Banyak blog baru tidak gunakan Google Analytics. Aiseh. Rugilah tak letakkan Google Analytics dalam blog. Bagi saya, Google Analytics ini penting supaya kita boleh lihat perkembangan blog kita. Blogger baru kena gunakan Google Analytics ini untuk rekodkan kekuatan blog, manalah tahu boleh dijadikan sandaran untuk dapatkan job reviews nanti.

Banyak blog baru yang seperti tidak endahkan perletakkan kod atau script Google Analytics ini dalam blog. Mungkin rasa seperti susah dan sukar kot. Tapi jangan bimbang, sudah ada panduan mudah yang boleh anda ikut untuk masukkan kod Google Analytics dalam blog. Malah, panduan tersebut diberikan secara percuma. Muat turun panduan tu di sini - Panduan Asas Google Analytics Percuma pastu baca pelan-pelan untuk faham kegunaannya.
Google Analytics

Banyak Blog Baru Tidak Gunakan Google Analytics

Saya lihat blog rakan blogger seperti NATRAHmaslion tidak gunakan Google Analytics dalam blognya. Saya dapat tahu bila saya cuba semak menggunakan SEO Doctor. Lihat hasil pemeriksaan saya ke atas blog rakan blogger ini.
Banyak Blog Baru Tidak Gunakan Google Analytics
Kenapa saya tekankan Google Analytics untuk blog seperti blog NATRAHMaslion ini? Sebabnya ialah ramai blogger baru tidak tahu bahawa antara salah satu cabang buat duit online menerusi blog ialah dengan pengiklanan terus daripada pihak pengiklan.

Pengiklanan terus ini boleh jadi sewa tapak iklan, dan juga peluang menulis job review atau advertorial. Selalunya, pihak-pihak pengiklan akan minta blogger atau pemilik blog untuk sediakan statistik blog, jadi di sinilah gunanya Google Analytics.

Fungsi Google Analytics Untuk Pengiklan

Menerusi Google Analytics anda boleh tahu berapa jumlah hits blog anda, siapa pembaca blog anda, kategori umur, jantina malah lokasi serta bahasa digunakan pengunjung blog. Benda ini penting untuk pengiklan terutama pengiklan luar negara yang sangat pentingkan statistik ini. Lagipun, kebanyakkan dari pengiklan suka kita gunakan Google Analytics untuk tunjukkan kekuatan blog kita.

Menerusi segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH, saya dapati beberapa blog blogger baru berikut tak gunakan Google Analytics ini:
... sekadar menyebut di antaranya ...

Satu lagi ialah, samada benar atau tidak, ia juga penting untuk SEO blogspot. Saya dapati kebanyakkan blog saya yang tidak menggunakan Google Analytics ini sangat susah nak dapatkan hits menerusi enjin carian berbanding dengan blog yang gunakan analitik Google ini. Well, of course la ye tak, Google tentu 'pilih kasih' sikit untuk blog yang gunakan servis dia .. jadi jangan abaikan Google Analytics untuk blog anda.

Semoga bermanfaat.


20 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sayapun belum guna google analytic belum tahu caranya padahal banyak sekali kegunaannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Memang banyak kegunaannya, skrang dah ada lebih banyak fungsi lain berbanding awal2 dulu

      Padam
  2. Penting juga Google Analytics ni ye..

    BalasPadam
  3. ohok! tersenarai sudah. Huwarghh. tak pernah tahu google analytic tu ape, haha

    Jap2 pi blaja. Thanks bro HH :)

    BalasPadam
  4. Waa sayalah blogger bru tu ..hehe ..thanks for the information ..blogwalking here... #kliknuffnang#visit my blog on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

    BalasPadam
  5. analytic ni mmg penting sangat..tool ni menjadi tool harian saya untuk melihat status trafik harian yang masuk ke blog saya.Kalau nak pantau selalu better korang install je analytic versi android app..mmg berguna sangat2..

    BalasPadam
  6. dulu tak sedar kepentingan google analytic ni, tapi bermula tahun ni baru sedar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sedar juga .. hehehee.. jangan jadi tak sedar diri sudahlah .. :P

      Padam
  7. Terima kasih atas tips dan info berkenaan google analytic. First time dengar ni

    http://www.kakyongcun.com

    BalasPadam
  8. ekin pun belum guna lagi...xtaw nak guna la

    BalasPadam
  9. dah sampai masanya untuk gunakan google analytic dengan maksimum.

    BalasPadam
  10. dulu ingatkan Google Analytics ni tak best mana, sekali explore..mak ai..ruginya tak install awal-awal dulu..hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la pasal .. skang lagi la .. dah ada tambahan fungsi2 lagi best khas untuk kegunaan bagi memantapkan SEO blog ...

      Padam
  11. dah daftar google analytics ni tapi tetap tak tau menggunakanya

    BalasPadam
  12. Saya guna Wordpress memang guna Google Analytics untuk buat kajian. Sekarang ni sudah makin ringkas. Senang pula tu nak install pada blog sebab dah jadi plugin.

    BalasPadam
  13. Cer cerita sikit details goggle nie abg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak muat nak cerita dalam blog ni .. hoho .. download je panduan ringkas tu .. leh dapat idea apa itu Google Analytics.

      Padam
  14. Dulu gunakan GA, load utk blog slow. Harap ada perubahan kini. Boleh digunakan utk laman ayiemedia.zz.mu @ ayie.tk

    BalasPadam
  15. Lama tidak buka Google Analytics. Terus buka hari ni bila terbaca entry ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement