Nak bersaing dari segi income blog, memang tak boleh lawan la dengan penulis blog bertaraf profesional ini. Tapi alhamdulillah, dalam kedudukan terkini ranking Alexa Malaysia (trafik antara blog dan laman web Malaysia), blog ini tengah cucuk-mencucuk blog jutawan ini. Bersaing dengan blogger jutawan dunia di ranking Alexa, bukan mudah nak capai, tapi usaha membolehkan sikit-sikit nak tercapai ..

Ini kedudukan trafik blog berdasarkan ranking Alexa bagi Malaysia yang sempat saya print-screen untuk jadikan kenangan. Yelah, bukan kekal pun kedudukan ini. Esok lusa mungkin menjunam ke bawah. Jadi, apabila perkara-perkara ajaib seperti ini berlaku, saya cuba boleh untuk peroleh bukti bahawa blog ini pernah sekali cuba mencabar kedudukan blog blogger jutawan dunia ini di kedudukan trafik blog tertinggi di Malaysia.

Bersaing Trafik Dengan Blogger Jutawan Dunia


Ok. kenyataan di atas hanya terpakai untuk mana-mana blog dan laman web yang mahu disenaraikan di Alexa sahaja. Banyak je blog yang tak poyo macam blog saya dok diam-diam berada dalam keadaan yang sebenarnya lebih hebat. Contohnya blog Fatin Liyana yang ada diceritakan di blog ini - http://goo.gl/dkPjUo

Belum lagi lihat blog Brado Kapak yang semakin menjadi-jadi .... setiap saat berdetik sahaja jumlah pageviews di blog.

Oh, blogger jutawan? Betul ke? Boleh baca blog post saya di sini - 10 Blogger Terkenal Jutawan Dunia

Sekali lagi, saya belum lagi taraf jutawan ... tapi blog saya memang jana income untuk saya setiap minggu, in Sha Allah.

Setakat yang mampu kini hanyalah untuk raih kedudukan terbaik dalam Alexa. Penting sekali bagi sebuah blog yang mahu jana income berganda-ganda berada di kedudukan terbaik. Salah satu sebab adalah untuk dijaja dan dijadikan bahan promosi untuk pengiklan-pengiklan yang mungkin berminat nak beriklan di blog atau meminta servis advertorial.

Bagaimana blog ini boleh berada di kedudukan tersebut?

Kelebihan Menulis Secara Seni SEO

Salah satu tips yang boleh saya beritahu ialah dengan pendekatan SEO (Search Engine Optimization). Anda boleh cari semua tips blogspot berkaitan dengan SEO ini dalam blog ini. Saya dah kongsikan lebih dari 10 hingga 20 artikel atau blog post berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.

Nak melihat kemujaraban teknik SEO ini?

Cubalah anda buka Google.com.my dan cuba gunakan keyword di bawah dalam kotak carian:
  • Percutian Percuma
  • Seminar Hartanah Berbaloi
  • Pakar SEO Malaysia
  • Panduan Blogger
  • Burger Bakar Murah
  • Cari Nasi Arab
  • Cara Berhenti Merokok
  • Sewa Kereta Online di Kota Kinabalu
  • Cetak Baju Pantas
  • Cetak Baju Berkualiti
SEO jana income blog

Itu adalah antara penggunaan keyword untuk SEO yang saya lakukan dalam penulisan di blog saya. Jika mahu dapat trafik tinggi ke blog, dalamilah ilmu SEO blogspot.


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. abg HH ade rujuk sesiapa tak untuk mendalami ilmu SEO nie ..
    dari pemilihan keyword dan sebagainya . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belajar sendiri, baca tips2 daripada ebook yang saya beli, trial-n-error dan daripada artikel-artikel berkaitan SEO yang saya langgan setiap bulan.

      Secara rujukan khusus .. tiada.

      Tapi mana-mana blogger yang pernah cerita dalam blog mengenai SEO, saya akan baca dan ikut petua yang diberikan.

      Padam
  2. hebat juga penangan seo bro..semoga saya dapat belajar sedikit demi sedikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak hebat mana, cuma ada pengetahuan sedikit sahaja mengenai SEO ini. Yang penting ialah amalkannya supaya menjadi cekap.

      Padam
  3. Semoga berterusan memberi tips

    BalasPadam
  4. sy masih ting tong tang bab SEO ne hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu pun Ting Tong gak ... belajar perlahan-lahan. Belajar satu, praktikkan satu.

      Padam
  5. tahniah..teruskan perkongsian abg. saya masih dahagakan elmu2 blogging ni. hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SYue ... :) wahh ni komen dari oversea ka?

      Padam
  6. Alhamdulillah, rezki nak jadi jutawan tu tetap ada.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement