Semalam 23 September 2014 saya ada ceritakan mengenai satu blog terlampau yang berjaya mendapat rank Alexa terbaik atasi sebuah blog gossip popular Malaysia iaitu Beautifulnara.com. Dan saya ada beritahu, nak dedahkan teknik dan rahsia blog terlampau itu berjaya pintas kedudukan Alexa Malaysia yang selama ini diungguli oleh blog Beautifulnara.com. Nak tahu rahsia blog terlampau dapat rank terbaik Alexa - 113? (kedudukan blog terlampau tersebut ketika entri ini ditulis).

Mungkin ada blogger yang sudah boleh agak rahsia blog terlampau yang berjaya dapat rank terbaik Alexa 113 itu. Erkkk ... bukan sebab blog tersebut papar aksi terlampau awek atau gadis ehhh; no no ... tu cara salah nak dapatkan rank terbaik. Tapi, saya akan dedahkan teknik dan taktik benar lagi sah yang menjadi rahsia untuk mendapat rank Alexa terbaik.

Sebelum tu, saya nak set minda blogger, terutama blogger baru.

Best Sangat Ke Rank Alexa Ni?

Best sangat ke dapat rank Alexa terbaik ni?
Rahsia Blog Terlampau Dapat Rank 113 Alexa

Ok. Pertama sekali; buat blogger sepenuh masa house husband macam saya, rank Alexa penting jika nak promosikan blog kepada pengiklan-pengiklan yang poketnya gemuk gedempol. Syarikat-syarikat besar ini akan bandingkan kekuatan blog anda dengan laman web dan blog yang lain, terutama dari segi trafik. Mereka tak tahu cara anda naikkan ranking, apa yang mereka tahu, kedudukan blog anda itu perlu menyerlah antara yang lain.

Cuba anda tengok contoh di bawah ini. Ini adalah kedudukan blog www.hasrulhassan.com yang pernah saya tampilkan satu waktu dulu - pada bulan Mac 2014.
Rahsia Blog Terlampau Dapat Rank 113 Alexa

Cuba anda tengok. Jika anda seorang pengiklan, atau dari syarikat besar, tidakkah anda akan nampak kekuatan di mana blog ini boleh bersaing dari segi trafik dengan laman-laman web dan blog terkemuka, contoh Bloomberg.com, Mirror.co.uk, Citibank, iProperty ..... cuba tengok kedudukan rakan blogger Mialiana.com; hebat bukan? Sampaikan ada syarikat pengeluar produk kesihatan jadikan rakan blogger +Mia Liana sebagai duta produk lagi ... income? Jangan ceritalah ... hoho .. masyukkk tu buat Mialiana.com.

Bayangkan blog anda pula berada di kedudukan tersebut, dan anda approach syarikat besar untuk menaja atau beli slot iklan di blog, mudah-mudah anda boleh letakkan harga sehingga RM500-RM1000 untuk satu slot iklan di blog! Best tak?

Psssttt .. saya pernah menolak pelawaan iProperty.com untuk bekerjasama dengan saya kerana mereka nak dapatkan backlink daripada blog saya secara percuma! Hoho ... mungkin mereka nak letakkan blog saya di rank bawah mereka dalam Alexa (rasanyalah). Percuma!! Tentulah tidak.

5 Rahsia Blog Terlampau Top Rank Alexa Malaysia

Sekarang, apa rahsia blog terlampau tadi berjaya mendapat rank Alexa Malaysia terbaik, mencanak-canak naik tegak tak bengkok-bengkok mengatasi blog yang banyak cerita selebriti serta gambar seksi artis yang mengiurkan pencarian di Google?

Saya dedahkan sekarang. Sila tarik nafas dan jangan kentut.

Backlinks Berkualiti

Pertama sekali ialah bina backlinks berkualiti. Alexa di sebalik ia adalah sebuah prasarana untuk tunjukkan kekuatan trafik sesebuah laman web atau blog, ia juga ambil kira jumlah backlinks yang diberikan kepada sesebuah blog atau laman web.

Blog terlampau tersebut berjaya dapatkan dan tempatkan backlinks menerusi perkongsian banner-banner yang diberikan percuma. Banyak blog yang telah memasang banner yang memberikan backlinks berkualiti pada blog terlampau. Ini memungkinkan blog terlampau cepat mencanak memotong kedudukan Alexa banyak laman web popular Malaysia.

Bina Autoriti Blog

Keduanya ialah strategi blog terlampau menerusi Cabaran iPhone 5s, yang membolehkan ramai blogger Malaysia menulis entri berkaitan cabaran tersebut dan memberikan satu pemberat kepada blog terlampau untuk bina autoriti blog. Kata kunci iPhone menjadi tulang belakang meta tag blog terlampau tersebut sekian lama. Banyak entri berkaitan iPhone telah diterbitkan dan memberikan satu autoriti yang kuat untuk blog tersebut berada dalam top rank Alexa.

Pukau Pengunjung Rendahkan Bounce Rate

Ketiga ialah strategi untuk pukau pengunjung supaya berada lama di dalam blog tersebut menerusi cabaran meninggalkan komen. Siapa komen banyak leh dapat hadiah .... jadi, masa pengunjung di blog tersebut akan berpanjangan dan meninggalkan kesan positif untuk bounce rate yang menjadi pengiraan dalam ranking Alexa. Blog tersebut ada widget top komentator di sidebar!

Sokongan Media Sosial Menerusi Perkongsian

Keempat ialah sokongan perkongsian media sosial. Setiap entri yang mempunyai kekuatan dari segi backlinks ditambah pula dengan jumlah perkongsian yang telah diusahakan blog terlampau menjadikan Alexa setuju bahawa blog terlampau sebuah blog berkualiti. Lagi banyak perkongsian menerusi media sosial, semakin banyak sumber trafik dijana daripada laman sosial yang sudahpun punyai autoriti tinggi, pagerank terbaik dan rank Alexa tinggi.

Pakej Premium Alexa

Kelima ialah kerana blog terlampau ambil pakej premium Alexa ... hoho ... kalau saya pun, jika ada orang membayar saya untuk naikkan sesuatu, pastilah saya berikan kelebihan padanya. Begitu juga dengan Alexa. Saya dapati blog terlampau melanggan salah satu pakej di dalam Alexa .. pakej apa, tu kena tanya sendiri pemilik blog terlampau tersebut.
Rahsia blog jadi top rank Alexa Malaysia dengan cepat

Dah siap, analisis 10 minit saya mengenai rahsia blog terlampau berjaya dapat rank 113 Alexa Malaysia mengatasi blog Beautifulnara.com yang selama ini gah dalam kedudukan Alexa terbaik di Malaysia bagi kategori blog.

Cernakan ilmu dan pengetahuan ini. Mungkin anda boleh jadikan pedoman untuk tingkatkan rank Alexa blog anda di masa hadapan.

Ini merupakan analisis tidak profesional saya, mungkin ada yang lebih pakar tak setuju... hoho. 

Ada banyak teknik dan cara boleh anda gunakan untuk naikkan rank Alexa ini, saya dah banyak kongsikan petua-petua, tips, panduan khas untuk blogger terutama blogger blogspot seperti saya dapat rank terbaik di Alexa. Cuba. Usaha. Yakin. Dan istiqomah.

Ya, kena istiqomah. Banyak blog yang dulunya pernah top rank Alexa jatuh merudum seperti blog Broframestone.com, SweetKurma.com, BenAshaari.com dan banyak lagi ....

Semoga bermanfaat.



32 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sifun saya ajar ranking alexa atau google tak penting sebab yang penting visitor ramai dan boleh beat web ranking tinggi dengan cara tertentu walaupun ranking kita lagi rendah,,yang penting hasil jualan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeap, kalau blog tu blog niaga yang memang niche, keyword semua tertumpu pada produk yang nak dijual.

      Padam
  2. kalau dalam menjual ramai visitor yang betul betul nak beli lagi penting dari ranking..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul tu, saya tak sangkal. Saya pun ada blog yang ranking kelaut tetapi menjana komisen setiap bulan hasil affiliate. :)

      Padam
  3. terima kasih bang banyak info berguna...

    BalasPadam
  4. Teknik yang digunakan terlalu sukar untuk diaplikasikan bagi sebuah blog picisan dan tidak pula sepenuh masa. Kurangnya pula back up dari mereka2 yg pakar... Semua itu adalah kelebihan denaihati. Tapi ianya tidak mustahil jika ada kemahuan... kerana dgn cita-cita dan usaha, pelangi pun mampu digapai! :)

    BalasPadam
  5. Banyak tips yang boleh dapat dari entri ni.. Terima kasih ye.. Bolehlah saya cuba praktikkan sikit2 lepas ni..

    BalasPadam
  6. Seorang pakar pernah ajar nak dpt result.muka depan google setengah jam je...

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing bro. Banyak benda nak kena belajar lagi nih.

    BalasPadam
  8. perkara inilah yang saya carikan selama ini..ya memang boleh dijadikan panduan

    BalasPadam
  9. oh dasat-dasat blogger-blogger hebat ni. Mereka mempunyai impian dan cita-cita dalam dunia blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Mereka ada misi dan visi jelas, lalu mereka usaha untuk capainya.

      Padam
  10. waa... byk strategi blog terlampau gune ye...

    BalasPadam
  11. Apa yang saya nampak di situ adalah penggunaan modal sebagai pelaburan untuk menaikkan ranking blog terutamanya ranking Alexa..dan juga idea yang kreatif dan pengetahuan di dalam bidang blog..
    Gabungkan ketiga-tiga elemen ini, In Syaa Allah kita akan mampu buat..

    BalasPadam
  12. terima kasih berkongsi...ilmu yang bermanfaat bagi blogger2 baru...

    BalasPadam
  13. rahsia mendapatkan iphone secara percuma :)

    BalasPadam
  14. Fuh!... jauh lagi perjalanan nk sampai kesitu...
    Bravo tuan hasrulhassan

    BalasPadam
  15. contest iPhones tu salah satu punca..tapi itu juga satu ilmu dan trick yang boleh blogger lain belajar...so yang mana baik ambil je..

    BalasPadam
  16. terima kasih atas tips...
    sha pun rasa penting alexa tu, menaikkan lagi semangat untuk cari bahan dalam tulisan...

    BalasPadam
  17. ada yang tak berapa paham lah pasal baclink ni..AA nk kene baca banyak2 kali dan buat dulu baru paham kot.

    BalasPadam
  18. terima kasih..info yang sangat bermanfaat..banyak sangat info yang bermanfaat yang saya pelajari..terima kasih, banyak belajar dari blog Tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Benda yang saya berikan pun adalah dari Allah S.W.T.

      Padam
  19. Assalammualaikum... bro HH,

    thanks tip2 yang diberikan nie... sungguh bermanfaat.. ilmu yang berguna untuk ramai...

    mselim3

    BalasPadam
  20. pening nak faham tetnatng backlink ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Backlink - berikan trafik pada blog lain ... pautan ke blog lain. Konsep give and take.

      Padam
  21. terima kasih...tips berguna untuk tingkatkan alexa rank..nak tanya..kenapa alexa rank blog saya menurun (nombor makin banyak) sedangkan trafik makin tinggi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk tahun 2015, awal2 tahun memang nampak sesuai yang agak luar biasa pada ranking kebanyakkan blog ... blog ini dulunya bawah 300 kini dan jadi lebih dari 550 .. tak tahu pasal apa ...

      Padam
  22. menarik perkongsian ini. Banyak tips-tips yang berguna.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement