Alhamdulillah. Blog ini telah berjaya menang contest SEO bonus akhir tahun 2014, yang dianjurkan oleh AkmaOmar.com beserta penaja-penaja yang hebat dan murah hati. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama di dalam kontest SEO kali ini, namun saya tetap berterima kasih dan syukur kerana sekali lagi berjaya membawakan entri tersebut ke top 3 dalam ranking carian Google Malaysia.

Sebelum keputusan contest SEO bonus akhir tahun 2014 diumumkan, saya sudah terlebih dahulu menerbitkan entri berkaitan keputusan ini menerusi entri Keputusan Kontest Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Menang Contest SEO Bonus Akhir Tahun 2014

Menang Contest SEO Bonus Akhir Tahun 2014
Contest SEO yang dianjurkan oleh rakan blogger yang saya hormati, AkmaOmar.com menggunakan kata kunci vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan, telah menarik minat lebih 50 blog peserta; terdiri daripada blogger baru dan lama. Semuanya mahu mengasah kebolehan dan memperlihatkan samada blog masing-masing ada kekuatan dari segi SEO.

Jujurnya bukan mudah untuk berada di rank atas dalam enjin carian Google, apatah lagi apabila satu-satu kata kunci dicari itu mempunyai banyak saingan. Banyak faktor yang mempengaruhi.
Menang Contest SEO Bonus Akhir Tahun 2014
Alhamdulillah, blog ini telah berjaya menang hadiah wang tunai RM400 sebagai hadiah tempat kedua di dalam contest SEO bonus akhir tahun 2014 ini. Tempat pertama diungguli oleh rakan blogger yang semakin lama semakin mantap di dalam teknik dan strategi SEO iaitu relaksminda.blogspot.com.

Keputusan penuh boleh anda lihat di sini - Keputusan Contest Bonus Akhir Tahun 2014

Blog Blogspot Unggul Juara Contest SEO Bonus Akhir Tahun 2014

Hoho .. siapa kata sebuah blog blogspot tidak boleh jadi juara SEO Google Malaysia? Nah... ini bukti lagi jelas dan nyata. Jadi, buat rakan-rakan blogger blogspot; anda tidak seharusnya rendah diri lagi kerana blog anda juga ada kekuatan walaupun hanya berplatform percuma blogspot.

In Sha Allah, rakan blogger lain juga boleh adaptasi beberapa pendekatan mudah dalam SEO ini sepertimana telah dikongsikan oleh rakan blogger yang menjadi juara kali ini - Bongkar Rahsia Untuk Menang Contest SEO

Saya bukan sifu blogger mahupun pakar SEO Malaysia, tetapi saya seperti rakan blogger yang lain di dalam senarai pemenang hanyalah blogger-blogger biasa yang berjaya hadam beberapa pendekatan SEO untuk ungguli carta.

Anda juga boleh. Ada dua kontest SEO yang boleh anda cuba jika mahu uji keberkesanan blog anda dari segi teknik dan pendekatan ini. SEO bagus untuk blog anda terutama jika anda seorang blogger baru yang mahukan trafik organik. Cubalah.

Contest SEO 2015

Dua kontest SEO yang boleh anda cuba:

  1. Jom Aktifkan MyKad
  2. Malaysia Best Blog 2015

Kedua-duanya menawarkan hadiah wang tunai yang cukup lumayan. In Sha Allah, dengan beberapa panduan mudah mengenai SEO, anda mungkin menjadi salah seorang pemenang contest SEO tersebut.
Terima kasih kepada AkmaOmar.com yang membuka peluang ini, dan terima kasih kepada semua penaja-penaja Contest SEO Bonus Akhir Tahun 2014, terutama dari pengedar-pengedar Shaklee yang hebat-hebat belaka.

Pengedar-pengedar Shaklee terlibat: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).

Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin Kesihatan, Blog Jawatan Kosong Kerja Kerajaan, Jawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA Online, Kongsi Bersama Nora, Dunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah bro Hasrul :) rezeki... rezeki...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Terima kasih Calrase ..:) moga kali ini leh rembat kemenangan kontest seo lain pula ye .. hoho .. nampak naik melekat rank 1 dah untuk kontest Aktifkan MyKad

      Padam
  3. tahniah.Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak,tapi kena cari lagi.

    BalasPadam
  4. Anda tetap yg terbaik... Mungkin kali ini rezeki dr Allah buat saya. Seronok serta bertuah dapat bersaing dan menimba ilmu dengan anda. Tahniah!

    p/s: selalu2lah buat kesilapan agar orang lain ada peluang...hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement