24 Januari 2014

Video Akad Seronoknya Bernikah

Pernikahan itu satu tuntutan yang sangat sangat sangat digalakkan. Ia memperlengkap kehidupan seorang manusia yang normal, yang pada alaminya mahukan kehidupan berpasangan. Ia lumrah, dan dah jadi tabii seorang manusia. Bagi seorang lelaki, ia perlukan pasangan untuk menemaninya menghadapi kehidupan. Pasangan itu pula bukan dari kaum sejenis, tetapi daripada golongan manusia bernama perempuan atau wanita.

Seronoknya bernikah patut menjadi salah satu tujuan dalam hidup. Dek kerana bernikah, seorang lelaki dan seorang wanita dapat kembangkan zuriat, peroleh berlipat kali ganda kebaikan dan kebajikan. Seorang lelaki dan wanita yang apabila berniat mahu mendirikan rumahtangga yang sah, akan diberikan jalan dan laluan kepada keberkatan.

Jika dalam ibadah seharian seperti sholat misalnya, seorang lelaki yang telah bernikah akan diberikan ganjaran pahala lebih jika nak dibandingkan dengan seorang lelaki yang belum bernikah. Ini adalah kerana apabila seorang lelaki itu bernikah, beban padanya adalah tanggungjawab seorang suami. Dan seandainya tanggungjawab sebagai suami itu disempurnakan, maka ganjaran syurga akan diberikan.

Begitu juga dengan si perempuan atau wanita. Sebaik sahaja dia bernikah dan mengahwini seorang lelaki, maka pintu syurga sudah tersedia dengan seluasnya, hanya dengan menjadi seorang isteri solehah dan ibu mithali. Ini keistimewaan diberikan kepada wanita Islam. Taat Allah, taat Nabi S.A.W dan taat pada suami.

Rahsia Mudah Akad Nikah
Seronoknya nikah andai semua orang iaitu masyarakat memberikan sokongan dan galakan pada muda mudi zaman ini untuk bernikah secara sah dan elakkan perkara terlarang seperti zina, perlakuan sumbang dan sebagainya.

Ibubapa khususnya perlu memainkan peranan menggalakan anak-anak mengejar bahagia syurga di akhirat, elakkan anak-anak daripada pergaulan tanpa batasan yang memungkinkan terconteng arang di muka. In Sha Allah.

Perkahwinan Melayu - Panduan Persediaan Perkahwinan

Saya kongsikan satu video akad nikah yang memang seronok menontonnya, dan keseronokan inilah yang patut ada dalam sebuah majlis akad nikah, agar yang ingin bernikah tidak gerun dan gentar apabila akad untuknya dibaca.

Video Akad Seronoknya Bernikah



Kredit: RfMediaworks



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

4 Komen Video Akad Seronoknya Bernikah

Dah tengok. Sangatlah menarik. Happy ja pengantin lelaki dibuatnya. Takda nak neves2. Hehe

xsempt nk tgk vudeo ni lg..

Assa;ammualaikum..bro HH,

wahh mselim3 tgk video nie happy aje pengantin lelaki..

mselim3

memang jurunikah yang kena bijak happykan pengantin. hehe. sbb masa tu kan pengantin gementar... alhamdulillah. masa nikah, jurunikah pun sempoi


EmoticonEmoticon