Cara Letak Banner Iklan Berkesan. Bagi seorang blogger sepenuh masa, salah satu cara untuk menjana income menerusi blog adalah menerusi pengiklanan. Blogger sepenuh masa perlu tahu tentang tataletak banner iklan yang berkesan supaya ia dapat memberikan impak positif. Banner iklan yang diletakkan dengan cara betul, lokasi yang tepat dalam blog akan memungkinkan pemilik blog lebih masyuk daripada blogger lain. Gitu kauu ...

Blog sebagai satu punca pendapatan. Sejujurnya jika saya ditanya, "di manakah tataletak iklan yang paling menarik, paling berkesan, paling mendapat perhatian orang untuk klik dan mengetahui mengenainya", jawapan saya ialah ... ia sesuatu yang agak sukar untuk diketahui. Apa yang saya nampak, kebanyakkan banner iklan akan menjadi seperti satu hiasan di dalam blog semata.

Tetapi, ia tidak bermakna pengiklanan di blog berbentuk banner tak ada kesan langsung.

Cara Letak Banner Iklan Berkesan di Blog


Aha, kalau ada banner yang cukup mengujakan, letaklah di mana-mana bahagian di dalam blog, in Sha Allah, akan ada pengunjung yang eager nak tahu, dan tanpa ragu akan klik banner iklan yang dipaparkan.

Namun, banyak blogger berpendapat, tataletak iklan yang berkesan dalam blog adalah di bahagian pertama seorang pengunjung nampak dek mata ... iaitu sebelum pengunjung atau pembaca skroll ke bawah blog anda. Kalau omputih, dia akan cakap above the fold; iaitu bahagian atas blog apabila ia dipaparkan di skrin komputer atau pelayar internet.
>

Ada sesetengah blogger menggunakan fungsi script tertentu bagi membolehkan iklan diletakkan secara terapung. Ini juga salah satu teknik tataletak banner iklan yang berkesan. Ada banyak cara iklan sebegini diletakkan di dalam blog, ada yang terapung di tengah-tengah blog, ada yang terapung di tepi atau sidebar blog. Ada pula jenis iklan terapung yang apabila kita skroll ke bawah ia akan muncul.

Teknik banner iklan terapung ini juga salah satu cara untuk jimat ruang. Tetapi, keburukannya ialah ia akan nampak blog anda seperti sangat padat dan tidak selesa untuk pengunjung. Bagi sesetengahnya, ia lebih macam aral melintang patah ... nak baca blog, tapi yang muncul adalah iklan yang halang pembacaan.

Nasihat saya ialah walau di mana anda letak iklan banner ini, pastikan ia yang paling mudah untuk dilihat oleh pengunjung tetapi dalam masa yang sama tidak mencacatkan keseluruhan penampilan blog anda. Pengiklan happy, pengunjung senang hati, pembaca suka tak terperi dan anda akan senyum riang sampai ke pipi...

Hoho ... agar perkongsian separa mengantuk ini berikan sedikit ilmu tentang bagaimana nak letak banner iklan yang berkesan.


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

14 Komen

Setuju dan terima kasih atas info yang sangat bermaklumat ini

Reply

salam. ziarah petang.. juga! :-)

Reply

Ilmu oh Ilmu... alhamdulillah...

Reply

oo... dah salah letak rupanya... terima kasih banyak-banyak entri ini memang banyak manfaatnya. :D

Reply

ilmu yg berguna.. ada mcm2 cara gk nk letak banner ni..

Reply

baru nak letak banner dah jumpa cara2 nya.senang le ada tutorial mcm ni.tq for sharing

Reply

waah!!! berbaloi betol! terima kasih atas ilmu ni.. Semoga diberkati.

Reply

memang betul setiap apa yg dikongsikan..tapi ikut jugak nasib..

Reply

Nak kena belajar lagi saya dengan sifu HH :-)

Reply

trafik tinggi maka peluang untuk klik pada iklan juga tinggi..

Reply

trafik tinggi maka peluang untuk klik pada iklan juga tinggi..

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.