Mungkin ada blogger yang sudah boleh agak rahsia blog terlampau yang berjaya dapat rank terbaik Alexa 113 itu. Erkkk ... bukan sebab blog tersebut papar aksi terlampau awek atau gadis ehhh; no no ... tu cara salah nak dapatkan rank terbaik. Tapi, saya akan dedahkan teknik dan taktik benar lagi sah yang menjadi rahsia untuk mendapat rank Alexa terbaik.
Sebelum tu, saya nak set minda blogger, terutama blogger baru.
Best Sangat Ke Rank Alexa Ni?
Best sangat ke dapat rank Alexa terbaik ni?
Ok. Pertama sekali; buat blogger sepenuh masa house husband macam saya, rank Alexa penting jika nak promosikan blog kepada pengiklan-pengiklan yang poketnya gemuk gedempol. Syarikat-syarikat besar ini akan bandingkan kekuatan blog anda dengan laman web dan blog yang lain, terutama dari segi trafik. Mereka tak tahu cara anda naikkan ranking, apa yang mereka tahu, kedudukan blog anda itu perlu menyerlah antara yang lain.
Cuba anda tengok contoh di bawah ini. Ini adalah kedudukan blog www.hasrulhassan.com yang pernah saya tampilkan satu waktu dulu - pada bulan Mac 2014.

Cuba anda tengok. Jika anda seorang pengiklan, atau dari syarikat besar, tidakkah anda akan nampak kekuatan di mana blog ini boleh bersaing dari segi trafik dengan laman-laman web dan blog terkemuka, contoh Bloomberg.com, Mirror.co.uk, Citibank, iProperty ..... cuba tengok kedudukan rakan blogger Mialiana.com; hebat bukan? Sampaikan ada syarikat pengeluar produk kesihatan jadikan rakan blogger +Mia Liana sebagai duta produk lagi ... income? Jangan ceritalah ... hoho .. masyukkk tu buat Mialiana.com.
Bayangkan blog anda pula berada di kedudukan tersebut, dan anda approach syarikat besar untuk menaja atau beli slot iklan di blog, mudah-mudah anda boleh letakkan harga sehingga RM500-RM1000 untuk satu slot iklan di blog! Best tak?
Psssttt .. saya pernah menolak pelawaan iProperty.com untuk bekerjasama dengan saya kerana mereka nak dapatkan backlink daripada blog saya secara percuma! Hoho ... mungkin mereka nak letakkan blog saya di rank bawah mereka dalam Alexa (rasanyalah). Percuma!! Tentulah tidak.
5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank Alexa Malaysia
Sekarang, apa rahsia blog terlampau tadi berjaya mendapat rank Alexa Malaysia terbaik, mencanak-canak naik tegak tak bengkok-bengkok mengatasi blog yang banyak cerita selebriti serta gambar seksi artis yang mengiurkan pencarian di Google?Saya dedahkan sekarang. Sila tarik nafas dan jangan kentut.
Backlinks Berkualiti
Pertama sekali ialah bina backlinks berkualiti. Alexa di sebalik ia adalah sebuah prasarana untuk tunjukkan kekuatan trafik sesebuah laman web atau blog, ia juga ambil kira jumlah backlinks yang diberikan kepada sesebuah blog atau laman web.Blog terlampau tersebut berjaya dapatkan dan tempatkan backlinks menerusi perkongsian banner-banner yang diberikan percuma. Banyak blog yang telah memasang banner yang memberikan backlinks berkualiti pada blog terlampau. Ini memungkinkan blog terlampau cepat mencanak memotong kedudukan Alexa banyak laman web popular Malaysia.
Bina Autoriti Blog
Keduanya ialah strategi blog terlampau menerusi Cabaran iPhone 5s, yang membolehkan ramai blogger Malaysia menulis entri berkaitan cabaran tersebut dan memberikan satu pemberat kepada blog terlampau untuk bina autoriti blog. Kata kunci iPhone menjadi tulang belakang meta tag blog terlampau tersebut sekian lama. Banyak entri berkaitan iPhone telah diterbitkan dan memberikan satu autoriti yang kuat untuk blog tersebut berada dalam top rank Alexa.Pukau Pengunjung Rendahkan Bounce Rate
Ketiga ialah strategi untuk pukau pengunjung supaya berada lama di dalam blog tersebut menerusi cabaran meninggalkan komen. Siapa komen banyak leh dapat hadiah .... jadi, masa pengunjung di blog tersebut akan berpanjangan dan meninggalkan kesan positif untuk bounce rate yang menjadi pengiraan dalam ranking Alexa. Blog tersebut ada widget top komentator di sidebar!Sokongan Media Sosial Menerusi Perkongsian
Keempat ialah sokongan perkongsian media sosial. Setiap entri yang mempunyai kekuatan dari segi backlinks ditambah pula dengan jumlah perkongsian yang telah diusahakan blog terlampau menjadikan Alexa setuju bahawa blog terlampau sebuah blog berkualiti. Lagi banyak perkongsian menerusi media sosial, semakin banyak sumber trafik dijana daripada laman sosial yang sudahpun punyai autoriti tinggi, pagerank terbaik dan rank Alexa tinggi.Pakej Premium Alexa
Kelima ialah kerana blog terlampau ambil pakej premium Alexa ... hoho ... kalau saya pun, jika ada orang membayar saya untuk naikkan sesuatu, pastilah saya berikan kelebihan padanya. Begitu juga dengan Alexa. Saya dapati blog terlampau melanggan salah satu pakej di dalam Alexa .. pakej apa, tu kena tanya sendiri pemilik blog terlampau tersebut.
Dah siap, analisis 10 minit saya mengenai rahsia blog terlampau berjaya dapat rank 113 Alexa Malaysia mengatasi blog Beautifulnara.com yang selama ini gah dalam kedudukan Alexa terbaik di Malaysia bagi kategori blog.
Cernakan ilmu dan pengetahuan ini. Mungkin anda boleh jadikan pedoman untuk tingkatkan rank Alexa blog anda di masa hadapan.
Ini merupakan analisis tidak profesional saya, mungkin ada yang lebih pakar tak setuju... hoho.
Ada banyak teknik dan cara boleh anda gunakan untuk naikkan rank Alexa ini, saya dah banyak kongsikan petua-petua, tips, panduan khas untuk blogger terutama blogger blogspot seperti saya dapat rank terbaik di Alexa. Cuba. Usaha. Yakin. Dan istiqomah.
Ya, kena istiqomah. Banyak blog yang dulunya pernah top rank Alexa jatuh merudum seperti blog Broframestone.com, SweetKurma.com, BenAshaari.com dan banyak lagi ....
Semoga bermanfaat.
great tips
BalasPadamsifun saya ajar ranking alexa atau google tak penting sebab yang penting visitor ramai dan boleh beat web ranking tinggi dengan cara tertentu walaupun ranking kita lagi rendah,,yang penting hasil jualan
BalasPadamYeap, kalau blog tu blog niaga yang memang niche, keyword semua tertumpu pada produk yang nak dijual.
Padamkalau dalam menjual ramai visitor yang betul betul nak beli lagi penting dari ranking..
BalasPadammemang betul tu, saya tak sangkal. Saya pun ada blog yang ranking kelaut tetapi menjana komisen setiap bulan hasil affiliate. :)
Padamterima kasih bang banyak info berguna...
BalasPadamTeknik yang digunakan terlalu sukar untuk diaplikasikan bagi sebuah blog picisan dan tidak pula sepenuh masa. Kurangnya pula back up dari mereka2 yg pakar... Semua itu adalah kelebihan denaihati. Tapi ianya tidak mustahil jika ada kemahuan... kerana dgn cita-cita dan usaha, pelangi pun mampu digapai! :)
BalasPadamBanyak tips yang boleh dapat dari entri ni.. Terima kasih ye.. Bolehlah saya cuba praktikkan sikit2 lepas ni..
BalasPadamSeorang pakar pernah ajar nak dpt result.muka depan google setengah jam je...
BalasPadamThanks for sharing bro. Banyak benda nak kena belajar lagi nih.
BalasPadamperkara inilah yang saya carikan selama ini..ya memang boleh dijadikan panduan
BalasPadamoh dasat-dasat blogger-blogger hebat ni. Mereka mempunyai impian dan cita-cita dalam dunia blog
BalasPadamYa. Mereka ada misi dan visi jelas, lalu mereka usaha untuk capainya.
Padamwaa... byk strategi blog terlampau gune ye...
BalasPadamApa yang saya nampak di situ adalah penggunaan modal sebagai pelaburan untuk menaikkan ranking blog terutamanya ranking Alexa..dan juga idea yang kreatif dan pengetahuan di dalam bidang blog..
BalasPadamGabungkan ketiga-tiga elemen ini, In Syaa Allah kita akan mampu buat..
kena kerja kuat lagi nih.... adehhh
BalasPadamTahniah, blog hh pun hebat.
BalasPadamterima kasih berkongsi...ilmu yang bermanfaat bagi blogger2 baru...
BalasPadamrahsia mendapatkan iphone secara percuma :)
BalasPadamFuh!... jauh lagi perjalanan nk sampai kesitu...
BalasPadamBravo tuan hasrulhassan
contest iPhones tu salah satu punca..tapi itu juga satu ilmu dan trick yang boleh blogger lain belajar...so yang mana baik ambil je..
BalasPadamterima kasih atas tips...
BalasPadamsha pun rasa penting alexa tu, menaikkan lagi semangat untuk cari bahan dalam tulisan...
ada yang tak berapa paham lah pasal baclink ni..AA nk kene baca banyak2 kali dan buat dulu baru paham kot.
BalasPadamterima kasih..info yang sangat bermanfaat..banyak sangat info yang bermanfaat yang saya pelajari..terima kasih, banyak belajar dari blog Tuan
BalasPadamAlhamdulillah. Benda yang saya berikan pun adalah dari Allah S.W.T.
PadamAssalammualaikum... bro HH,
BalasPadamthanks tip2 yang diberikan nie... sungguh bermanfaat.. ilmu yang berguna untuk ramai...
mselim3
pening nak faham tetnatng backlink ni
BalasPadamBacklink - berikan trafik pada blog lain ... pautan ke blog lain. Konsep give and take.
Padammakasih ya gan untuk infonya
BalasPadamterima kasih...tips berguna untuk tingkatkan alexa rank..nak tanya..kenapa alexa rank blog saya menurun (nombor makin banyak) sedangkan trafik makin tinggi?
BalasPadamUntuk tahun 2015, awal2 tahun memang nampak sesuai yang agak luar biasa pada ranking kebanyakkan blog ... blog ini dulunya bawah 300 kini dan jadi lebih dari 550 .. tak tahu pasal apa ...
Padammenarik perkongsian ini. Banyak tips-tips yang berguna.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.