Tips Tetapkan Harga Banner Iklan Blog. Sejak dua menjak ni, ramai juga blogger Malaysia yang hubungi saya bertanyakan bagaimana nak menetapkan harga pengiklanan banner dalam blog seandainya ada pengiklan mahu meletakkan iklan. Ok, dalam entri ini, saya akan cuba seboleh-bolehnya berikan tips untuk tetapkan harga banner iklan di blog. Ini sekadar panduan sahaja ehh, harga iklan banner terserah sebenarnya pada budi bicara pemilik blog.

Ok, untuk menetapkan harga banner iklan di dalam blog, ada dua benda penting yang perlu anda fikirkan. Pertama sekali, kelayakkan blog kita ini untuk letakkan dan tetapkan harga. Dan keduanya ialah kemampuan pengiklan tersebut untuk menyewa tapak iklan di blog.

Tips Menetapkan Harga Banner Iklan di Blog

Tips Tetapkan Harga Banner Iklan Blog

Kedudukan Banner Iklan

Kedudukan banner iklan penting dalam penetapan harga pengiklanan. Seandainya banner tersebut terletak di bahagian atas blog, contohnya sebelah header atau di bahagian sidebar blog sebelah atas, maka harganya mestilah sedikit tinggi berbeza dengan kedudukan yang lain. Ini adalah kerana banner tersebut akan muncul antara perkara mula-mula bila pengunjung buka blog kita, atau di lain istilah ia terletak pada kedudukan above the fold anda.
jenis dan saiz banner iklan dalam blog

Saiz Banner Iklan

Saiz juga antara faktor untuk anda menetapkan harga pengiklanan banner anda. Semakin besar, maka semakin mahal. Kalau halus, kecil ... yang ada kemungkinan ia tidak mendapat paparan yang sempurna untuk pengunjung blog, maka harga penetapan adalah sedikit rendah daripada yang bersaiz lebih besar, contohnya saiz 300x90 atau 125x125 yang lebih kecil daripada banner 300x250 yang biasa pengiklan gunakan. Tak tahu mengenai saiz dan bentuk banner? Baca entri ini - Bentuk dan Saiz Banner Iklan dalam Blog

Jenis Banner Iklan

Iklan banner yang berbentuk imej pegun selalunya lebih rendah harganya dari imej yang dinamik atau bergerak. Ini adalah kerana imej yang ada animasi selalunya bersaiz besar (bukan dimensi tetapi kapasiti pixels), dan ia akan lambatkan proses loading blog anda. Jika anda sanggup gadaikan masa loading blog anda, pastikan pengiklan membayar dengan harga yang sepatutnya.

Kekuatan Blog

Agak-agaklah nak letak harga banner iklan jika blog pun tak dapat tarik trafik yang tinggi. Selalunya pengiklan yang pentingkan engagement untuk banner iklan mereka, mesti mahukan anda sediakan statistik blog anda dari segi trafik bulanan. Seandainya blog anda punyai trafik yang cukup mantap sehingga ribu-ribu sehari atau puluh atau ratus ribu sebulan, maka bolehlah anda letakkan harga yang menguntungkan anda. Blog anda jana trafik, pengiklan dapat exposure, jenama mereka dikenali, dan jualan jika ada merupakan keuntungan bagi mereka ... dan ia akan berikan secara berulang-ulang, walhal anda sediakan tapak iklan hanya sekali caj sahaja. Maka, fikirkan harga terbaik sesuai dengan mantapnya trafik blog anda.
statistik blog hasrulhassan.com
statistik blog hasrulhassan.com jun 2014

Siapa Pengiklan Anda

Anda perlu tahu siapa yang mahu beriklan di blog anda. Jika ia datang dari syarikat besar, jangan segan-segan untuk letakkan harga yang menguntungkan anda. Ada sebab syarikat tersebut bertanyakan hal atau syarat pengiklanan dengan anda. Ada sebab kenapa mereka berminat, jadi anda sudah boleh letakkan harga atas minat mereka itu untuk mengiklan. Jika dari sebuah syarikat kecil atau individu, maka gunakan budi bicara anda supaya boleh berikan harga iklan banner terbaik untuk mereka. Jangan anggap semua pengiklan mampu bayar apa yang anda caj. Takkan anda nak caj beratus-ratus hanya untuk iklan nasi lemak yang menjual nasi lemak hujung kampung .. logiklah sikit ye tak?

Hosting dan Rekabentuk Banner

Adakah anda perlu hosting sendiri banner tersebut atau mereka hanya berikan kod HTML banner kepada anda. Yang ini kena fikir elok-elok. Jangan sampai blog anda jadi bermasalah dek kerana ini. Dan satu lagi, yang tidak kurang penting ... adakah pengiklan sediakan banner atau anda kena sediakan. Jika anda perlu sediakan untuk mereka, maka tetapkan harga berbeza untuk letak iklan dan rekacipta iklan banner tersebut.

Ok, rasanya cukup kot berkaitan tips untuk tetapkan harga banner iklan di blog. Apa yang saya kongsikan ini merupakan ilham peribadi saya buat mereka yang bertanyakan kepada saya. Mungkin pada orang lain yang lebih hebat dan ada ilmu lebih baik, lain pula pendapat mereka.

Harapan saya, apa yang dikongsikan ini dapat bantu blogger Malaysia jana income dengan blog menerusi banner iklan sendiri.

Sekali lagi saya ingatkan, seperti mana blog post saya ini - Jika Blog Ada Sewa Tapak Iklan

Bukan boleh suka-suka je letak harga walaupun saya katakan tadi ikut budi bicara. :)


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian yang menarik...Terima kasih.. :)

    BalasPadam
  2. kalau blog kita kecik je... maknanye kecik jg lah rege nya.. gitulah kan bro...

    BalasPadam
  3. Saya silent reader, tapi post ni menarik hati saya.
    -yusuf, stylosport-

    BalasPadam
  4. Blog En. Hasrul bolehlah letak harga mahal, blog picisan mcm saya ni signup H12 je lah hehe..

    BalasPadam
  5. Macam mana nak design template mcm kat atas tu HH ?

    BalasPadam
  6. Owh.. macam gitu. Kebetulan kat blog saya masih ada lagi satu tapak iklan untuk disewa.. Hee :D

    BalasPadam
  7. Terima kasih HH atas perkongsian ini. Mungkin berguna satu hari nanti

    BalasPadam
  8. Makseh Bro HH..memang membantu entri ini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement