Langkau ke kandungan utama

Bercinta Tetapi Tidak Bernikah

Saya pernah bercinta. Kisah cinta saya ada pendek, ada panjang. Ada yang sedih, ada yang keliru. Siapa tak pernah bercinta? Orang yang sudah bernikah pasti pernah bercinta, samada cinta sebelum kahwin mahupun setelah berkahwin. Saya boleh kata, di zaman ini ramai yang bercinta sebelum nikah. Dan saya juga boleh kata, ramai yang bercinta tetapi tidak bernikah.

Bercinta tetapi tidak bernikah, bermakna putus cinta sebelum lafaz 'Aku Terima Nikahnya...'. Ini sebuah kisah yang tragis. Bercinta bagai nak rak, berimpian segunung tinggi seluas lautan, tetapi habuk pun tarak. Angan-angan yang sebelum ini bagai tidak kesudahan, sudah tenggelam dalam tangis dan sedih.

Tidak pula saya nak nafikan, ramai juga yang bercinta selepas bernikah.

Tidak juga saya nafikan, ada yang benar cinta yang akhirnya mengapai impian bahagia, dengan pelamin serba indah dan tersenyum tersengih depan tok khadi.

Tahniah buat mereka yang akhiri zaman bujang walaupun ada kata buat lelaki bagai perit seperti menelan hempedu bila disuarakan jumlah hantaran oleh pihak lagi sebelah. Saya pernah bercerita pasal ni dalam entri keluaran lepas ... dah lama, tapi rasanya masih relevan. Boleh baca mengenainya ini - Keluhan Seorang Jejaka Bujang dan Keluhan Diri Seorang Dara.

Elakkan bercinta tetapi tidak bernikah. Andai rasa tidak pasti, elakkan memasang impian. Hanya jika pasti, bolehlah berjanji setia semua. Tapi pastikah kita akan takdir penentu segala? Itu sebab andai bertunang jangan lama, takut nanti berkecai segala cita.

Rugi bebenar kalau dok bercinta tetapi tidak bernikah. Kalau dalam percintaan itu sudah lakukan pelbagai pengorbanan, maka ianya akan jadi satu yang sia-sia. Dan melakukan perkara yang sia-sia ini memang sangat disukai oleh musuh nyata durjana (syaitan dan iblis).

Bercinta itu bukan syarat untuk anda bernikah. Malah dalam hadith pun .... dalam saranan mencari isteri atau suami, tidak ada sedikit pun yang mengatakan anda perlu memilih lelaki itu atau wanita itu perlu dicintai. Yang saya tahu, bagi lelaki untuk memilih isteri, ada empat perkara perlu dilihat iaitu kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama ... yang mana agama dijadikan lebih keutamaan dari yang lain.

Alhamdulillah, saya telah diuji dengan perkara yang mungkin tidak ramai pasangan hadapi. Saya diberikan 3 pilihan untuk memilih calon isteri  ... dalam waktu di mana saya sudah wajib untuk bernikah. Yang akhirnya saya memilih isteri saya sekarang, yang telah memberikan segala cinta dan kebahagiaan selama lebih 10 tahun dengan dikurniakan 3 cahayamata yang menjadi harta tidak bernilai kami berdua.

Saya bukan mahu mengatakan lagi dua itu tidak bagus, tetapi saya mahu menegaskan, anda tidak perlu bercinta bagai nak rak sampai nak tergolek terlentang ... tak perlu semua tu, kerana ia akhirnya tidak janjikan apa-apa.

Saya pernah putus cinta bagai nak rak. Poyo cinta... sampai ada yang perli tahap gaban. Dan saya sedar apa guna bersedih mengenai perkara yang memang bukan untuk diri.

Andai anda putus cinta, maka hentikan kesedihan anda. Dia tak sayang, tetapi Allah tetap dan dari dulu lagi dah sayang.

Elakkan diri dari bercinta tetapi tidak bernikah kerana anda sebenarnya telah membiarkan sisa masa anda menjadi sia-sia kepada sesuatu yang tidak berikan kebaikan dunia dan akhirat.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Rugi bercinta lama2 nih... Nikah itu indah... Macam entri yang saya pernah buat tajuk '5sebab kenapa perlu bernikah'.

    BalasPadam
  2. lau dah nikah lagi best..hu3

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…