Kisah seorang pengguna Facebook berkongsi kisah pernikahannya yang melalui masa bertunang hanya sesaat terus menjadi viral di Facebook. Kisah pernikahan yang dikongsikan oleh Mira Pak Nasir menerusi Facebook setakat ini telah mendapat lebih daripada 3,500 shares dengan lebih daripada 10 ribu likes.

Inilah yang dikatakan jodoh yang baik, dan diberikan pula laluan yang sangat mudah. Tak susah nak nikah dan kahwin jika kita tidak menjadikan ia susah.

Saya tabik dengan ayah Mira Pak Nasir yang memudahkan urusan pertunangan yang langsung menjadi urusan pernikahan. Memang tak disangkalah buat dua pasangan, dari kerja mahu sarung cincin tanda ikatan pertunangan, terus menjadi sebuah ikatan sah, ikatan pernikahan. Wali ada, saksi ada, dan Ustaz yang layak untuk menikahi juga ada. Cukup sah syarat dalam rukun nikah, tak perlu nak fikir sangat belanja kenduri kendara, pelamin, duit hantaran semua bagai.

Kisah Bertunang Sesaat Mira Pak Nasir Jadi Viral di Facebook

Kisah Bertunang Sesaat Jadi Viral di Facebook
Untung si suami ada simpan dinar emas dalam dompet, terus dijadikan mas kahwin pada masa tu jugak. Dan untung keluarga ini sebab ada ustaz boleh jadi saksi, dan dipersetujui pula oleh kedua belah pihak.

Weihh .. sapa tak mahu kahwin ye tak? Bukan bab gatal nak nikah, tapi ni ayah Mira Pak Nasir yang cadangkan nikah masa tu juga. Andai sayalah yang jadi pengantin lelaki, mau ya be da bedooo .. hoho .. tak perlu tunggu lelama ... keh keh keh.



Walaupun ada kata ayah Mira Pak Nasir seakan gelojoh nak nikahi anaknya, namun inilah cara terbaik untuk mengelak fitnah dan juga zina berlaku. Sudah ada cara halal, mengapa disukarkan?

Jangan nanti berlaku kisah bercinta tetapi tidak bernikah, dua-dua melopong .... 

Mungkin cerita ini boleh dijadikan iktibar untuk semua. Tak susah nak kawin, tak susah nak nikah. Dalam Islam pun semua diterangkan dengan mudah dan senang. Yang menjadikan ia susah dan payah ialah manusia sendiri yang memikirkan dunia lebih kepada akhirat.

Seronok dah nikah ni. Percayalah. Lebih seronok dari dating dan bersenda gurau tanpa ikatan di sebalik pohon bambu .. hoho.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement