lain berbanding awal2 dulu
PadamPenting juga Google Analytics ni ye..
BalasPadamida dh gune just masih belajar lagi...
BalasPadamohok! tersenarai sudah. Huwarghh. tak pernah tahu google analytic tu ape, haha
BalasPadamJap2 pi blaja. Thanks bro HH :)
Waa sayalah blogger bru tu ..hehe ..thanks for the information ..blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging
BalasPadamanalytic ni mmg penting sangat..tool ni menjadi tool harian saya untuk melihat status trafik harian yang masuk ke blog saya.Kalau nak pantau selalu better korang install je analytic versi android app..mmg berguna sangat2..
BalasPadamdulu tak sedar kepentingan google analytic ni, tapi bermula tahun ni baru sedar..
BalasPadamAlhamdulillah, sedar juga .. hehehee.. jangan jadi tak sedar diri sudahlah .. :P
PadamTerima kasih atas tips dan info berkenaan google analytic. First time dengar ni
BalasPadamhttp://www.kakyongcun.com
ekin pun belum guna lagi...xtaw nak guna la
BalasPadamdah sampai masanya untuk gunakan google analytic dengan maksimum.
BalasPadamdulu ingatkan Google Analytics ni tak best mana, sekali explore..mak ai..ruginya tak install awal-awal dulu..hahaa
BalasPadamTu la pasal .. skang lagi la .. dah ada tambahan fungsi2 lagi best khas untuk kegunaan bagi memantapkan SEO blog ...
Padamdah daftar google analytics ni tapi tetap tak tau menggunakanya
BalasPadamSaya guna Wordpress memang guna Google Analytics untuk buat kajian. Sekarang ni sudah makin ringkas. Senang pula tu nak install pada blog sebab dah jadi plugin.
BalasPadamCer cerita sikit details goggle nie abg
BalasPadamTak muat nak cerita dalam blog ni .. hoho .. download je panduan ringkas tu .. leh dapat idea apa itu Google Analytics.
PadamDulu gunakan GA, load utk blog slow. Harap ada perubahan kini. Boleh digunakan utk laman ayiemedia.zz.mu @ ayie.tk
BalasPadamLama tidak buka Google Analytics. Terus buka hari ni bila terbaca entry ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.